Parti Konservatif Kanada | |
---|---|
![]() | |
Pemimpin | Pierre Poilievre |
Naib Ketua | Lisa Raitt |
Ketua di Senat | Larry Smith |
Ketua di Dewan Rakyat | Candice Bergen |
Pengasas bersama | Stephen Harper[a] Peter MacKay[b] |
Ditubuhkan | 7 Disember 2003 |
Gabungan | Canadian Alliance, Parti Konservatif Progresif Kanada |
Ibu pejabat | 1204 – 130 Albert Street Ottawa, Ontario K1P 5G4 |
Ideologi | Konservatisme |
Penggabungan antarabangsa | Kesatuan Demokrat Antarabangsa[1] Kesatuan Demokrat Asia Pasifik[2] |
Warna | Biru |
Laman sesawang | |
Inggeris: www Perancis: www |
Parti Konservatif Kanada (Inggeris: Conservative Party of Canada; Perancis: Parti conservateur du Canada) adalah sebuah parti politik di Kanada. Parti ini telah diasaskan secara rasminya pada 2003 hasil pemenggabungan dua parti haluan kiri iaitu Canadian Alliance dan Parti Konservatif Progresif Kanada. Parti ini merupakan parti politik utama di negara tersebut selain saingannya, Parti Liberal Kanada pimpinan Justin Trudeau.
Parti ini kini dipimpin Andrew Scheer sejak tahun 2017.
Sejarah
Parti ini dibentuk hasil dua parti utama di negara tersebut:
- Canadian Alliance (2000-2003) - kesinambungan Parti Reformis Kanada (bahasa Inggeris: Reform Party of Canada, Perancis: Parti réformiste du Canada) yang berpendirian populis konservatif berhaluan tengah ke jauh kanan[3][4][5][6][7][8][9] mewakili kepentingan provinsi-provinsi barat Kanada yang lebih tertumpu hal pertanian dan perlombongan
- Parti Konservatif Progresif Kanada (1942-2003) - sebuah parti tenda besar merangkumi puak atau faksi "Red Tories" yang sefahaman pendekatan kenegaraan dibentuk hasil pemikiran Benjamin Disraeli melibatkan pengutuhan institusi kerajaan (one nation conservatism) dan komunitarianisme, serta puak "Blue Tories" yang dipengaruhi polisi-polisi neoliberal Parti Republikan Amerika Syarikat dan Thatcherisme digalang Parti Konservatif United Kingdom.
Kepimpinan
Ketua parti
- John Lynch-Staunton (8 Disember 2003 - 20 Mach 2004)
- Stephen Harper (20 Mac 2004 - 19 OKtober 2015)
- Rona Ambrose (pemangku, dari 5 November 2015 - 27 Mei 2017)
- Andrew Scheer (27 May 2017 - kini)
Keputusan pilihan raya
Tahun pilihan raya | Ketua | Bil. undian | % | Bil. kerusi diraih | +/– | Kedudukan | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Stephen Harper | 4,019,498 | 29.63 | 99 / 308
|
▲ 21 | ▬ ke-2 | Sebagai pembangkang |
2006 | 5,374,071 | 36.27 | 124 / 308
|
▲ 25 | ▲ Pertama | Parti penguasa minoriti | |
2008 | 5,209,069 | 37.65 | 143 / 308
|
▲ 19 | ▬ Pertama | Sebagai parti minoriti | |
2011 | 5,832,401 | 39.62 | 166 / 308
|
▲ 23 | ▬ Pertama | Sebagai parti pemerintah | |
2015 | 5,578,101 | 31.89 | 99 / 338
|
▼ 67 | ▼ ke-2 | Sebagai parti pembangkang | |
2019 | Andrew Scheer | TBD | 34.4% | 122 / 338
|
▲ 23 | ▬ ke-2 | Sebagai parti pembangkang |
Nota
Rujukan
- ^ "IDU.org". IDU.org. Dicapai pada 2012-03-01.
- ^ "AECR membership". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-22. Dicapai pada 2014-05-30.
- ^ Francois Remillard; Ulysses Travel Guides (1 April 2003). Quebec. Ulysses Travel Guides. m/s. 22. ISBN 978-2-89464-595-6.
- ^ Amir Abedi (31 July 2004). Anti-Political Establishment Parties: A Comparative Analysis. Routledge. m/s. 39. ISBN 978-1-134-36369-8.
- ^ Bauman/Kahana. The Least Examined Branch: The Role of Legislatures in the Constitutional State. Cambridge University Press. m/s. 161. ISBN 978-1-139-46040-8.
- ^ Lisa Young (2000). Feminists and Party Politics. UBC Press. m/s. 133. ISBN 978-0-7748-0774-6.
- ^ John Loughlin; John Kincaid; Wilfried Swenden (18 July 2013). Routledge Handbook of Regionalism & Federalism. Routledge. m/s. 5. ISBN 1-136-72769-8.
- ^ Christopher Dornan; Jon H. Pammett (1 May 2001). The Canadian General Election of 2000. Dundurn. m/s. 133. ISBN 978-1-55488-015-7.
- ^ Daniel Drache; Roberto Perin (1 January 1992). Negotiating with a Sovereign Quebec. James Lorimer & Company. m/s. 77. ISBN 978-1-55028-392-1.