Angkatan Tentera Imperial Jepun |
---|
Pentadbiran |
Tentera Imperial Jepun (Dai Nippon Teikoku Rikugun) |
Tentera Laut Imperial Jepun (Dai Nippon Teikoku Kaigun) |
Lencana pangkat |
Sejarah |
Pangkat Tentera Laut ialah lencana pangkat bagi Tentera Laut Imperial Jepun, yang digunakan sejak penubuhannya pada tahun 1868, sehingga dibubarkan pada tahun 1945 selepas penyerahan kalah Jepun dalam Perang Dunia II. Pangkat tersebut diilhamkan dari pangkat Royal Navy.[1]
Gelaran pangkat pegawai digunakan bagi kedua-dua Tentera Darat dan Tentera Laut Imperial Jepun, satu-satunya perbezaan ialah susunan perkataan Rikugun (tentera darat) atau Kaigun (tentera laut) sebelum pangkat. Dengan itu, sebagai contoh, seorang kepten dalam tentera laut berkongsi gelaran pangkat yang sama dengan kolonel dalam tentera darat: Taisa (kolonel), jadi pangkat Rikugun Taisa menunjukkan seorang kolonel tentera darat, manakala pangkat Kaigun daisa menandakan seorang kepten tentera laut.[1]
Pangkat pegawai bertauliah
Pangkat
Semua nama pangkat pegawai bertauliah adalah sama dengan rakan tentera darat mereka. Tentera laut akan memberi awalan nama pangkat biasa dengan "tentera laut" (Jepun: 海軍, rumi: Kaigun ), manakala tentera darat akan memberi awalan dengan "tentera darat" (Jepun: 陸軍, rumi: Rikugun ). Terdapat sedikit perbezaan dalam sebutan aksara 大 untuk Leftenan Tentera Laut dan Kepten Tentera Laut. Tentera laut menyebutnya sebagai Dai , manakala tentera darat menyebutnya sebagai Tai . Namun, perbezaan sebutan ini tidak digubal secara rasmi.
Pegawai Tetap (Jepun: 将校, rumi: Shōkō ) adalah graduan dari Akademi Tentera Laut Imperial Jepun. Pegawai Simpanan (Jepun: 予備将校, rumi: Yobi-shōkō ) adalah graduan universiti atau kolej, berbanding dengan melalui akademi tentera laut. Pegawai Tugas Khas (Jepun: 特務士官, rumi: Tokumu-shikan ) ialah pegawai berpangkat Leftenan ke bawah, yang dinaikkan pangkat dari Pegawai Waran (bermula dari lain-lain pangkat).[2][halaman diperlukan][3][4] Biasanya pangkat ini di diskriminasi dengan cara keutamaan mengambil alih kuasa bagi Pegawai Tugas Khas adalah lebih rendah daripada Pegawai Tetap atau Pegawai Simpanan.[a] Perbezaan antara Pegawai Tugas Khas dan Pegawai Tetap/Simpanan juga highlighted dalam lencana pangkat (lihat jadual untuk butiran).
Pangkat Komodor tidak diwujudkan tetapi Kepten yang memerintah kapal utama dalam sesebuah armada, biasanya paling dekat dinaikkan pangkat ke Laksamana Muda, atau memangku sebagai komander unit (yang lazimnya disandang oleh seorang Laksamana Muda) dan menjadi pegawai berbendera sambil mengibarkan "Panji Komodor".
Kumpulan pangkat | Jeneral/pegawai bendera | Pegawai medan/kanan | Pegawai junior | Pegawai kadet | ||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Gelaran | 大元帥海軍大将 Daigensui-kaigun-taishō |
海軍大将 Kaigun-taishō[b] |
海軍中将 Kaigun-chūjō |
海軍少将 Kaigun-shōshō |
海軍大佐 Kaigun-taisa |
海軍中佐 Kaigun-chūsa |
海軍少佐 Kaigun-shōsa |
海軍大尉 Kaigun-tai-i |
海軍中尉 Kaigun-chūi |
海軍少尉 Kaigun-shōi |
海軍少尉候補生 & 兵曹長 Kaigun-shōi-kōhosei & Heisōchō |
海軍兵学校生徒 (Kaigun-heigakō-seito ) | ||||||||||||||||||||||||
Terjemahan[5][6] | Panglima Tertinggi | Laksamana | Laksamana Madya | Laksamana Muda | Kepten | Komander | Leftenan Komander | Leftenan | Leftenan | Ensign | Midshipman & Pegawai Waran | Kadet | ||||||||||||||||||||||||
Kolar pakaian khidmat[7][6] |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bahu pakaian putih[6][5] |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lengan pakaian M1870[8] |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lengan pakaian M1871[8] |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lengan pakaian M1883[8] |
[9] | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lengan pakaian M1914[8][5][6] |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lengan pakaian khidmat[5][6] |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bahu & lengan Pegawai tugas khas[7] |
Bendera pangkat
Pangkat | Laksamana | Laksamana Madya | Laksamana Muda |
---|---|---|---|
(1870–1871) | |||
(1871–1889) | |||
(1889–1896) | |||
(1896–1945)[10] |
Pangkat kadet dan pegawai waran
Lencana kolar Midshipman dan Pegawai Waran adalah sama (dua-dua dianggap sebagai pegawai yang setaraf), tetapi secara terperinci, posisi midshipman adalah di atas Pegawai Waran. Tambahan pula, pangkat midshipman bukan melalui pentauliahan , tetapi ia melalui arahan atau waran. Kadet lebih berkemungkinan diklasifikasikan sebagai lebih tinggi dari pegawai tanpa tauliah, kerana terdapat satu garisan pada topi, berbanding dengan topi pegawai bertauliah yang mempunyai dua garisan dan pakaian seragam type 3 adalah berdasarkan pada anggota lain-lain pangkat.
Lihat jadual dibawah untuk butiran mengenai lencana pangkat kadet/PW:
Insignia[6] | Gelaran | Terjemahan | ||
---|---|---|---|---|
Kolar | Bahu | Lengan | ||
海軍少尉候補生 (Kaigun-shōi-kōhosei ) 海軍予備少尉候補生 (Kaigun-yobi-shōi-kōhosei ) |
Midshipman/Midshipman Simpanan | |||
海軍予備学生 (Kaigun-yobi-gakusei ) |
Pelajar simpanan | |||
海軍見習尉官 (Kaigun-minarai-ikan ) |
Perantis (cawangan pakar)
cth., Pakar bedah perantis (cawangan perubatan) | |||
[c] | 兵曹長 (Heisōchō ) |
Pegawai Waran | ||
海軍兵学校生徒 (Kaigun-heigakō-seito ) 海軍予備生徒 (Kaigun-yobi-seito ) |
Kadet/Kadet simpanan | |||
海軍委託生 (Kaigun-itakusei ) |
Pegawai tidak tauliah dan anggota lain-lain pangkat
Bagi Laskar Muda (seaman) dan Bintara Muda (petty officer), yang dipilih daripada lain-lain pangkat atau askar kerahan dan diberi latihan di sekolah teknikal/servis Tentera Laut, nama-nama itu berbeza dari nama tentera darat tetapi pangkat yang sama. Cawangan khidmat yang berbeza didalam tentera laut mempunyai pengkhususan yang menambah nama pangkat sepunya. Contohnya, Pasukan Udara Tentera Laut Imperial Jepun (IJNAF) mempunyai "Flight" (飛行 Hikō)[d] dimasukkan kedalam nama pangkat sepunya, seperti Flight Petty Officer First Class (Jepun: 一等飛行兵曹, rumi: Ittō-hikō-heisō ) atau Flight Seaman Second Class (二等飛行兵 Nitō-hikō-hei).[12][halaman diperlukan][2][halaman diperlukan] Untuk kegunaan praktikal, nama pangkat ini sering dipendekkan kepada 一飛曹 (Ippisō) atau 二飛 (Nihi).[12][halaman diperlukan] Lencana lain-lain pangkat telah ditukar pada April 1942[2][halaman diperlukan] dan nama pangkat sepunya telah dikemas kini pada November 1942.[12][halaman diperlukan][2][halaman diperlukan][13]
Lencana lain-lain pangkat sebelum berlaku perubahan pada 1942 adalah pelapik bulat yang mengandungi satu sauh bagi gred paling rendah, dua sauh bersilang bagi gred pertengahan dan dua sauh bersilang berserta bunga sakura bagi gred tertinggi. Lencana bintara muda mengikut corak yang sama tetapi dengan tambahan kalungan bunga. Lencana ini berwarna merah pada latar belakang hitam untuk uniform biru gelap musim sejuk (juga untuk sut penerbangan), warna hitam pada latar belakang putih untuk uniform putih musim panas, dan warna merah pada latar belakang hijau untuk uniform Pasukan Pendaratan Khusus Laut (SNLF). Lambang sauh digantikan dengan simbol yang berbeza untuk cawangan khusus; sebagai contoh, cawangan udara memakai simbol pesawat.[11][halaman diperlukan] Selepas perubahan pada tahun 1942, lencana itu ialah pelapik hitam berbentuk empat segi pada bahagian atas dan berbentuk anak panah pada bahagian bawah. Di dalam pelapik itu, semua cawangan mempunyai sauh berwarna kuning dan satu jalur kuning melintang untuk gred paling rendah, dua jalur kuning untuk gred pertengahan dan tiga jalur kuning untuk gred paling tinggi. Sama seperti sebelum ini, lencana bintara muda mengikut corak yang sama tetapi ditambah dengan kalungan bunga. Bagi semua pangkat terdapat juga simbol bunga sakura di bahagian tengah, yang berubah warna berdasarkan cabang; sebagai contoh, biru muda mewakili pasukan udara.[11][halaman diperlukan]
Kumpulan pangkat | Bintara muda | Lain-lain pangkat | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
–1942[14] | |||||||
一等兵曹 (Ittōheisō ) |
二等兵曹 (Nitōheisō ) |
三等兵曹 (Santōheisō ) |
一等水兵 (Ittōsuihei ) |
二等水兵 (Nitōsuihei ) |
三等水兵 (Santōsuihei ) |
四等水兵 (Yontōsuihei ) | |
Terjemahan | Bintara Muda Kelas I | Bintara Muda Kelas II | Bintara Muda Kelas III | Laskar Muda Kelas I | Laskar Muda Kelas II | Laskar Muda Kelas III | Laskar Muda Kelas IV |
1942–1945[15][6] | |||||||
上等兵曹 (Jōtōheisō ) |
一等兵曹 (Ittōheisō ) |
二等兵曹 (Nitōheisō ) |
水兵長 (Suiheichō ) |
上等水兵 (Jōtōsuihei ) |
一等水兵 (Ittōsuihei ) |
二等水兵 (Nitōsuihei ) | |
Terjemahan | Bintara Kanan | Bintara Muda Kelas I | Bintara Muda Kelas II | Laskar Kanan | Laskar Kelas I | Laskar Kelas II | Perajurit Muda |
Warna-warna cabang tentera
Anggota bukan eksekutif cabang Tentera Laut yang bertugas telah di tandakan mengikut kod warna. Bagi para pegawai, termasuk pegawai kadet kanan, ia adalah warna kain yang diletakkan sebagai latar berlakang kepada jalur manset, pada kedua-dua belah tali emas di papan bahu, dan sebagai garis alur memanjang pada pelapik kolar. Pegawai kadet kanan dan kadet memakai simbol sauh yang berwarna pada topi, dan juga dipakai oleh kadet pada papan bahu.[16] Anggota lain-lain pangkat cabang ditandakan dengan warna bunga sakura pada pelapik pangkat mereka; anggota talian menggunakan warna emas.
Warna | Cawangan | |
---|---|---|
Ungu | Kejuruteraan[e] | |
Coklat | Pembinaan kapal dan enjin | |
Ungu-coklat | Pembinaan kelengkapan | |
Merah | Perubatan (pakar bedah, doktor gigi dan ahli farmasi) dan anggota (kombat medik) Hospital (Kor) | |
Hijau pucat | Undang-undang | |
Putih | Pegawai gaji | |
Hitam | Pegawai Eksekutif/Talian/Kaji selidik | |
Biru muda | Pasukan Udara (Pegawai Waran dan Tugas Khas[f]) dan Hidrografi | |
Hijau | Ketua pertukangan | |
Biru kelabu | Ketua pancaragam (Pegawai Waran dan Tugas Khas) |
Lihat juga
- Pangkat Tentera Darat Imperial Jepun
- Perekrutan dalam Tentera Laut Imperial Jepun
- Latihan juruterbang dalam Tentera Laut Imperial Jepun
Nota
- ^ Navy Land Forces and some Naval Air Service used to neglect this system to focus more on the rank itself, regardless of Reserve or Special Duty Officer status.
- ^ Same rank insignia used for the Gensui-kaigun-taishō (元帥海軍大将 ), worn with an additional badge.
- ^ Three cherry blossoms were on the sleeve before 1942.[11][halaman diperlukan]
- ^ Before June 1941, it was "Aviation" (航空 Kōkū).[2][halaman diperlukan]
- ^ After 1942, the engineering branch (above commissioned officer) were merged with the line branch. Hence, the purple branch colour was used only below Warrant Officer.
- ^ After 1942, aviation Special Duty Officer was merged with line Special Duty Officer. Hence, the light blue branch colour was used only below Warrant Officer.
Rujukan
- ^ a b Rosignoli 1983, m/s. 348.
- ^ a b c d e Tagaya 2003.
- ^ Lundstrom 2005a, m/s. 454–457.
- ^ Lundstrom 2005b, m/s. 491.
- ^ a b c d Rosignoli 1983, Plate 53–54.
- ^ a b c d e f g Mollo 2001, m/s. 187.
- ^ a b Rosignoli 1983, Plate 55.
- ^ a b c d Nakanishi 2001, m/s. 69.
- ^ The commander's sleeve rank insignia on model 1883 continued until 1914, with one thin stripe and three thick stripes from the cuff.
- ^ OKM 1939, m/s. 94–95.
- ^ a b c Nila 2002.
- ^ a b c Hata, Izawa & Shores 2011.
- ^ Lundstrom 2005b, m/s. 599–613.
- ^ Rosignoli 1983, Plate 56–57.
- ^ Rosignoli 1983, Plate 58.
- ^ Rosignoli 1983, m/s. 349.
Bibliografi
- Hata, Ikuhiko; Izawa, Yasuho; Shores, Christopher (2011). Japanese Naval Air Force Fighter Units and their aces, 1932-1945. London, UK: Grub Street. ISBN 9781906502843.
- Lundstrom, John B. (2005a). The First Team: Pacific Naval Air Combat from Pearl Harbor to Midway (ed. New). Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN 1-59114-471-X.
- Lundstrom, John B. (2005b). First Team and the Guadalcanal Campaign: Naval Fighter Combat from August to November 1942 (ed. New). Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN 1-59114-472-8.
- Mollo, Andrew (2001). The Armed Forces of World War II: Uniforms, Insignia & Organisation. Leicester: Silverdale books. ISBN 1-85605-603-1.
- Nila, Gary (2002). Japanese Naval Aviation Uniforms and Equipment 1937-1945. Osprey Publishing. ISBN 1841764655.
- Nakanishi, Ritta (2001). Japanese Military Uniforms 1841-1929. Dainippon Kaiga Co., Ltd. ISBN 978-4499227377.
- Oberkommando der Marine (1992) [1939]. Flaggenbuch (dalam bahasa Jerman). Berlin: Druck und verlag der reichsdruckerei.
- Rosignoli, Guido (1983). Badges and insignia of World War II: Air Force, Naval, Marine. Blandford Colour Series. New York: Blandford Press Ltd. ISBN 0-671-06008-2.
- Tagaya, Osamu (2003). Imperial Japanese Naval Aviator 1937-45. Osprey Publishing. ISBN 1841763853.
- Kaigun-fuku-sei 海軍服制 [Naval uniform] (dalam bahasa Jepun). Tokyo: Kawarudo. 1901. Dicapai pada 4 September 2022.
- Imperial Japanese Arny and Navy Uniforms and Equipment. London: Arms & Armour. 1975. Dicapai pada 30 October 2022.