Dalam rangkaian komputer, paket ialah unit data berformat yang dibawa oleh rangkaian komputer mod paket. Pautan-pautan komunikasi komputer yang tidak menyokong paket, seperti pautan telekomunikasi titik-ke-titik, hanya memindahkan data sebagai satu siri bait, aksara, atau bit sahaja. Apabila data diformatkan dalam bentuk paket, kadar bit bagi medium komunikasi boleh dikongsi di kalangan pengguna dengan lebih baik berbanding jika rangkaian terbabit disuislitarkan.