| Jenis/bentuk sah | Anak syarikat |
|---|---|
| Industri | Telekomunikasi |
| Ditubuhkan | 11 Februari 2002 |
| Pengasas | Puan Chan Cheong |
| Ibu pejabat | Malaysia |
| Keluaran | Perkhidmatan rangkaian Perkhidmatan internet |
| Pemilik | Telekom Malaysia Berhad |
| Bilangan kakitangan | 600+ (2014)[perlu rujukan] |
| Syarikat induk |
|
| Tapak web | Tapak sesawang rasmi |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Unifi Mobile (digayakan sebagai unifi MOBILE) ialah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, jalur lebar dan WiMAX di Malaysia yang diasaskan pada tahun 2002 sebagai anak syarikat Green Packet Berhad (kini diperoleh Telekom Malaysia Berhad). Pada bulan Mac 2007, Unifi merupakan salah satu dari empat buah syarikat yang dikurniakan lesen spektrum 2.3GHz oleh kerajaan Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan WiMAX di seluruh negara. Pada bulan 2008, P1 mencatat sejarah selaku syarikat pertama yang melancarkan khidmat WiMAX komersil di Malaysia. Ia merupakan syarikat yang pertama dalam pembangunan skala besar teknologi komunikasi WiMAX di Asia Tenggara dan juga syarikat komersil pertama dalam mengusahakan jaringan antara 802.16e 2.3 GHz WiMAX di luar Korea Selatan. Syarikat ini berjaya memenangi anugerah ‘Syarikat Teknologi Swasta Paling Inovatif’ oleh Red Herring Asia pada tahun 2008.
P1 percaya dalam usaha memupuk pemikiran kreatif baru adalah penting dalam hasrat membangunkan Malaysia yang lebih progresif dan inovatif. Maka P1 dengan besar hatinya menajakan projek 15Malaysia di bawah program tanggungjawab sosial korporat yang dikenali sebagai ‘P1 Filmmakers Showcase’. Projek ini adalah sebahagian daripada senarai projek yang berada di dalam program inisiatif untuk memupuk seni tempatan dan memberi penghargaan kepada para seniman tempatan yang kerap disokong oleh P1.
Syarikat subsidiari P1 iaitu RUUMZ juga merupakan platform dalam talian rasmi untuk 15Malaysia. RUUMZ adalah platform jaringan sosial dalam talian Malaysia yang tersendiri dan ahli-ahlinya dapat bersantai, mendengar muzik, menonton filem, bermain games, berbual dan menjadi sebahagian dari komuniti siber yang segar. Sertailah sekarang!
Pada Mac 2014, Telekom Malaysia (TM) membeli 57% pegangan dalam P1 dengan harga RM 350 juta dan merancang untuk melabur RM 1 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang.
Pada April 2016, syarikat itu secara rasminya dijenamakan semula sebagai Webe Digital Sdn. Bhd . Mei 2017 menyaksikan pengumuman Ketua Pegawai Eksekutif terbaru syarikat, Moharmustaqeem Mohammed,[1] menggantikan Azizi A. Hady.
Pada Januari 2018, TM melancarkan semula perkhidmatan mudah alihnya di bawah jenama Unifi Mobile . Unifi Mobile ialah pelan prabayar dan pascabayar yang beroperasi pada kontrak tahunan. Rangkaian Unifi Mobile LTE terdiri daripada 850 MHz FDD-LTE (Band 5), 2300 MHz TD-LTE (Band 40), dan TD-LTE 2600 MHz (Band 38). Unifi Mobile menggunakan spektrum MgO 850 MHz LTE band 5 (diubah daripada CDMA 850 MHz), dan Celcom menyediakan perayauan domestik pada 4G dan 2G sehingga Jun 2023.
Pada 1 Oktober 2022, Jasmine Lee Sze Inn, 52, dilantik sebagai Naib Presiden Eksekutif Mudah Alih yang baharu di Telekom Malaysia Berhad, dan Ketua Pegawai Eksekutif Webe, bahagian mudah alih TM.
Pada 14 Disember 2022, Telekom Malaysia Berhad mengumumkan penyusunan semula dan penamaan semula Webe Digital Sdn. Bhd. kepada TM Technology Services Sdn. Bhd., yang kemudiannya berlangsung pada 1 Mac 2023.
Barangan dan perkhidmatan
WiMAX
P1W1MAX
Khidmat WiMAX P1 merupakan perkhidmatan jalur lebar mudah alih tetap yang menggunakan spektrum WiMAX 2.3 GHz WiMAX dan piawaian 802.16e, yang juga dikenali sebagai Mobile WiMAX yang membolehkan capaian jalur lebar tanpa dawai sehingga 30 batu (50 km) dari stesen utama.
WIGGY
Modem mudah alih P1 WIGGY [2] ialah modem WiMAX yang dikuasakan dengan port USB pada komputer.
Rujukan
- ^ "TM appoints new webe CEO | SoyaCincau.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 15 May 2017. Dicapai pada 2017-05-16.
- ^ "WiMAX on the go". thestar.com.my. Dicapai pada 2009-04-09.









