Umum | |
---|---|
Pengarang | Deana Yusof |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu Englis |
Genre | Cereka |
Penerbitan | |
Diterbitkan pada | 2006 |
Penerbit | Pekan Ilmu Publications |
Halaman | 258 |
Kawalan kewibawaan | |
ISBN | ISBN 983-3385-99-0 |
Papa... (Akhirnya Kau Tewas Jua) ialah sebuah novel sastera remaja yang menjadi buku teks Komsas tingkatan empat di Malaysia mulai 2010 sehingga 2015. Buku tulisan Deana Yusof ini diterbitkan buat kali pertama oleh Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd. pada 2006.
Sinopsis
Novel ini mengisahkan Intan Julia yang hidup bahagia dengan bapanya Jeffri dan mamanya Intan Maliana serta pembantu rumah Mak Cik Noraini di Kelana Jaya.
Intan Julia berusia 16 tahun pada awal cerita dan bersekolah di SMK Seri Gading (Tingkatan 4), manakala mama bekerja sebagai guru Matematik di sekolah yang sama dan papa pernah menjadi guru Sains Pertanian di sekolah yang sama tetapi kemudiannya menjadi pensyarah Ekonomi di Kolej Ikhisas. Sementara itu, Mak Cik Noraini ialah sepupu Jeffri. Dia kematian suami dan anak akibat kemalangan kereta dengan lori tangki semasa dalam perjalanan dari Johor ke Bidor, Perak sewaktu pulang berhari raya 17 tahun yang lalu.
Intan Maliana mengandung kali ke-2 kerana memenuhi keinginan papa yang mahukan anak lagi. Cikgu Suzie dan Mak Cik Noraini melarang Intan Maliana mengandung kerana 17 tahun lalu dia pernah pengsan / koma ketika melahirkan Intan Julia. Doktor terpaksa memerah susu kerana bayi itu (Intan Julia) enggan minum susu tepung. Intan Julia lahir tak cukup bulan, hanya 7 bulan sahaja. Mak Cik Noraini tak setuju tindakan Jeffri membeli dua katil bayi sebagai persiapan menyambut bayi anak kembar kerana menurut kata orang tua adalah tidak baik membeli barangan bayi terlalu awal.
Selepas SPM, Intan Maliana melahirkan anak kembar siam bernama Ahmad dan Muhammad di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras, Selangor. Walau bagaimanapun, anak-anak kembar ini mati dalam perut dan Intan Maliana koma selama 3 tahun. Jeffri membawa pulang isterinya dan dirawat di rumah sahaja .
Selepas SPM, Intan Julia belajar di Kolej Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Selangor. Dia tinggal di asrama UIA dan papa keseorangan di rumah. Dia sesekali pulang ke rumah dan menjaga ibunya yang koma. Dia berkenalan dengan pelajar baru bernama Rasylan. Mereka selalu bersama ke perpustakaan, minum di Restoran Starbuck Coffee di Mid Valley dan restoran makanan segera. Dia terserempak dua kali dengan bapa dan Aisyah minum bersama.
Aisyah merupakan seorang gadis yang cantik, anak hartawan dan tinggal di Kelana Jaya. Dia merupakan pelajar Jeffri. Di selalu bermain tenis dengan Jeffri dan Intan Julia di Kelab sukan Kelana Jaya. Secara berseloroh Intan Julia menyuruh bapanya berkahwin dengan Aisyah.
Rasylan menasihati Intan Julia agar tidak membantah bapanya berkahwin dengan Aisyah. Jeffri pernah menampar Intan Julia kerana isu itu. Rasylan adalah anak luar nikah antara pensyarah UIA, Muaz al khalibi dengan pembantu rumahnya warga Indonesia. Pembantu rumah itu balik ke Bandung dan meletakkan bayi itu di tepi jalan kerana malu tidak berbapa. Muaz al khalibi telah pulang ke Jordan. Jabatan Kebajikan Masyarakat menyerahkan bayi itu kepada Datuk Mustakim yang tinggal di Taman Seri Andalas , Klang.
Jefri melarang Intan Julia rapat dengan Rasylan kerana tidak ketahuan keturunannya. Rasylan menjadi anak angkat Datuk Mustakim . Dia tidak mendapat kasih sayang dan ditinggalkan di rumah sahaja. Rasylan ditinggalkan di rumah ketika keluarga Datuk Mustakim pulang ke kampung di Kuala Kangsar . Jeffri 'bermusuh' dengan Datuk Mustakim kerana ibu bapanya mati dilanggar oleh Datuk Mustakim. Atas rasa bersalah, Datuk mustakim memberi bantu kewangan kepada keluarga Jeffri.
Jefri melarang Aisyah masuk ke bilik isteri pertamanya Intan Maliana bimbang diracun. Setelah 3 tahun koma dan terbaring di rumah, Mama boleh membuka mata. Mama terkejut apabila melihat Aisyah di sebelah suaminya. Mama meninggal dunia setelah mengetahui Jefri telah menduakannya dan Aisyah telahpun mengandung. Jefri amat sedih atas pemergian Intan Maliana buat selama-lamanya (meninggal dunia)lalu menitiskan air mata. Hal ini kerana selama ini Jefri tidak pernah menitiskan air mata (menangis)..Papa akhirnya kau tewas jua...
Rujukan
Pautan luar
- Papa ... (akhirnya kau tewas jua!) - Deana Yusof Google Books