Para triatlon di Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 | |
---|---|
Lokasi | Taman Marin Odaiba |
Tarikh | 28 Ogos - 29 September 2021 |
Pesaing | 80 atlet dalam 8 acara |
Para triatlon di Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 telah diadakan di Taman Marin Odaiba yang terletak di Zon Tokyo Bay.[1] Setelah Sukan Paralimpik 2020 ditangguhkan ke 2021, acara ini telah diadakan dari 28 hingga 29 Ogos 2021.[2][3]
Kelayakan
Terdapat dua cara layak untuk acara para triatlon:
- Pengagihan slot mengikut ranking dunia para triatlon: 9 atlet lelaki dan 9 atlet perempuan yang mempunyai ranking dunia yang tertinggi dalam kategori masing-masing akan layak ke Sukan Paralimpik 2020.
- Jemputan Suruhanjaya Dwipihak: 8 atlet (tidak mengikut jantina) yang mendapat persetujuan suruhanjawa tersebut akan layak ke Sukan Paralimpik 2020.
Negara peserta
Berikut merupakan pasukan yang layak bagi setiap kategori:
Kategori
Sebanyak 80 peserta telah bertanding dalam 7 acara.[4]
- PTWC (Lelaki/Perempuan)
- PTS2 (Perempuan)
- PTS4 (Lelaki)
- PTS5 (Lelaki/Perempuan)
- PTVI (Lelaki/Perempuan)
- PTS4 (Lelaki): termasuk PTS2 & PTS3
- PTS5 (Perempuan): termasuk PTS3 & PTS4
Klasifikasi
Berikut merupakan klasifikasi bagi triatlon dalam Sukan Paralimpik 2020:[5]
- PTWC1 - PTWC2: Atlet yang mempunyai kecacatan dari segi kuasa dan pergerakan otot, kecacatan pada kakinya seperti amputasi dan paraplegia atau tetraplegia akibat kecederaan pada saraf tunjangnya. (PTWC1 bagi atlet yang mempunyai kecacatan yang lebih serius pada punggul dan tunjang badannya). Atlet akan bertanding pada kerusi roda bagi acara melari dan berbasikal menggunakan tangan bagi acara berbasikal. Kedua-dua kelas ini bertanding dalam acara yang sama secara adilnya dengan bermula pada masa yang berbeza.
- PTS2 - PTS5: Atlet yang mempunyai kecacatan pada kaki atau tangannya, contohnya amputasi pada kaki atau tangannya atau palsi serebrum. (Atlet akan dibahagikan kepada PTS2 hingga PTS5 mengikut keseriusan kecacatan mereka). Penggunaan peralatan membantu seperti kaki prostetik dalam acara melari dan berbasikal adalah dibenarkan.
- PTVI1 - PTVI3: Atlet yang mempunyai kecacatan penglihatan (PTVI1 bagi atlet yang mempunyai kecacatan yang paling serius). Mereka bertanding dalam acara yang sama secara adilnya dengan bermula pada masa yang berbeza. Atlet akan dibantu oleh pemandu yang sama jantina dan basikal tandem telah digunakan bagi acara berbasikal.
Takwim
Semua acara bermula pada 6:30 am dan berakhir pada 11:10 am (mengiktu Masa Standard Jepun UTC+9)[3]
OC | Upacara perasmian | ● | Peringkat akhir | CC | Upacara penutupan |
Sel 24 Ogos |
Rab 25 Ogos |
Kha 26 Ogos |
Jum 27 Ogos |
Sab 28 Ogos |
Aha 29 Ogos |
Isn 30 Ogos |
Sel 31 Ogos |
Rab 1 Sept |
Kha 2 Sept |
Jum 3 Sept |
Sab 4 Sept |
Aha 5 Sept |
Pingat emas |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
OC | • • • • |
• • • • |
CC | 8 |
Keputusan
Jadual pingat
* Tuan rumah (Jepun)
Kedudukan | NPC | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Amerika Syarikat | 3 | 2 | 0 | 5 |
2 | Sepanyol | 1 | 1 | 2 | 4 |
3 | Great Britain | 1 | 1 | 1 | 3 |
4 | Perancis | 1 | 0 | 1 | 2 |
5 | Belanda | 1 | 0 | 0 | 1 |
Jerman | 1 | 0 | 0 | 1 | |
7 | Itali | 0 | 1 | 2 | 3 |
8 | Jepun* | 0 | 1 | 1 | 2 |
9 | Australia | 0 | 1 | 0 | 1 |
Austria | 0 | 1 | 0 | 1 | |
11 | Kanada | 0 | 0 | 1 | 1 |
Jumlah (11 NPC) | 8 | 8 | 8 | 24 |
Sumber: Paralimpik
Pemenang
Acara | Kelas | Emas | Perak | Gangsa |
---|---|---|---|---|
Lelaki | PTWC[6] | Jetze Plat Belanda |
Florian Brungraber Austria |
Giovanni Achenza Itali |
PTS4[7] | Alexis Hanquinquant Perancis |
Hideki Uda Jepun |
Alejandro Sánchez Palomero Sepanyol | |
PTS5[8] | Martin Schulz Jerman |
George Peasgood Great Britain |
Stefan Daniel Kanada | |
PTVI[9] | Amerika Syarikat Brad Snyder Pemandu: Greg Billington |
Sepanyol Héctor Catalá Laparra Pemandu: Gustavo Rodríguez Iglesias |
Jepun Satoru Yoneoka Pemandu: Kohei Tsubaki | |
Perempuan | PTWC[10] | Kendall Gretsch Amerika Syarikat |
Lauren Parker Australia |
Eva Moral Sepanyol |
PTS2[11] | Allysa Seely Amerika Syarikat |
Hailey Danz Amerika Syarikat |
Veronica Yoko Plebani Itali | |
PTS5[12] | Lauren Steadman Great Britain |
Grace Norman Amerika Syarikat |
Claire Cashmore Great Britain | |
PTVI[13] | Sepanyol Susana Rodríguez Pemandu: Sara Loehr |
Itali Anna Barbaro Pemandu: Charlotte Bonin |
Perancis Annouck Curzillat Pemandu: Céline Bousrez |
Rujukan
- ^ "Paralympic Venues". tokyo2020.org. 26 August 2018.
- ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympic.org (Siaran akhbar). 24 March 2020.
- ^ a b "Takwim Para triatlon" (PDF). olympics.com. 19 Ogos 2021. Dicapai pada 4 September 2021.
- ^ "2020 Summer Paralympics Qualification Guide" (PDF). International Paralympic Committee. 7 April 2021.
- ^ Paralympic Games Classification olympics.com. Dicapai pada 25 Ogos 2021.
- ^ "Keputusan". Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik. Dicapai pada 8 September 2021.
- ^ "Keputusan". Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik. Dicapai pada 8 September 2021.
- ^ "Keputusan". Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik. Dicapai pada 8 September 2021.
- ^ "Keputusan". Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik. Dicapai pada 8 September 2021.
- ^ "Keputusan". Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik. Dicapai pada 8 September 2021.
- ^ "Keputusan". Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik. Dicapai pada 8 September 2021.
- ^ "Keputusan". Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik. Dicapai pada 8 September 2021.
- ^ "Keputusan". Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik. Dicapai pada 8 September 2021.
Bacaan lanjut
- Buku keputusan Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo. 3 September 2021.