Ditubuhkan | 7 Julai 1994 |
---|---|
Ibu pejabat | Glenmarie, Shah Alam, Malaysia |
Tapak web | Padiberas Nasional Berhad |
sunting · sunting di Wikidata |
Padiberas Nasional Berhad (MYX: BERNAS; didaftarkan sebagai BERNAS) ialah sebuah syarikat yang menjaga industri padi dan beras tempatan. BERNAS diswastakan pada 1 Januari 1996 dan telah menggantikan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN).
Peranan utama BERNAS ialah untuk mengawasi perkembangan industri padi dan beras negara, di samping membuat tanggungjawab sosial dan komersil yang selama ini dipikul oleh LPN. Ini termasuk mewakili pihak kerajaan dalam pengurusan dan pembayaran subsidi kepada petani, mengurus Skim Pengilangan Padi Bumiputra, membeli padi daripada petani pada harga minimum terjamin dan bertindak sebagai pembeli terakhir padi dari petani.
Sejarah korporat BERNAS sarat dengan perubahan dan transformasi. Dari warisan kami sebagai bekas agensi Kerajaan – Lembaga Padi dan Beras Negara sehingga pengkorporatan pada tahun 1994, kami telah menerima dan mengemudi setiap transformasi dengan jayanya, tanpa mengabaikan peranan utama kami sebagai penjaga keselamatan makanan negara
Pada 25 Ogos1997, BERNAS disenaraikan di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur. BERNAS terus berkembang melalui integrasi rantaian pembekalannya bersama pengusaha-pengusaha di peringkat antarabangsa bagi sektor pemborongan, perladangan, pemprosesan dan pengedaran.
Sebagai sebuah badan korporat, BERNAS bertanggungjawab untuk memastikan penyediaan bekalan beras yang berterusan dengan harga yang berpatutan kepada rakyat Malaysia dengan mengoptimakan rangkaian pembekalan, infrastruktur dan rangkaian pengedaran Syarikat. Syarikat juga turut memberi perhatian kepada pengurusan alam sekitar melalui penekanan kepada pembuangan sekam padi yang efektif di samping mempelbagai hasilan syarikat dengan memaksimumkan potensi produk-produk sampingannya.
Pada 26 April 2011, BERNAS mengumumkan kerajaan persekutuan telah memanjangkan tempoh pengedaran beras selama 10 tahun bermula dari 11 Januari 2011 hingga 10 Januari 2021.
Dimiliki syarikat asing
Pada 30 Julai 2009 syarikat pelaburan dari Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak) telah berjaya mendapatkan ekuiti sebanyak 31% menerusi pasaran terbuka tetapi BERNAS perjelaskan bahawa kepentingan semua pihak yang terdiri daripada petani, pengilang, pemborong, pengguna dan pemegang saham adalah dilindungi.[1]Selepas itu, Syed Mokhtar Bukhari melalui Tradewinds memiliki 53.7% ekuiti BERNAS bersamaan dengan RM526 juta tunai. Ini menyebabkan satu tawaran lain yang menyebabkan Tradewinds memegang 72.57% kepentingan ekuiti di dalam BERNAS.[2]
Rujukan
Lihat juga