KA Tun Azizan berlabuh di Sungai Baram pada 2024
| |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | KA Tun Azizan |
Pembina: | Malaysia Marine and Heavy Engineering |
Pengguna: | Tentera Laut Diraja Malaysia |
Disiapkan: | 1 |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Kapal Auxillary |
Sesaran: | 8719 tan |
Panjang: | 102 m (335 ka) (keseluruhan) |
Lunas: | 22.7 m (74 ka) |
Draught: | 5.7 m (19 ka) |
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: | Sebuah helikopter, dengan berat sehingga 10 tan |
Tun Azizan adalah sebuah kapal yang diubahsuai dan dinaiktaraf untuk dijadikan pangkalan laut mudah alih hasil inisiatif Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Malaysia International Shipping Corporation Berhad (MISC) dan Malaysia Marine and Heavy Engineering (MMHE) untuk menukar dan mengubahsuai sebuah kapal kargo terpakai untuk dijadikan sebagai sebuah kemudahan pangkalan operasi hadapan yang dioperasikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia di Laut Sulu, Lahad Datu, Sabah bagi menyokong operasi Markas Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM).[1]
Sejarah
Pada bulan November 2014, Petronas mengetuai satu inisiatif bersama-sama dengan MMHE dan MISC untuk menukarkan sebuah kapal kargo terpakai yang dibeli dari Korea untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia sebagai sebuah pangkalan operasi hadapan mudah alih di Sabah. Kemudahan sebegini merupakan yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara. Ia boleh menampung seramai 99 anak kapal dan dilengkapi dengan bilik penginapan, penyimpanan makanan, bilik mencuci, bilik operasi dan komunikasi, janakuasa, sistem penyaman udara selain peralatan dan infrastuktur ketenteraan.