Papier-mâché (bermaksud "kertas dikunyah" dalam Bahasa Perancis: [papje mɑʃe], juga disebut [pa.pi.yé ma.syé]) ialah bahan komposit yang terdiri daripada pulpa atau kepingan kertas (yang kadangkalanya diperkuatkan dengan tekstil) yang diikat dengan suatu bahan pelekat seperti gam, kanji atau pelekat kertas dinding.
Kaedah
Terdapat dua kaedah yang digunakan dalam pembuatan papier-mâché, iaitu kaedah menggunakan jalur kertas serta kaedah pulpa kertas.
Kaedah pertama melibatkan melekatkan jalur-jalur kertas bersama dengan bahan pelekat di atas suatu rangka atas objek lain (yang keduanya sebagai asas acuan sebelum ia dapat ditanggalkan). Sebaik sahaja bahan pelekat itu dapat mengering dengan sepenuhnya, barulah produk akhir yang terhasil itu dapat dipotong, dilicinkan mahupun dicat dengan cat kalis air yang sesuai.[1]
Kaedah kedua pula menggunakan kertas yang direndam semalaman atau direbus secukupnya sehingga kesemua kertas terlarut menjadi pulpa. Air rendaman ini dibuang dan bahan pelekat dicampurkan bersama kertas basah ini sebelum dibentukkan atau dilekatkan pada suatu rangka lalu dikeringkan.
Rujukan
- ^ Haley, Gail E (2002). Costumes for Plays and Playing. Parkway Publishers. ISBN 1-887905-62-6.