Pagari Bulan | |
---|---|
Pengarah | Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin |
Penulis |
|
Dihasilkan oleh | Sharifah Shahora |
Dibintangi |
|
Sinematografi | Nazir Ahmad |
Disunting oleh | Nik Johan |
Muzik oleh | Kautsar Matsin |
Syarikat penerbitan | Eleven Field Creative |
Diedarkan oleh | |
Tarikh tayangan | 5 Oktober 2023 (Malaysia) |
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 2.5 juta |
Pecah panggung | RM 92 ribu |
Pagari Bulan ialah sebuah filem drama sejarah Malaysia 2023 arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin dengan idea asal oleh Ellyna Ahmad dan skrip oleh Siti Jasmina Ibrahim. Dibintangi oleh Nazeera Sardi sebagai watak tajuk, filem ini ditayangkan pada 5 Oktober 2023.[1][2][3]
Premis
Pada tahun 1941 sehingga 1945, sekumpulan wanita yang dirampas dari keluarga untuk dijadikan sebagai wanita penghibur atau pemuas nafsu tentera di zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Bulan, adiknya Kasih dan Sui Li telah diculik oleh tentera Jepun untuk dijadikan sebagai mangsa kerakusan tentera di Kem mereka.[4]
Pelakon
- Nazeera Sardi sebagai Bulan
- Aniq Durar sebagai Leftenan Miura[5]
- Trisha Ooi sebagai Sui Li
- Alvin Wong sebagai Kuzawa
- Andy Teh sebagai Leftenan Azu
- Michael Ang sebagai Ah Seng
- Chelsia Ng sebagai Momosan
- Laila Nasir sebagai Hasnah
- Hazi Juzaili sebagai Nida
- Azlan Komeng
Penerbitan
Selepas mengarahkan filem pendek 2016 yang juga bertajuk Pagari Bulan, pengarahnya Raja Mukhriz Raja Kamaruddin dan isterinya juga pelakon, Sharifah Shahora mengambil keputusan untuk mengembangkan naskhah asal filem ini kepada kisah yang mengangkat isu pemerkasaan wanita pada era penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu. Menurut Shahora, beliau dan suaminya mengambil masa setahun untuk mengubah plot cerita Pagari Bulan bersama pemilik idea asal, Ellyna Ahmad dan penulis skrip, Siti Jasmina Ibrahim.[6]
Eleven Field Creative, syarikat yang diasaskan oleh Raja Mukhriz dan Shahora, menerbitkan filem ini dengan Primeworks Studios dan Metrowealth Pictures mengendalikan urusan pengedaran. Filem ini diterbitkan dengan Dana Penerbitan Filem Kenegaraan (DEKAN) bernilai RM2.5 juta yang disediakan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Raja Mukhriz dan Sharifah Shahora mendedahkan bahawa mereka telah memohon untuk mendapatkan dana DEKAN sebanyak 2 kali, namun ditolak sebelum permohonan mereka diterima oleh FINAS selepas dirombak dengan membawa tema pemerkasaan wanita.[6][7]
Nazeera Sardi memegang watak sebagai Bulan dan ini merupakan kali pertama beliau diberikan watak utama dalam sebuah filem. Ditanya mengenai pemilihan Nazeera sebagai Bulan, Shahora berkata, suaminya mahu mencari pelakon yang memiliki wajah wanita Melayu asli. Menurutnya, proses itu agak rumit kerana kebanyakan pelakon wanita berdarah campuran. Semua babak dalam filem ini mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapis Filem (LPF), Raja Mukhriz pula mendedahkan bahawa babak terakhir Pagari Bulan tidak melepasi tapisan daripada LPF ke kerana mempunyai risiko umpama mempromosikan komunis.[8] Penggambaran dijalankan di 25 lokasi bagi menghidupkan era penjajahan Jepun di Tanah Melayu.[6]
Muzik
Lagu tema filem ini ialah "Bulan" dipersembahkan oleh Namira dengan Cat Farish berkhidmat sebagai penerbit.[9][10]
Keluaran
Pagari Bulan ditayangkan pada 5 Oktober 2023 di 60 pawagam seluruh Malaysia dan Singapura.[1][11][12] Filem ini menjadi kegagalan komersial.[13][14]
Mohammad Al-Faizal Abdul Karim dari Utusan Malaysia mengulas: "Pagari Bulan mempunyai kekuatan sendiri dan bukanlah sebuah filem ‘asal buat’. Filem ini boleh diklasifikasikan antara filem tempatan yang bagus dan perlu diraikan di pawagam".[15] Syafil Syazwan Jefri dari Harian Metro pula sifatkan filem ini sebagai sebuah "filem luar biasa!".[16]
Rujukan
- ^ a b Budiey (28 September 2023). "Filem Pagari Bulan Angkat Tema Perjuangan Wanita di Zaman Jepun". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 13 Oktober 2023.
- ^ "Filem Pagari Bulan Dedah 'Sisi Gelap' Waktu Zaman Penjajahan Jepun". Bro Framestone. 28 September 2023. Dicapai pada 13 Oktober 2023.
- ^ "PAGARI BULAN MEMAPARKAN SEMANGAT PATRIOTISME DAN SEMANGAT KEBANGKITAN WANITA". Farhana Jafri. 28 September 2023. Dicapai pada 13 Oktober 2023.
- ^ "'PAGARI BULAN' - KISAH KEPERITAN ZAMAN PENJAJAHAN JEPUN DARI MATA HAMBA SEKS WANITA". Femag Online. 1 Oktober 2023. Dicapai pada 13 Oktober 2023.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (24 November 2023). "Aniq panjat rasa syukur". Harian Metro. Dicapai pada 25 November 2023.
- ^ a b c Serimah Mohd Sallehuddin (28 September 2023). "'Mohon tiga kali baru dapat'". Berita Harian. Dicapai pada 13 Oktober 2023.
- ^ Nadia Azam (28 September 2023). "Dua kali gagal, kami silap taktik rupanya - Sharifah Shahora". Malaysiakini. Dicapai pada 13 Oktober 2023.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (28 September 2023). "Babak akhir Pagari Bulan tak lepas LPF". Harian Metro. Dicapai pada 13 Oktober 2023.
- ^ Hasnurul Mohamed (13 Oktober 2023). "Filem Pagari Bulan jalan seiring dengan OST dan Namira". Suara Merdeka. Dicapai pada 13 Oktober 2023.
- ^ Fendi Ghafar (13 Oktober 2023). "Bulan, runut bunyi filem pagari bulan dendangan Namira dapat perhatian ramai". Suara TV. Dicapai pada 13 Oktober 2023.
- ^ Raja Yusoff Ariffin (2 Oktober 2023). "Pagari Bulan Papar Perjuangan Wanita dalam Era Penjajahan Jepun". Jendela DBP. Dicapai pada 13 Oktober 2023.
- ^ Isz Yusliza (1 Oktober 2023). "Pagari Bulan angkat kisah perjuangan wanita penghibur zaman penjajahan Jepun". KL Hype. Dicapai pada 13 Oktober 2023.
- ^ Ramlah Zainal (9 Oktober 2023). "Raja Mukhriz kecewa Pagari Bulan tak dapat sambutan". Berita Harian. Dicapai pada 13 Oktober 2023.
- ^ Amirul Asraf (10 Oktober 2023). "Raja Mukhriz Kecewa Filem 'Pagari Bulan' Tak Dapat Sambutan, Michael Ang Mohon Sokongan". Oh Bulan!. Dicapai pada 13 Oktober 2023.
- ^ Mohammad Al-Faizal Abdul Karim (8 Oktober 2023). "Pagari Bulan: naskhah yang wajar diraikan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 13 Oktober 2023.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (6 Oktober 2023). "Filem luar biasa!". Harian Metro. Dicapai pada 13 Oktober 2023.