PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. |
Palsi Bell | |
---|---|
Seorang lelaki cuba menunjukkan gigi dan mengangkat keningnya dengan palsi Bell di sisi kanannya. Perhatikan dahinya yang juga terjejas. | |
Pengkhususan | Neurologi, Oftalmologi,ENT, pembedahan oral dan maksilofasial |
Gejala | Tidak mampu menggerakkan otot muka pada satu sisi, perubahan pada deria rasa, sakit di keliling telinga[1] |
Permulaan biasa | Lebih 48 jam[1] |
Tempoh | < 6 bulan[1] |
Punca | Tidak diketahuiUnknown[1] |
Diabetes, baru mengalami jangkitan salur pernafasan atas[1] | |
Berdasarkan gejala[1] | |
Tumor otak, strok, Sindrom Ramsay Hunt jenis 2, penyakit Lyme[2] | |
Rawatan | Kortikosteroid, ubat titis mata, penutup mata[1][3] |
Prognosis | Kebanyakan orang pulih sepenuhnya[1] |
Kekerapan | 1–4 per 10,000 setahun[2] |
sunting |
Palsi Bell (Inggeris: Bell's palsy) ialah penyakit lumpuh saraf muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena penyakit ini.[1] Ia selalunya bersifat sementara dan dapat bertambah pulih dalam beberapa minggu.[4] Gelaja boleh menjadi ringan hingga sederhana.[1] Antara petandanya ialah otot menggerenyet, lemah otot, atau tidak dapat mengawal sebelah, atau dalam kes jarang berlaku, kedua-dua belah wajah.[1] Gejala-gejala lain termasuk kening menjadi kuyu,[5] perubahan dalam deria rasa, dan sakit di keliling telinga. Gejala-gejala biasanya datang dalam tempoh 48 jam.[1] Palsi Bell boleh mencetuskan kesensitifan terhadap bunyi yang dipanggil hiperakusis.[6]
Punca palsi Bell tidak diketahui dan boleh berlaku pada mana-mana umur.[4] Faktor yang meningkatkan kemungkinannya termasuk diabetes, baru mengalami jangkitan saluran pernafasan atas dan kehamilan.[1][7] Ia diakibatkan disfungsi pada saraf kranium VII (saraf muka).[1] Ramai percaya ini disebabkan oleh jangkitan virus yang menyebabkan bengkak.[1] Diagnosis adalah berdasarkan rupa pesakit dan mengetepikan kemungkinan sebab lain.[1] Beberapa keadaan boleh menyebabkan kelemahan muka seperti barah otak, strok, sindrom Ramsay Hunt jenis 2, miastenia gravis dan penyakit Lyme[2] tetapi jika tiada sebab dapat dikenal pasti, keadaan ini dikenali dengan nama palsi Bell.
Palsi Bell biasanya akan pulih dengan sendiri dan ramai pesakit akan kembali berfungsi dengan normal sepenuhnya atau hampir sepenuhnya.[1] Kortikosteroid didapati dapat membantu dalam rawatan, manakala ubat antivirus mungkin mempunyai manfaat tambahan yang kecil.[8] Mata patut dijaga daripada kering dengan menggunakan ubat titis mata atau penutup mata.[1] Pembedahan secara amnya tidak digalakkan.[1] Seringnya tanda-tanda pulih muncul dalam 14 hari manakala pemulihan penuh dicapai dalam enam bulan.[1] Segelintir pesakit mungkin tidak akan sembuh sepenuhnya atau akan mengalami gejalanya semula.[1]
Palsi Bell merupakan punca paling kerap ditemui bagi kelumpuhan saraf sebelah muka (70%).[2][9] Ia berlaku dalam 1 ke 4 per 10,000 orang setiap tahun.[2] Kira-kira 1.5% orang mengalaminya dalam hidup.[10] Ia paling biasa berlaku pada orang di antara umur 15 dan 60 tahun.[1] Lelaki dan perempuan terkesan dengan sama banyak.[1] Penyakit ini dinamakan sempena ahli anatomi dari Scotland bernama Charles Bell yang pertama kali menjelaskan dengan terperinci hubungan saraf muka dengan keadaan ini.[1]
Biarpun ditakrifkan sebagai penyakit mononeuritis (melibatkan hanya satu saraf), orang yang didiagnosiskan dengan palsi Bell mungkin menghadapi banyak gejala yang berkaitan dengan saraf, termasuk kesemutan muka, sakit kepala/leher yang sederhana atau amat teruk, masalah ingatan, masalah keseimbangan, kebas dan kelemahan tangan kaki di satu belah badan, dan cemerkap yang tidak dapat dijelaskan oleh disfungsi saraf muka.[11]
Gejala
Gejala penyakit ini selalunya menampakkan muka yang melayut pada satu belah dan bermula dalam 72 jam.[12] Dalam kes-kes jarang berlaku (<1%), ia boleh berlaku di kedua-dua belah dan menyebabkan kelumpuhan wajah menyeluruh.[13][14]
Saraf muka mengawal beberapa fungsi, seperti mengelip dan menutup mata, senyum, memasam muka, membasahkan mata, menghasilkan liur, melebarkan lubang hidung dan mengangkat kening. Ia juga membawa sensasi rasa dari bahagian depan 2⁄3 lidah pada belah yang terjejas.[15]
Walaupun saraf muka mengawal otot stapedius di tengah telinga (melalui cabang timpanum), kesensitifan terhadap bunyi—menyebabkan bunyi normal kedengaran sangat kuat (hiperakusis)—dan disakusis (sukar mendengar) boleh terjadi tetapi sangat jarang berlaku.[15][16]
Gejala-gejala lain termasuk:
- perubahan dan luahan muka (contohnya menggerenyot muka)
- kesukaran ketika makan dan minum
- melelehkan air liur kerana tidak dapat mengawal otot muka
- kelopak mata atau sudut mulut yang lemah
- mata atau mulut yang kering
- rasa tegang di muka atau rasa ditarik ke sebelah satu lagi
- kelumpuhan muka pada satu bahagian yang menyukarkan untuk menutup satu mata
- sakit kepala
- kehilangan deria rasa
- sakit di belakang atau di depan telinga
- kepekaan kepada bunyi terjejas pada bahagian yang terkena penyakit
- gerenyetan di muka
- rasa lemah di muka
Sebab
Sebab palsi Bell berlaku tidak diketahui.[1] Faktor risiko termasuk kencing manis, baru mengalami jangkitan salur pernafasan atas dan mengandung.[1][7]
Sesetengah virus boleh tinggal di dalam tubuh tanpa menimbulkan apa-apa petanda, contohnya, virus varicella zoster[17] dan virus Epstein-Barr, kedua-duanya daripada famili herpes. Pengaktifan semula virus terpendam begini telah dicadangkan sebagai punca palsi Bell yang menyerang tiba-tiba.[18] Apabila saraf muka membengkak akibat tindak balas badan terhadap virus, ia menyebabkan tekanan terhadap kanal muka, memotong bekalan darah dan oksigen ke sel saraf.[19] Virus dan bakteria lain seperti HIV, sarkoidosis, dan penyakit Lyme juga telah dikaitkan dengan munculnya palsi Bell.[perlu rujukan] Perkara seperti traumma, persekitaran atau masalah metabolisme atau emosi boleh menyebabkannya aktif semula.[20]
Pewarisan penyakit ini telah ditemui dalam 4–14% kes.[21] Mungkin juga terdapat kaitan dengan migrain.[22]
Pada Disember 2020, FDA A.S. mengesyorkan penerima vaksin Pfizer dan Moderna COVID-19 perlu dipantau untuk simptom palsi Bell selepas beberapa kes dilaporkan dalam kalangan peserta percubaan klinikal, namun data tersebut tidak mencukupi untuk menentukan jika vaksin tersebut ada hubungan sebagai puncanya.[23]
Genetik
Meta-analisis kajian tatahubungan rentas genom (GWAS) mendapati hubungan yang kuat antara gen-gen tertentu dan palsi Bell.[24]
Rawatan
Steroid telah terbukti berkesan untuk meningkatkan pemulihan dalam palsi Bell manakala ubat antivirus tidak.[12] Bagi pesakit yang tidak dapat menutup mata, pelindung mata diperlukan.[12] Pengurusan semasa kehamilan adalah serupa dengan pengurusan bagi yang tidak hamil.[7]
Steroid
Kortikosteroid seperti prednison meningkatkan pemulihan pada 6 bulan dan oleh itu disyorkan.[3] Rawatan awal (dalam masa 3 hari selepas permulaan) adalah perlu untuk lebih berkesan[25] dengan kebarangkalian pulih 14% lebih tinggi.[26] Terdapat beberapa perdebatan mengenai strategi dos optimum yang secara amnya berbeza-beza mengikut doktor.[27]
Antivirus
Satu kajian mendapati antivirus (seperti asiklovir) tidak lebih berkesan daripada steroid untuk kes-kes ringan ke sederhana.[28] Kajian lain mendapati menggabungkan antivirus dengan kortikosteroid mungkin mempunyai beberapa faedah, tetapi bukti yang menyokongnya tidak begitu kuat.[8]
Ia juga tidak jelas dalam kes yang teruk. Satu semakan dari 2015 mendapati ia tiada kesan, tanpa mengira tahap keterukan palsi Bell.[29] Kajian lain mendapati manfaat kecil apabila ditambah kepada steroid.[8]
Ubat antivirus biasanya dipreskripsikan kerana terdapat teori tentang kaitan palsi Bell dan virus herpes simpleks serta varicella zoster.[30] Namun, masih ada kemungkinan manfaat mengambil antivirus tidak begitu tinggi, mungkin kurang daripada 7%.[26]
Pelindungan mata
Apabila palsi Bell menjejaskan refleks kelip dan mata tidak dapat tutup sepenuhnya, pesakit disyorkan mengguna ubat titis mata pada waktu siang dan melindungi mata dengan penutup ataupun meletakkan pita pelekat untuk menutupnya bagi waktu tidur dan rehat.[31][32]
Fisioterapi
Fisioterapi atau terapi fizikal boleh membantu sesetengah orang yang mengalami pasli Bell dengan mengekalkan kekuatan otot muka dan mengaktifkan saraf muka.[33] Senaman untuk melatih semula otot muka dan terapi manual pada tisu lembut sebelum ia sembuh sepenuhnya adalah penting untuk mengelakkan kekecutan kekal otot-otot muka.[33] Untuk mengurangkan sakit, tuam boleh dibubur pada bahagian muka yang terjejas.[34] Menggunakan rangsangan elektrik untuk palsi Bell tidak mempunyai bukti kukuh untuk menyokong keberkesanannya.[35]
Pembedahan
Pembedahan mungkin dapat membantu kelumpuhan saraf muka yang belum pulih.[25] Terdapat beberapa teknik yang berbeza.[25] Pembedahan senyuman atau rekonstruksi senyum ialah pembedahan yang boleh memulihkan senyuman penghidap kelumpuhan sarah muka. Antara kesan buruknya termasuk hilang pendengaran yang berlaku dalam 3–15% orang.[36] Satu kajian semula Cochrane (dikemaskini pada 2021), selepas menyemak ujian terkawal rawak dan separa rawak yang berkenaan tidak dapat menentukan sama ada pembedahan awal bermanfaat atau berbahaya.[37] Setakat 2007, Akademi Neurologi Amerika tidak mengesyorkan pembedahan dekompresi yang melegakan tekanan pada saraf muka.[36]
Perubatan alternatif
Keberkesanan akupunktur masih tidak diketahui kerana kajian sedia ada berkualiti rendah (reka bentuk kajian primer yang lemah atau laporan yang tidak mencukupi).[38] Terdapat bukti yang sangat tidak menentu untuk terapi oksigen hiperbarik untuk kes yang teruk.[39]
Sejarah
Ahli perubatan Parsi Muhammad bin Zakaria al-Razi (865–925) memperincikan huraian pertama yang diketahui tentang palsi muka periferi dan tengah.[40][41]
Cornelis Stalpart van der Wiel (1620–1702) pada tahun 1683 memberikan laporan tentang palsi Bell dan memuji pakar perubatan Parsi Ibnu Sina (980–1037) kerana menerangkan keadaan ini sebelumnya. James Douglas (1675–1742) dan Nicolaus Anton Friedreich (1761–1836) turut menerangkannya.
Ahli neurofisiologi Scotland, Sir Charles Bell membacakan kertas kerjanya kepada Royal Society of London pada 12 Julai 1821, menerangkan peranan saraf muka. Beliau menjadi orang pertama yang memperincikan asas neuroanatomikal kelumpuhan muka. Sejak itu, kelumpuhan wajah yang berlaku tanpa sebab telah digelarkan palsi Bell, sempena beliau.[42]
Rujukan
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z "Bell's Palsy Fact Sheet". Institut Gangguan Neurologi dan Strok Kebangsaan Amerika Syarikat. 25 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2011. Dicapai pada 11 Oktober 2022. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "NIH2016" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c d e Fuller G, Morgan C (December 2016). "Bell's palsy syndrome: mimics and chameleons". Practical Neurology. 16 (6): 439–44. doi:10.1136/practneurol-2016-001383. PMID 27034243. S2CID 4480197.
- ^ a b Madhok VB, Gagyor I, Daly F, Somasundara D, Sullivan M, Gammie F, Sullivan F (July 2016). "Corticosteroids for Bell's palsy (idiopathic facial paralysis)". The Cochrane Database of Systematic Reviews. 2016 (7): CD001942. doi:10.1002/14651858.CD001942.pub5. PMC 6457861. PMID 27428352.
- ^ a b "Bell's palsy - Symptoms and causes" (dalam bahasa Inggeris). Mayo Clinic. Dicapai pada 2022-03-22.
- ^ "Bell's Palsy".
- ^ Purves D (2012). Neuroscience (ed. 5th). Sunderland, Massachusetts: Sinauer. m/s. 283. ISBN 9780878936953.
- ^ a b c Hussain A, Nduka C, Moth P, Malhotra R (May 2017). "Bell's facial nerve palsy in pregnancy: a clinical review". Journal of Obstetrics and Gynaecology. 37 (4): 409–15. doi:10.1080/01443615.2016.1256973. PMID 28141956. S2CID 205479752.
- ^ a b c Gagyor I, Madhok VB, Daly F, Somasundara D, Sullivan M, Gammie F, Sullivan F (November 2015). "Antiviral treatment for Bell's palsy (idiopathic facial paralysis)" (PDF). The Cochrane Database of Systematic Reviews (11): CD001869. doi:10.1002/14651858.CD001869.pub8. PMID 26559436.
- ^ Dickson G (2014). Primary Care ENT, An Issue of Primary Care: Clinics in Office Practice. Elsevier Health Sciences. m/s. 138. ISBN 978-0323287173. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-20.
- ^ Grewal DS (2014). Atlas of Surgery of the Facial Nerve: An Otolaryngologist's Perspective. Jaypee Brothers Publishers. m/s. 46. ISBN 978-9350905807. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-20.
- ^ Morris AM, Deeks SL, Hill MD, Midroni G, Goldstein WC, Mazzulli T, dll. (2002). "Annualized incidence and spectrum of illness from an outbreak investigation of Bell's palsy". Neuroepidemiology. 21 (5): 255–61. doi:10.1159/000065645. PMID 12207155. S2CID 22771896. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-13.
- ^ a b c Baugh RF, Basura GJ, Ishii LE, Schwartz SR, Drumheller CM, Burkholder R, dll. (November 2013). "Clinical practice guideline: Bell's Palsy executive summary". Otolaryngology–Head and Neck Surgery. 149 (5): 656–63. doi:10.1177/0194599813506835. PMID 24190889. S2CID 25468987.
- ^ Price T, Fife DG (January 2002). "Bilateral simultaneous facial nerve palsy". The Journal of Laryngology and Otology. 116 (1): 46–48. doi:10.1258/0022215021910113. PMID 11860653. S2CID 19276545.
- ^ Jain V, Deshmukh A, Gollomp S (July 2006). "Bilateral facial paralysis: case presentation and discussion of differential diagnosis". Journal of General Internal Medicine. 21 (7): C7–10. doi:10.1111/j.1525-1497.2006.00466.x. PMC 1924702. PMID 16808763.
- ^ a b Mumenthaler M, Mattle H (2006). Fundamentals of Neurology. Germany: Thieme. m/s. 197. ISBN 978-3131364517.
- ^ Moore KL, Dalley AF, Agur AM (2013). Clinically Oriented Anatomy. Lippincott Williams & Wilkins. ISBN 978-1451119459.
- ^ Facial Nerve Problems and Bell's Palsy Information on MedicineNet.com www.medicinenet.com Diarkibkan 2008-04-23 di Wayback Machine
- ^ Furuta Y, Ohtani F, Chida E, Mesuda Y, Fukuda S, Inuyama Y (May 2001). "Herpes simplex virus type 1 reactivation and antiviral therapy in patients with acute peripheral facial palsy". Auris, Nasus, Larynx. 28 Suppl (Suppl): S13–17. doi:10.1016/S0385-8146(00)00105-X. PMID 11683332.
- ^ "Bell's Palsy Fact Sheet | National Institute of Neurological Disorders and Stroke". www.ninds.nih.gov. Dicapai pada 2022-03-22.
- ^ Kasse CA, Ferri RG, Vietler EY, Leonhardt FD, Testa JR, Cruz OL (October 2003). "Clinical data and prognosis in 1521 cases of Bell's palsy". International Congress Series. 1240: 641–47. doi:10.1016/S0531-5131(03)00757-X.
- ^ Döner F, Kutluhan S (2000). "Familial idiopathic facial palsy". European Archives of Oto-Rhino-Laryngology. 257 (3): 117–19. doi:10.1007/s004050050205. PMID 10839481. S2CID 24403036. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-06.
- ^ Silberstein SD, Silvestrini M (January 2015). "Does migraine produce facial palsy? For whom the Bell tolls". Neurology. 84 (2): 108–09. doi:10.1212/WNL.0000000000001136. hdl:11566/206361. PMID 25520314. S2CID 35589569.
- ^ Higgins-Dunn, Noah (2020-12-15). "FDA staff recommends watching for Bell's palsy in Moderna and Pfizer vaccine recipients". CNBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-12-15.
- ^ Skuladottir, Astros Th (2021-02-18). "A meta-analysis uncovers the first sequence variant conferring risk of Bell's palsy". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). 11 (1): 4188. Bibcode:2021NatSR..11.4188S. doi:10.1038/s41598-021-82736-w. PMC 7893061. PMID 33602968.
- ^ a b c Hazin R, Azizzadeh B, Bhatti MT (November 2009). "Medical and surgical management of facial nerve palsy". Current Opinion in Ophthalmology. 20 (6): 440–50. doi:10.1097/ICU.0b013e3283313cbf. PMID 19696671. S2CID 45094564.
- ^ a b Gronseth GS, Paduga R (November 2012). "Evidence-based guideline update: steroids and antivirals for Bell palsy: report of the Guideline Development Subcommittee of the American Academy of Neurology". Neurology. 79 (22): 2209–13. doi:10.1212/WNL.0b013e318275978c. PMID 23136264.
- ^ Gupta, Keshav Kumar; Balai, Edward; Tang, Ho Tsun; Ahmed, Abiya Amna; Doshi, Jayesh R. (2023-04-01). "Comparing the Use of High-Dose to Standard-Dose Corticosteroids for the Treatment of Bell's Palsy in Adults-A Systematic Review and Meta-analysis". Otology & Neurotology. 44 (4): 310–316. doi:10.1097/MAO.0000000000003823. ISSN 1537-4505. PMID 36706448 Check
|pmid=
value (bantuan). S2CID 256326046 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Sullivan FM, Swan IR, Donnan PT, Morrison JM, Smith BH, McKinstry B, dll. (October 2007). "Early treatment with prednisolone or acyclovir in Bell's palsy". The New England Journal of Medicine. 357 (16): 1598–607. doi:10.1056/NEJMoa072006. PMID 17942873. S2CID 3916563.
- ^ Garro A, Nigrovic LE (May 2018). "Managing Peripheral Facial Palsy". Annals of Emergency Medicine. 71 (5): 618–24. doi:10.1016/j.annemergmed.2017.08.039. PMID 29110887.
- ^ Stephenson M (October 4, 2012). "OTC Drops: Telling the Tears Apart". Review of Ophtalmology. Jobson Medical Information LLC. Dicapai pada April 16, 2019.
- ^ a b National Institute of Neurological Disorders and Stroke (NINDS) (April 2003). "Bell's Palsy Fact Sheet". Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2011. Dicapai pada 2011-05-12.
- ^ Shafshak TS (March 2006). "The treatment of facial palsy from the point of view of physical and rehabilitation medicine". Europa Medicophysica. 42 (1): 41–47. PMID 16565685.
- ^ Teixeira LJ, Valbuza JS, Prado GF (December 2011). "Physical therapy for Bell's palsy (idiopathic facial paralysis)". The Cochrane Database of Systematic Reviews (12): CD006283. doi:10.1002/14651858.CD006283.pub3. PMID 22161401.
- ^ a b Tiemstra JD, Khatkhate N (October 2007). "Bell's palsy: diagnosis and management". American Family Physician. 76 (7): 997–1002. PMID 17956069.
- ^ Menchetti, Isabella; McAllister, Kerrie; Walker, David; Donnan, Peter T. (January 26, 2021). "Surgical interventions for the early management of Bell's palsy". The Cochrane Database of Systematic Reviews. 1 (1): CD007468. doi:10.1002/14651858.CD007468.pub4. ISSN 1469-493X. PMC 8094225. PMID 33496980.
- ^ Chen N, Zhou M, He L, Zhou D, Li N (August 2010). He L (penyunting). "Acupuncture for Bell's palsy". The Cochrane Database of Systematic Reviews. 2010 (8): CD002914. doi:10.1002/14651858.CD002914.pub5. PMC 7133542. PMID 20687071.
- ^ Holland NJ, Bernstein JM, Hamilton JW (February 2012). "Hyperbaric oxygen therapy for Bell's palsy". The Cochrane Database of Systematic Reviews. 2 (2): CD007288. doi:10.1002/14651858.CD007288.pub2. PMC 8406519 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 22336830. - ^ Sajadi MM, Sajadi MR, Tabatabaie SM (July 2011). "The history of facial palsy and spasm: Hippocrates to Razi". Neurology. 77 (2): 174–78. doi:10.1212/WNL.0b013e3182242d23. PMC 3140075. PMID 21747074.
- ^ van de Graaf RC, Nicolai JP (November 2005). "Bell's palsy before Bell: Cornelis Stalpart van der Wiel's observation of Bell's palsy in 1683". Otology & Neurotology. 26 (6): 1235–38. doi:10.1097/01.mao.0000194892.33721.f0. PMID 16272948. S2CID 12630888.
- ^ Cantarella, Giovanna; Mazzola, Riccardo F. (2021-07-27). "The Bicentenary of Bell's Description of the Neuroanatomical Basis of Facial Paralysis: Historical Remarks". Otolaryngology–Head and Neck Surgery. 166 (5): 907–909. doi:10.1177/01945998211032172. PMID 34314273. S2CID 236473244 Check
|s2cid=
value (bantuan).
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Palsi Bell |