Daerah Padang Terap ڤادڠ تراڤ | |
---|---|
Lokasi Daerah Padang Terap di Malaysia | |
Koordinat: 6°15′N 100°40′E / 6.250°N 100.667°EKoordinat: 6°15′N 100°40′E / 6.250°N 100.667°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Pusat | Kuala Nerang |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Daerah Padang Terap |
Pentadbiran | |
• District officer | Abd. Ghani @ Zulkifli Bin Zainuddin |
Keluasan | |
• Jumlah | 1,356.84 km2 (523.88 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 65,698 |
• Kepadatan | 48/km2 (130/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (Tidak dinilai) |
Poskod | 06xxx |
Kod panggilan | +6-04 |
Nombor plat kenderaan | K |
Padang Terap merupakan sebuah daerah di negeri Kedah, Malaysia. Daerah ini berkeluasan 1,356 kilometer persegi iaitu ketiga terbesar di Kedah.
Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Kuala Nerang. Antara kawasan lain yang terletak di dalam daerah ini ialah Naka dan Pedu.
Etimologi
Padang Terap mendapat nama daripada sejenis pokok terap (Artocarpus elasticus) yang banyak terdapat di suatu kawasan padang atau di tepi-tepi padang. Pokok ini mempunyai ciri bergetah dan mampu bertahan dalam cuaca kemarau.[2]
Pentadbiran
Daerah Padang Terap dibahagikan kepada 12 buah mukim;
- Mukim Batang Tunggang Kanan
- Mukim Batang Tunggang Kiri
- Mukim Belimbing Kanan
- Mukim Belimbing Kiri
- Mukim Kurong Hitam
- Mukim Padang Temak
- Mukim Padang Terap Kanan
- Mukim Padang Terap Kiri
- Mukim Pedu
- Mukim Tekai
- Mukim Tolak
Pihak berkuasa tempatan
Daerah Padang Terap ditadbir Majlis Daerah Padang Terap yang berpusat di Kuala Nerang.
Demografi
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Padang Terap ialah seramai 65,698 orang dengan kepadatan penduduk 48 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di daerah Padang Terap merupakan Bumiputera, dengan peratusan 91.8 peratus daripada jumlah penduduk.
Bumiputera, dengan peratusan 92.1 peratus daripada jumlah penduduk.[3]
Status | Bangsa | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara | Bumiputera | 57,279 |
Cina | 497 | |
India | 28 | |
Lain-lain | 4,585 | |
Bukan warganegara | - | 3,309 |
Jumlah | 65,698 |
Kemudahan
Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Padang Terap. Terdapat sebanyak 30 buah sekolah di daerah ini, iaitu 20 buah sekolah kebangsaan (SK), sebuah sekolah jenis kebangsaan (SJK), enam buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) dan tiga buah sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).[4] Daerah Baling juga mempunyai 10 buah balai polis, sebuah balai bomba, sebuah hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.
Ekonomi
Perkembangan pembangunan di Daerah Padang Terap dipengaruhi oleh hubungan ekonomi dengan negeri yang berhampirannya iaitu Perlis yang berfungsi sebagai Pusat Wilayah Negara bagi negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia.
Komoditi utama Padang Terap adalah gula yang dikeluarkan oleh Syarikat Gula Padang Terap. Di sini terdapat kilang memproses gula dan juga ladang tebu yang luas. Selain daripada memproses gula dari ladang, kilang gula ini juga memproses gula yang diimport kerana keluaran ladang tidak mencukupi untuk memenuhi kapasiti kilang. Industri memproses gula juga menguntungkan kerana gula mentah yang diimport dari pasaran dunia agak murah berbanding dengan keluaran tempatan. Oleh itu, ladang tebu telah dipelbagaikan tanamannya meliputi tanaman pisang dan nenas.
Rujukan
- ^ "LAMAN WEB RASMI PEJABAT DAERAH DAN TANAH PADANG TERAP - Perutusan Pentadbir Tanah". ptpt.kedah.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-19. Dicapai pada 2017-11-26.
- ^ "Info Padang Terap – Portal PBT Kedah". pbt.kedah.gov.my. Dicapai pada 2023-12-17.
- ^ a b Malaysia, Department of Statistics. "Baling Kawasanku | OpenDOSM". open.dosm.gov.my. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ "Sekolah di PPD Baling | Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.