Park Eun-hye | |
---|---|
Kelahiran | |
Nama lain | Piao En Hui (Chinese) |
Pendidikan | Seoul Institute of the Arts - Creative Advertising |
Pekerjaan | Pelakon, Pengacara |
Tahun aktif | 1998-kini |
Ejen | AL Entertainment |
Pasangan | Kim Han-sup (k. 2008; c. 2018) |
Anak-anak | Kim Jae-wan Kim Jae-ho |
Nama Korea | |
Hangul | 박은혜 |
Perumian Semakan | Bak Eun-hye |
McCune–Reischauer | Pak Ŭnhye |
Park Eun-hye (Hangul: 박은혜; lahir di Incheon, 21 Februari 1977) merupakan seorang pelakon Korea Selatan. Dia dikenali setelah melakonkan watak kecil dalam drama Dae Jang Geum, dimana drama ini juga popular di China yang menjadi titik permulaannya untuk mengecapi populariti di negara tersebut. Park juga berlakon sebagai pelakon utama dalam drama bersiri Taiwan, iaitu Silence bersama Vic Zhou dibawah arahan pengarah Zhang Zhong.
Kerjaya
Park Eun-hye mula melibatkan diri dalam industri hiburan pada tahun 1998. Namun beliau mulai dikenali pada tahun 2003 setelah melakonkan watak pembantu dalam drama Dae Jang Geum (juga dikenali sebagai Jewel in the Palace) dimana drama ini juga popular di negara China, sekaligus melonjakkan nama beliau sebagai pelakon dan mengecapi popularitinya di negara-negara Asia.
Selepas memegang sebagai watak kedua utama dalam drama 18 vs. 29, beliau mengembangkan lagi bakat lakonannya di Taiwan melalui drama Silence (2006) dan berlakon bersama dengan pelakon Vic Zhou. Pada tahun berikutnya, beliau membintangi drama Yi San (2007).
Park memutuskan untuk membintangi filem seni arahan Hong Sang-soo berjudul Night and Day walaupun tanpa menerima sebarang bayaran, dan lakonannya melalui filem tersebut menerima anugerah Pelakon Terbaru Terbaik di Busan Film Critics Association, sekaligus ia merupakan anugerah pertamanya setelah hampir 10 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan. Pada tahun 2010, Park membintangi sebuah drama harian, Pink Lipstick dan melakonkan watak sebagai wanita malang dalam drama tersebut.
Pada tahun 2012, beliau memulakan karier sebagai pengacara bersama dalam program variasi Queen of Beauty dan Sold Out di tvN. Meskipun bergelar pelakon yang berasal daripada Korea Selatan, namun Park lebih dikenali di China berbanding dinegara kelahirannya sendiri. Di China, beliau juga terkenal sebagai model dan jurucakap produk barangan jualan kosmetik dan makanan seperti Hana Cosmetics dan Yonseng Tangerine Chocolate (sempena nama watak beliau dalam Dae Jang Geum) dimana produk-produk ini memperoleh keuntungan sebanyak 25 juta dollars sepanjang tahun 2009.
Kehidupan peribadi
Park telah mengahwini seorang usahawan, Kim Han-sup pada 27 April 2008 di Hotel Shilla, Seoul. Pada tahun 2011, beliau telah selamat melahirkan anak kembar lelakinya, Kim Jae-wan dan Kim Jae-ho.
Namun, pada September 2018, pasangan ini telah disahkan bercerai setelah hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga. Alasan utama berlakunya penceraian tersebut adalah disebabkan berlakunya selisih faham diantara mereka. Mahkamah kemudian memutuskan bahawa hak penjagaan anak kembar mereka diberikan kepada Park. [1]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
1998 | Zzang | Yoo Hye-ri |
2000 | 01412 Sect of the Magic Sword | Puteri Januari |
The Record | Hee-jung | |
2001 | Dream of a Warrior | Nam-hong |
2005 | Daddy-Long-Legs | Gadis imbasan semula |
2006 | February 29 | Han Ji-yeon |
Sunflower | Lee Eun-mi | |
2008 | Night and Day | Lee Yoo-jeong |
2015 | Enemies In-Law | Park Young-mi |
2017 | Steel Rain | Kwon Sook-jung |
Drama TV
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1995 | LA Arirang | SBS | |
2000 | Good Friends (musim 1) |
KBS | |
2001 | Everyday With You | Jo Se-hee | MBC |
2003 | Dae Jang Geum | Lee Yeon-saeng | MBC |
2004 | Little Women | Jung Hyun-deuk | SBS |
Island Village Teacher | Yoon Ji-young | SBS | |
2005 | 18 vs. 29 | Shin Ji-young | KBS |
2006 | Fireworks Display | Cha Mi-rae | MBC |
Silence | Zhao Shen Shen | CTV | |
2007 | The Person I Love | Yoon Hyun-joo | SBS |
Yi San | Queen Hyoui | MBC | |
2008 | Detective Mr. Lee | Lee Chae-young | MegaTV |
2010 | Pink Lipstick | Yoo Ga-eun | MBC |
2012 | Can't Live Without You | Seo In-hye | MBC |
2013-2014 | Two Women's Room | Min Kyung-chae | SBS |
2014 | Drama Special
"Vengeful Spirit" |
Min Yoo-sun | KBS |
2015 | The Merchant: Gaekju 2015 | Chun So-rye | KBS |
2016 | A Beautiful Mind | Shim Eun-ha | KBS |
2017 | Sweet Enemy | Oh Dal-nim | SBS |
2020 | Hi Bye, Mama! | Seo Bong-yeon | tvN |
Mystic Pop-up Bar | Ratu / Shin Ji-hye | JTBC | |
Get Revenge | Cha Mi-yeon | TV Chosun | |
2021 | High Class | Sejun-mam (kameo) | tvN |
The King's Affection | Lady Kim | KBS2 | |
2022 | Alchemy of Souls | Jin Ho-gyeong | tvN |
Drama Web
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2021 | Fly Again | Goo Song-yi | Kakao TV |
Penampilan Televisyen
Tahun | Acara | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2004 | Music Bank | MC | KBS2 | dengan Ji Sung |
2006 | Maldarja | Ahli pelakon | ||
2012 | Queen of Beauty | |||
Sold Out | ||||
2014 | Now On My Way to Meet You | |||
The King of Food | Hos | |||
2021 | On Air Money Life | |||
2022 | People of the Health Office | |||
Lan Line Beauty | ||||
Shall I Light Your Daily Life | Hos | |||
2022-2023 | Party Resolution |
Anugerah & pencapaian
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya yang dicalonkan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2008 | Anugerah Pengkritik Filem Busan ke-9 | Pelakon Baru Terbaik | Night and Day | Menang |
2009 | Anugerah Berkongsi Korea ke-2[2] | Anugerah Pengerusi | — | Menang |
2010 | Anugerah Drama MBC | Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita | Pink Lipstick | Menang |
2011 | Kementerian Kesihatan dan Kebajikan | Petikan | — | Menang |
2012 | Anugerah Drama MBC | Anugerah Kecemerlangan Teratas, Pelakon dalam Drama Bersiri | Can't Live Without You | Tercalon |
2013 | Anugerah Drama SBS | Anugerah Kecemerlangan, Pelakon dalam Drama Harian/Mingguan | Two Women's Room | Tercalon |
2014 | Anugerah Drama KBS | Anugerah Kecemerlangan, Pelakon dalam Satu-Drama / Drama Khas / Pendek | Vengeful Spirit | Tercalon |
2017 | Anugerah Drama SBS | Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita Dalam Drama Harian/Mingguan | Sweet Enemy | Tercalon |
Rujukan
- ^ Mya Amri (14 September 2018)[1] Astro Gempak.
- ^ Kim. [http: //www.asiae.co.kr/news/view.htm ? idxno = 2009120813413484782 http: //www.asiae.co.kr/news/view.htm ? idxno = 2009120813413484782] Check
|url=
value (bantuan). Unknown parameter|tajuk=
ignored (bantuan); Unknown parameter|pertama=
ignored (bantuan); Unknown parameter|tarikh=
ignored (bantuan); Unknown parameter|kerja=
ignored (bantuan); Unknown parameter|tarikh akses=
ignored (bantuan); Missing or empty|title=
(bantuan)