Pahlawan Pasir Salak ialah sebuah novel 1982 hasil karya novelis Mohd. Ismail Sarbini. Novel sejarah ini menjadi buku teks Tingkatan 2 sekolah menengah di Malaysia.
Sinopsis
Novel ini mengisahkan kejayaan perjuangan orang Melayu di Pasir Salak menentang cubaan British untuk menjajah negeri Perak pada tahun 1874. Kedatangan Residen J.W.W. Birch ke Pasir Salak telah ditentang oleh penduduk kampung yang berakhir dengan pembunuhan Residen British itu. Penduduk kampung diketuai oleh Penghulu Pasir Salak bernama Dato Maharaja Lela.