Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Passage des Panoramas merupakan laluan tertua di Paris, Perancis yang terletak di arrondissement ke-2 antara boulevard Montmartre ke Utara dan jalan Saint-Marc di selatan. Ia adalah salah satu tempat terawal perdagangan filateli Paris, dan ia merupakan salah satu laluan komersial berbumbung pertama di Eropah.[1]