Sri Susuhunan Pakubuwana X | |||||
---|---|---|---|---|---|
Susuhunan Surakarta | |||||
Pemerintahan | 1893 – 1939 | ||||
Didahului oleh | Pakubuwana IX | ||||
Penerus | Pakubuwana XI | ||||
Gabenor jeneral | Cornelis Pijnacker Hordijk Carel Herman Aart van der Wijck Willem Rooseboom Johannes Benedictus van Heutsz A.W.F. Idenburg Johan Paul van Limburg Stirum Dirk Fock Andries Cornelis Dirk de Graeff Bonifacius Cornelis de Jonge A.W.L. Tjarda van Starkenborgh Stachouwer | ||||
Keputeraan | Surakarta, Hindia Belanda | 29 November 1866||||
Kemangkatan | 22 Februari 1939 Surakarta, Hindia Belanda | (umur 72)||||
Pasangan | GKR. Pakubuwana GKR. Hemas Dan 39 Istri Selir[1] | ||||
| |||||
Kerabat | Wangsa Mataram | ||||
Ayahanda | Pakubuwana IX | ||||
Bonda | KRAy. Kustiyah | ||||
Agama | Islam |
Pakubuwono X (juga dieja Pakubuwana X⁏ Tulisan Jawi: ڤاکوبوونو X ) atau gelaran penuhnya, Sampeyandalem Ingkang Sinuhun Kanjeng Susuhunan Pakubuwana X (29 November 1866, Surakarta – 20 Februari 1939 Surakarta) ialah Susuhunan (raja) Surakarta). Zaman pemerintahannya selari dengan perubahan politik yang sedang berlaku di Hindia Timur Belanda, khususnya dengan pegembangan organisasi politik tempatan seperti Budi Utomo dan Sarekat Islam yang dinanungi oleh beliau dan kerabat diraja yang lain. Diketahui bahawa Pakubuwono X mempunyai ramai gundik akan tetapi gundik utama beliau ialah GKR Hemas, puteri Sultan Hamengkubuwono VII dari Jogjakarta. Beliau terkenal sebagai penyumbang utama terhadap Makam Diraja Imogiri di mana beliau sendiri disemadikan.
Dalam bahasa Jawa, gelaran beliau yang mengikut adat betul, Sampeyandalem Ingkang Sinuhun Kanjeng Susuhunan Pakubuwana X, mengandungi banyak kata hormat yang ada diwarisi oleh raja pengganti. Pakubuwono X memerintah dari tahun 1893 sehingga 1939 dan merupakan raja pemerintah atau Susuhanan Surakarta yang memerintah paling lama.[2]
Rujukan
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.