Rencana ini menerangkan hal semasa. Maklumatnya besar kemungkinan berubah-ubah seiring dengan perkembangan peristiwa, dan laporan berita awal tidak semestinya boleh dipercayai. Kemas kini terakhir bagi rencana ini tidaklah membayangkan maklumat yang paling terkini. |
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah ڤرتي ڤريبومي برساتو مليسيا سابه | |
---|---|
Nama Bahasa Inggeris | Malaysian United Indigenous Party of Sabah |
Nama Bahasa Cina | 土著团结党 |
Nama Bahasa Tamil | மலேசிய ஐக்கிய மக்கள் கட்சி |
Singkatan |
|
Pemimpin | Ronald Kiandee |
Presiden | Muhyiddin Yassin |
Pengasas | Mahathir Mohamad Muhyiddin Yassin Hajiji Noor |
Pecahan | Parti Pribumi Bersatu Malaysia |
Penggabungan kebangsaan | Sebagai ahli:
Rakan gabungan:
|
Dewan Negara Malaysia | 0 / 70
|
Dewan Rakyat Malaysia | 1 / 222
|
Dewan Undangan Negeri | 0 / 607
|
Ketua Kerajaan Negeri di Malaysia (Ketua Menteri Sabah) | 0 / 13
|
Bendera parti | |
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah (Bahasa Inggeris: Malaysian United Indigenous Party of Sabah), juga disingkatkan sebagai Bersatu Sabah dan kadangkala ditulis sebagai PPBM Sabah, ialah sebuah cawangan atau cabang parti politik di Sabah, Malaysia. Bersatu Sabah semasa dibawah pemerintahan Hajiji Noor ialah hasil pecahan dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia pusat.[1] Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah (Bersatu Sabah) ialah satu-satunya cawangan Bersatu yang bergerak tanpa arahan dari pemimpin pusat seolah-olah parti Bersatu Sabah ialah parti mandiri lokal dari Negeri Sabah.
Parti ini diarah oleh Hajiji Noor dan terbina mandiri selepas kelulusan pendaftaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS).[2] Bukti lain ialah, Pengerusi Parti GRS, Hajiji Noor berkata GRS akan terus menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 akan datang, bertentangan dengan Perikatan Nasional (PN) yang mengisytiharkan BN dan GPS sebagai musuh utamanya.[3] Berbeza dengan bahagian Bersatu di Semenanjung dan Sarawak yang tidak menyokong kepimpinan kerajaan perpaduan dibawah Anwar Ibrahim, Bersatu Sabah pula menyokong kerajaan perpaduan dibawah pimpinan Anwar Ibrahim dan mempunyai jawatan kabinet di dalam Kabinet Anwar Ibrahim.[4]
Sejarah
Penubuhan BERSATU Sabah secara mandiri
Berdasarkan kenyataan Naib Presiden Bersatu, Ronald Kiandee, posisi Bersatu Sabah tidak sama seperti Bersatu Semenanjung atau Nasional, ini berlaku selepas kerajaan negeri Sabah dibentuk melalui gabungan beberapa parti tempatan dan BN yang selepas itu dikenali sebagai GRS-Barisan Nasional.
Bersatu adalah pengasas Perikatan Nasional (PN) di peringkat nasional, namun ada sebahagian parti dalam GRS tidak menjadi komponen Perikatan Nasional. Di Sabah sendiri, BN bukannya ahli GRS seperti PBS, STAR serta Bersatu, tetapi bertindak sebagai rakan sekutu GRS atau dikenali sebagai GRS-BN.[5]
Kejatuhan BERSATU Sabah
Bersatu Sabah kini lumpuh apabila semua wakil rakyatnya bertindak keluar parti berkuat-kuasa pada 10 Disember 2022. Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor juga menyatakan bahawa semua wakil rakyat ADUN Sabah mengambil keputusan keluar dan meninggalkan Bersatu. Pemimpin Bersatu Sabah termasuk semua wakil rakyatnya secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti itu pada waktu tengahari 10 Disember 2022.[6][7]
Selepas pengumuman itu, laporan media mencadangkan Bersatu Sabah telah runtuh atau dibubarkan, tetapi hal ini disangkal Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu yang menafikan cadangan itu dengan menyatakan terdapat ramai ahli Bersatu Sabah yang tidak mengikut jejak dan laluan ahli GRS. Beliau juga menegaskan bahawa BERSATU Sabah akan kekal wujud dan kepimpinannya akan disusun semula oleh ahli yang masih ada.[8] Selepas kejatuhan Bersatu Sabah, hanya Datuk Ronald Kiandee sahaja yang tidak keluar dari Bersatu, dan satu cawangan Bersatu sahaja masih terbuka.[9]
Senarai ketua cawangan
Senarai pengerusi
No. | Potret | Pengerusi | Tarikh mula menjawat | Tarikh akhir menjawat | Tempoh jawatan | Timbalan pengerusi |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | Hajiji Noor (lahir 1966) Adun untuk Sulaman, sejak 1990 |
6 April 2019 | 10 Disember 2022 | 3 tahun, 248 hari | Masidi Manjun (2019–2022) | |
2 | Ronald Kiandee (lahir 1961) MP untuk Beluran, sejak 1999 |
11 Disember 2022 | penyandang | 2 tahun, 6 hari | Kekosongan jawatan |
Wakil Rakyat
Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Malaysia ke 15
BERSATU Sabah mempunyai 1 ahli di Dewan Rakyat untuk Sabah.
Negeri | No. | Kawasan Parlimen | Nama Ahli | Party | |
---|---|---|---|---|---|
Sabah | P183 | Beluran | Ronald Kiandee | BERSATU Sabah | |
Bilangan | Sabah (1) |
Keputusan pilihan raya umum
Pilihan raya | kerusi dimenangi | kerusi ditandingi | bilangan undi | peratusan undi | hasil | ketua pilihan raya |
---|---|---|---|---|---|---|
2022 | 4 / 222
|
6 (bawah GRS) (Sabah kecuali Beluran) 1 Kerusi Beluran |
94,085 | 0.61% | ▼2 kerusi; Kerajaan (Gabungan Rakyat Sabah), kemudian Pembangkang (Perikatan Nasional) |
Hajiji Noor (letak jawatan) |
Keputusan pilihan raya negeri
Pilihan raya negeri | ADUN | |
---|---|---|
Sabah | Bilangan menang / Bilangan ditandingi | |
2/3 majority | 2 / 3
|
2 / 3
|
2020 | 11 / 73
|
11 / 21
|
Lihat juga
- Senarai parti politik di Malaysia
- Pilihan raya umum Malaysia
- Politik di Malaysia
- Barisan Nasional
- Pakatan Harapan
- Perikatan Nasional
- Gabungan Rakyat Sabah
- Kemelut politik Malaysia 2020–2022
Rujukan
- ^ JalinLuin, JalinLuin (2022-05-20). "Bersatu Sabah Berbeza Dengan Bersatu Semenanjung". JALINLUIN.COM. Dicapai pada 2022-12-03.
- ^ JalinLuin, JalinLuin (2022-05-20). "Bersatu Sabah Berbeza Dengan Bersatu Semenanjung". JALINLUIN.COM. Dicapai pada 2022-12-03.
- ^ "GRS mahu terus kerjasama dengan BN pada PRU15". 25 September 2022.
- ^ "'GRS sertai Kerajaan Perpaduan demi kebaikan negeri'". 25 November 2022.
- ^ JalinLuin, JalinLuin (2022-05-20). "Bersatu Sabah Berbeza Dengan Bersatu Semenanjung". JALINLUIN.COM. Dicapai pada 2022-12-03.
- ^ Abdullah, Izwan (2022-12-10). "Pemimpin BERSATU Sabah keluar parti, kekal bawah GRS - Hajiji". BHarian Online. Dicapai pada 2022-12-11.
- ^ "BERSATU leader leave the party due to the rise of political islam narrative".
- ^ "'Restructuring' in Sabah Bersatu following exodus of leaders, says Ahmad Faizal". The Star. 10 December 2022. Dicapai pada 10 December 2022.
- ^ "Kiandee staying put with Sabah Bersatu despite exodus led by Hajiji". The Star. 10 December 2022. Dicapai pada 10 December 2022.
- Parti Pribumi Bersatu Malaysia
- Penubuhan 2016 di Malaysia
- Parti komponen Perikatan Nasional
- Bekas parti komponen Pakatan Harapan
- Parti politik di Johor
- Parti politik di Kedah
- Parti politik di Kelantan
- Parti politik di Melaka
- Parti politik di Negeri Sembilan
- Parti politik di Pahang
- Parti politik di Perak
- Parti politik di Pulau Pinang
- Parti politik di Sabah
- Parti politik di Sarawak
- Parti politik di Selangor
- Parti politik di Terengganu
- Parti politik di Wilayah Persekutuan