Parti Demokrasi China |
---|
Parti Demokrasi China ( DPC ; diterjemahkan dalam bahasa China ) merupakan satu parti politik yang bermula di Republik Rakyat China, dan diharamkan oleh Parti Komunis China (PKC). [1] Sejarah DPC dan tarikh asasnya tidak berapa jelas atas sebab parti tersebut terdapat banyak laluan sejarah di bawah kumpulan pengasas yang lain. Menurut ke sumber barat, DPC secara amnya diakui telah berhimpun pada 1998 oleh aktivis demokrasi dan bekas pemimpin pelajar dari protes Dataran Tiananmen 1989 . [1] [2]
Sejarah
Asas
Walaupun tarikh terawal yang telah disenaraikan bagi penubuhannya ialah pada hari 25 Jun tahun 1998, kumpulan tersebut mendaftarkan parti itu pada 28 hari bluan Jun ketika Presiden AS Bill Clinton melawat negara China. [3] Wang Youcai, seorang aktivis utama semasa protes Tiananmen tahun 1989 berserta Wang Donghai dan Lin Hui menolak ke Dewan Hal Ehwal Awam Awam Hangzhou di Wilayah Zhejiang. Lawatan tersebut diisytiharkan untuk mendaftarkan parti secara rasmi. Pendaftaran mereka telah ditolak. [3]
Sambutan Parti Komunis
Pada 29 Jun pula, Wang telah ditangkap oleh pihak polis negeri di rumahnya. Wang didakwa mencipta penentangan terhadap kerajaan negara China. [3] Perbicaraan beliau bermula pada hari bulan 18 Disember. Oleh sebab beliau tidak mempunyai pembelaan peguam, perbicaraan beliau hanya berlangsung beberapa jam. Beliau segera dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun pada 21 Disember dan tiga tahun perampasan hak politik kerana subversi . [3] Beliau kemudian dibebaskan dari penjara dan dibuang negeri pada 2004 di bawah tekanan politik antarabangsa, terutamanya dari Amerika Syarikat.
Xu Wenli, salah seorang ahli berusia 55 tahun turut dijatuhi hukuman 13 tahun kerana menggulingkan parti Komunis. [4] Pada hari bulan 24 Disember tahun 2002 pula, Xu terdapat dibuang negeri ke negara Amerika syarikat atas alasan parol perubatan. [5]
22 Disember, Qin Yongmin diberi hukuman penjara selama 12 tahun atas perbuatan merosakkan sekuriti negara. [4]
Li Peng, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan pada masa yang sama menyatakan bahawa, "Jikalau kumpulan direka untuk menafikan kepimpinan Parti Komunis, maka ia tidak akan dibenarkan wujud." [1]
Parti Komunis menggolongkan DPC sebagai pertubuhan haram, diikuti dengan tindakan keras di Beijing pada 1998. [1] Selepas hukuman 23 Disember, Mahkamah Agung Rakyat kemudiannya menyatakan "sesiapa yang dengan sengaja melakukan perkara berikut : penerbitan, pencetakan, salinan, atau pengedaran bahan yang mengandungi hasutan bagi menggulingkan kuasa negara dan sistem sosialis ataupun memecahbelahkan negara" mungkin dibicarakan atas kesalahan jenayah. Pertuduhan sedemikian mengakibatkan hukuman penjara seumur hidup bagi pengarah filem, pembangun perisian komputer, penulis dan artis, serta kakitangan media dan penerbitan, sebagainya. [6]
Tindakan keras terhadap ahli lain
Anggota DPC yang ditahan, ditangkap, dan dijatuhkan hukuman penjara :
- Liu Xianbin
- Wu Yilong
- Gao Hongmin
- Zha Jianguo
- Mao Qinxiang
- Zhu Yufu
- Zhu Zhengming
- Liu Shizhun
- Dia Wanbao
- Chen Shuqing
- Xie Wanjun
Berikut merupakan sebahagian daripada ahli parti. Penentang Internet, He Depu juga telah ditangkap dan ditahan di pusat pembetulan.
Hadir
Selepas itu, Xu Wenli bersama Wang Youcai dibuang ke negara Amerika Syarikat pada 24 Disember tahun 2002 dan pada 4 Mac tahun 2004. Pada tarikh 13 Ogos 2006, kongres pertama dari DPC telah diadakan di Hotel Sheraton Flushing, Queens, New York di Amerika Syarikat. [7] Ni Yu Xian, ketua pergerakan bagi demokrasi negara China, pengasas DPC dan Parti Kebebasan & Demokrasi China, mempengerusikan kongres tersebut. Terdapat bahawa sebanyak 111 perwakilan dari setiap wilayah, majlis perbandaran dan wilayah autonomi China menghadiri Kongres itu. Kongres itu meluluskan Statut Parti Demokrasi China, Program Parti, serta beberapa resolusi yang penting.
Platform Perkhidmatan Penyelarasan Parti Demokrasi China diasaskan oleh berbagai-bagai ahli Parti Demokrasi China yang berada di negara China, pelajar dari luar negara, serta beberapa ahli Parti Demokrasi China yang dibuang negeri. Ahli kumpulan inisiatif terdiri daripada beberapa badan. Antaranya, Wang Youcai, Lin Hui, Chen Shuqing, Chen Zhiwei, Gao Yeju, Lv Gengsong, Xu Guang, Shan Chenfeng, bersama-sama ramai ahli lain.
Pada bulan Januari bagi tahun 2008 yang lalu, ahli parti Zheng Cunzhu menubuhkan Jawatankuasa Tempatan Parti Demokrasi negara China. Zheng Cunzhu ialah bekas pemimpin pelajar semasa gerakan pra-demokratik 1989 di wilayah Anhui, dan beliau menerbitkan surat terbuka kepada pemimpin China untuk menyokong reformasi politik dimulakan semula.
Ibu Pejabat Parti Demokratik negara China di UK telah ditubuhkan secara formal pada tarikh 24 November bagi tahun 2021 yang lalu. [8] Pendahulu Ibu Pejabat UK Parti Demokratik China dikenali sebagai "Parti Demokratik China Cawangan UK." [9]
Ringkasan parti
DPC memberikan galakan "Kemakmuran, Keadilan, Demokrasi" (富裕 公平 民主) dan "Kebebasan, Kedaulatan Undang-undang, Hak Asasi Manusia" (自由 法制 人权/人權). Antara ciri-ciri DPC ialah :
- Parti Demokrasi negara Cina diwujudkan di tanah besar negara China .
- Berdasarkan banyak dokumen yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penganjur Parti Demokrasi China Zhejiang dan Pejabat Parti Beijing-Tianjin pada tahun 1998, terutamanya "Deklarasi Parti Demokrasi China untuk Abad Baru" yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Bersatu Parti Demokrasi China pada 1 Januari., 2000, adalah jelas bahawa DPC ditubuhkan dengan kukuh di atas asas yang kukuh bagi cita-cita demokrasi yang sebenar. [ pengesahan diperlukan ]
- Parti Demokrasi Cina diasaskan oleh sekumpulan besar orang. Ahli utamanya adalah terutamanya daripada peserta Pergerakan Tembok Demokrasi Cina 1978, Pergerakan Demokrasi 1989, dan pelbagai gerakan demokrasi dari luar negara. Sebahagian besar kepimpinannya dipilih melalui pilihan raya yang adil. Lebih daripada 40 pemimpinnya telah menanggung penderitaan di penjara. Sehingga hari ini, lebih 20 pemimpinnya masih dalam penjara.
- Sejak hari pertama penubuhannya, Parti Demokrasi Cina telah mendapat perhatian dan campur tangan rapi daripada kerajaan Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Khususnya pada tahun 1999 di bawah pimpinan Encik Wang Xizhe, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mencalonkan ahli DPC Xu Wenli, Qin Yongmin dan Wang Youcai untuk Hadiah Keamanan Nobel . [10]
Lihat juga
- Senarai parti politik di Republik Rakyat China
Rujukan
- ^ a b c d Gittings, John. The Changing Face of China: From Mao to Market. (2005). Oxford University Press. ISBN 0-19-280612-2 Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Gittings" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Edmonds, Richard Louis. (2000). The People's Republic of China After 50 Years. Oxford University Press. ISBN 0-19-924065-5
- ^ a b c d Goldsmith, Jack L. Wu, Tim. (2006). Who Controls the Internet?: Illusions of a Borderless World. Oxford University Press. ISBN 0-19-515266-2 Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Goldsmith" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b Mackerras, Colin. (2001). The New Cambridge Handbook of Contemporary China. ISBN 0-521-78674-6 Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Mackerras" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Eckholm, Erik (2002-12-25). "Beijing Releases Leading Dissident". New York Times. Dicapai pada 2013-07-02.
- ^ "Article". Hrw.org.
- ^ "The Proclamation of the First Congress of China Democracy Party". Cdp2006.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27.
- ^ "CDP UK Branch Establishment".
- ^ "China Democratic Party UK Branch".
- ^ "Article". Taiwantt.org.tw.
Pautan luar
- CDP.org: Laman web Parti Demokrasi China
- Parti Demokrasi China di California
- CDP2008.org: Ibu Pejabat Parti Demokrasi China Amerika Syarikat
- CDP1998.org: Kesatuan Parti Demokratik China
- Platform Perkhidmatan Penyelaras China Masa Depan Parti Demokrasi China − Penyelidikan Peralihan Demokratik Berperlembagaan China
- Human Rights Watch.org: Kronologi Hak Asasi Manusia: China, Hong Kong, Tibet — (November–Disember 1998) .
- Marketwatch.com: "Yahoo diserang dengan tuntutan undang-undang pembangkang Cina kedua"
Templat:Chinese political partiesTemplat:1989 Tiananmen protests