Paralives | |
---|---|
Fail:ParalivesLogo.png | |
Pembangun | Paralives Studio |
Pengarah | Alex Masse |
Pengatur cara |
|
Artis |
|
Komposer | Andrei Castanon |
Enjin | Unity |
Platform | Microsoft Windows, macOS |
Pelepasan | Sedang dalam pembangunan |
Genre | Simulasi Kehidupan |
Mod | Seorang pemain |
Paralives ialah permainan simulasi kehidupan sedang dalam pembangunan untuk Windows dan macOS yang dibangunkan oleh Paralives Studio yang terletak di Montreal, Quebec, Kanada dengan pasukan pembangun seramai 11 orang. Diinspirasikan oleh Siri Permainan The Sims, Paralives menggabungkan elemen pembinaan dan pengurusan di sebuah bandar terbuka yang kecil. [1]
Permainan
Paralives menpunyai dunia terbuka dengan peluang pekerjaan dan acara yang berbeza, seperti perayaan. [2] Pemain boleh membina rumah, mencipta Parafolks dan mengawal kehidupan mereka tanpa batasan. [3]
Pencipta watak, bernama "Paramaker", [4] membenarkan penyesuaian penampilan dengan peluncur dan roda warna sebagai pilihan. Pemain boleh membuat perubahan pada fizikal dan ketinggian, dan dengan menggunakan roda warna, akar dan naungan rambut boleh ditukar dalam pelbagai warna. [5] [6] Sistem serupa disediakan untuk objek dan pembinaan, membolehkan pemain melaraskan saiz, peletakan dan warna dinding, lantai, tingkap, pintu dan perabot. [7] Dan juga Translation Tool dengan tekan Ctrl + T pada teks.[1]
Watak yang bernama "Parafolks" bercakap dalam Bahasa Parli [2]
Pembangunan
Paralives telah dicipta oleh pembangun permainan bebas Alex Masse. [4] Selepas beliau telah mengerjakan beberapa projek seperti PewDiePie 's Tuber Simulator dan beberapa demo untuk permainan "Project Tiny", Beliau membuat keputusan untuk berhenti kerja dan membangunkan Paralives sepenuh masa. [1] Pembangunan ini telah bermula pada Januari 2019 dan perkembangannya diumumkan secara rasmi pada Jun 2019 dan masih dalam pembangunan. [8]
Pada mulanya, Paralives ialah projek solo, tetapi Masse mengupah orang untuk bekerja: Lea Sorribes, Christine Gariepy, dan Anna Thibert, serta membentuk Paralives Studio. [4] Sehingga Julai 2023, pasukan ini terdiri daripada sebelas orang secara keseluruhan selepas mengupah seorang pengaturcara dan reka bentuk permainan, Richard Rail. Beliau berpendapat bahawa permainan simulasi kehidupan sebelumnya tidak mempunyai alat yang membenarkan penciptaan mana-mana rumah dalam permainan yang mudah dan tepat, yang mendorongnya untuk mereka bentuk Paralives untuk menawarkan rasa penyesuaian yang tidak berkesudahan. [1] Beliau telah diilhamkan oleh alat pembinaan jalan raya yang terdapat di permainan Cities: Skylines, dan beliau telah cuba menjadikannya berfungsi di Paralives, memikirkan alat itu sesuai untuk meletakkan dinding dan membina rumah serta membenarkan pembinaan dinding lengkung serta memudahkan pembinaan rumah dalam skala yang tepat. [4] Pembangun telah menggabungkan teknik animasi prosedur, yang melibatkan tindak balas automatik berdasarkan animasi yang dibuat sebelum ini, untuk mengelakkan keperluan menghidupkan setiap situasi yang mungkin dan menjimatkan masa pembangunan tetapi kebanyakan animasi telah dibuat secara manual.
Memandangkan permainan ini dibiayai melalui Patreon, penyokong dijemput untuk mencadangkan cadangan mengenai jenis kandungan yang mereka ingin lihat dalam keluaran penuh. [1] Masse telah dipengaruhi oleh kejayaan Ooblets dalam perkhidmatan itu, dan memutuskan untuk mengikuti jejak langkah mereka, setelah mengagumi sokongan yang diperolehnya hanya melalui dari seni konsep dan idea sahaja. Dia berharap halaman Patreon akan membantu pembangunan yang cukup untuk mengupah pembangun lain. Setakat Julai 2023, Paralives mengandungi hampir 13,005 penyokong dan memperoleh hampir USD$40,000 (RM182,440.00) sebulan. [9] Menurut beliau, terdapat dokumen dengan 100 muka surat yang dipanggil "Parabook", mengandungi semua idea dan cadangan yang telah dikumpul setakat ini. Rancangan mereka adalah untuk mengeluarkan permainan dalam Akses Awal di Steam, kemudian menyokong permainan dengan kemas kini dan pengubahsuaian percuma, di mana orang ramai akan berkongsi ciptaan mereka di Bengkel Steam . [1]
Mereka ingin menawarkan simulasi kehidupan yang realistik dan inovatif, bermakna permainan itu tidak akan menampilkan sebarang watak ghaib, seperti hantu atau makhluk asing.
Anugerah dan pencalonan
- Pembangun Permainan Kanada 2020 - Pemenang Permainan Kanada Paling Dinantikan [10]
Rujukan
- ^ a b c d e Welch-Murphy, Emma (2019-08-15). "Why Paralives Is Looking To Be The Sim's New Rival". Game Informer (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-12.
- ^ Schermann, Natalie (2020-06-12). "Paralives ist das alternative Sims von Fans für Fans". GameStar (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 2020-08-12.
- ^ "'Paralives', un simulador de vida que recuerda a unos sims personalizados al máximo detalle". 20 minutos (dalam bahasa Sepanyol). 2020-06-08. Dicapai pada 2020-08-12.
- ^ a b c d Bell, Alice (2020-07-06). "Interview: the art and inspiration of Paralives, the indie game set to take on The Sims". Rock Paper Shotgun. Dicapai pada 2020-08-10.
- ^ Wald, Heather (2020-05-20). "Sims competitor Paralives shows off new character creator". GamesRadar+. Dicapai pada 2020-08-10.
- ^ "Height Sliders Confirmed as Paralives Team Reveals Character Design | The Paralives Hub" (dalam bahasa Inggeris). 19 May 2020. Dicapai pada 2020-10-13.
- ^ Plunkett, Luke (2020-05-19). "Paralives, A New Sims-Like Game, Looks Cool". Kotaku. Dicapai pada 2022-09-17.
- ^ "Development". Paralives (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-07-21.
- ^ Watts, Rachel (2020-07-30). "How Paralives is using Patreon to compete with The Sims". PC Gamer. Dicapai pada 2020-08-10.
- ^ "Our 2020 End of Year Poll Results!". Canadian Game Devs (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-02-06.
Pautan luar
- Tapak web rasmi (Dalam Bahasa Inggeris)