Panoramio ialah tapak berbagi foto milik google yang berorientasikan geolokasi. Foto-foto yang diunggah ke dalam Panoramio boleh diakses melalui pelbagai cara seperi melihatnya langsung melalui tapak web panoramio, melalui Google Maps, Google Earth ataupun yang lainnya. Tapak ini bertujuan untuk memudahkan pengguna Google Maps dan Google Earth untuk mempelajari dan mengetahui maklumat yang lebih lanjut tentang daerah tertentu yang dipilihnya melalui foto atau panorama yang diambil dan diunggahkan oleh pengguna lain ke dalam Panoramio. Tapak ini telah tersedia dalam pelbagai bahasa-bahasa di dunia.
Panoramio berpangkalan di markas besar Google di Zuric, Swiss.[1]
Syarikat Google telah mengumumkan bahawa servis Panoramio akan dihentikan mulai 4 November 2016, dan dijangka akan menutup Panoramio pada November 2017.
Sejarah
Panoramio bermula pada musim panas tahun 2005 oleh Joaquin Cuenca Abela dan Eduardo Manchon Aguilar, yakni dua orang usahawan asal Sepanyol. Secara rasmi diluncurkan pada tanggal 3 Oktober 2005.
Pautan luar
Rujukan
- ^ "Panoramio.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-15. Dicapai pada 2016-10-27.