Lokasi
Terletak berhampiran Pusat Bandaraya dan Sungai Sarawak (sebelah Kuching Selatan). Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Kuching Selatan terletak di sini. Majoriti penduduk di kawasan Padungan terdiri berbangsa Cina.
Ekonomi
Oleh sebab sebahagian besar daripada Padungan terletak dalam atau berhampiran Pusat Bandaraya, kegiatan ekonomi di sini adalah meyerupai mana-mana aktiviti kewangan dan perniagaan kawasan urban. Terdapat juga sebuah "China Town" di Padungan yang merupakan satu jalan yang meletakkan barisan rumah kedai yang menjalankan pelbagai aktiviti peruncitan dan perniagaan.
Wakil rakyat
- Ahli Dewan Undangan Negeri , Sarawak bagi kawasan pilihan raya N.9 Padungan ialah Yang Berhormat Tuan Wong King Wei.
- Beliau bertanding atas tiket Parti : Democratic Action Party (DAP).