Otot rangka merupakan sejenis otot berstria yang menghubungkan antara satu tulang ke tulang yang lain. Otot rangka digunakan untuk pergerakan dan postur badan, dengan mengenakan daya kepada tulang dan sendi melalui pengecutan. Otot rangka mengecut secara terkawal melalui stimulasi saraf.
Sel otot rangka mempunyai bentuk silinder panjang dan nukleus berbilang. Nukleus otot ini terdapat di bawah membran plasma yang mengosongkan bahagian tengah gentian otot untuk miofibril. Aturan unik ini membenarkan pergerakan yang lebih berkesan. Otot ini biasanya mempunyai salah satu hujungnya terlekat kepada tulang pegun seperti skapula, dan hujung satu lagi melintasi sendi dan melekat kepada tulang yang lain seperti humerus).
Bagaimana otot rangka berfungsi
Kekuatan otot rangka selari dengan kawasan keratan lintangnya. Kekuatan badan pula bergantung kepada prinsip biomekanik (jarak di antara selitan otot dan sendi, saiz otot, dan sebagainya). Otot biasanya diatur berlawanan agar apabila satu kumpulan otot mengucup, satu kumpulan otot lagi mengendur.
Sel otot rangka dirangsangkan oleh asetilkolina yang di bebaskan di persimpangan neuromaskular oleh neuron motor. Apabila sel dirangsangkan, retikulum sarkoplasmanya akan membebaskan ion kalsium (Ca2+). Ini akan saling bertindak dengan miofibril dan, dengan itu, mendorong pengucupan otot (melalui mekanisma gelongsoran filamen. Selain kalsium, proses ini memerlukan adenosina trifosfat (ATP). ATP dihasilkan melalui proses yang memetabolismekan kreatina fosfat dan glikogen yang disimpan dalam sel otot serta glukosa dan asid lemak yang diperolehi daripada darah.
Setiap neuron motor mengawal sekumpulan sel otot yang dikenali sebagai "unit motor". Apabila lebih tenaga diperlukan, dari apa yang dihasilkan oleh satu unit motor, lebih banyak unit dirangsangkan; ini dikenali sebagai "penglibatan unit motor". Jika lebih tenaga diperlukan dari apa yang boleh di dapati dari pengucupan unit semasa, neuron motor akan menghantar rangsangan tambahan; ini menyebabkan proses "penjumlahan pengecutan" yang meningkatkan tahap pengucupan. Jika otot mengucup secara maksima, ia dikatakan telah mencapai tahap "pengucupan tetanik".
Gentian Merah dan Putih
Otot rangka mengandungi dua jenis gentian, digunakan untuk menghasilkan ATP; jumlahnya berbeza dari otot ke otot, dan dari seseorang dengan yang lain.
- Gentian merah ("sentak-perlahan") mempunyai lebih mitokondria, menyimpan oksigen dalam mioglobin, bergantung kepada metabolisme aerob dan dikaitkan dengan daya ketahanan; ia menghasilkan ATP lebih perlahan. Pelari maraton cenderung mempunyai lebih banyak gentian merah.
- Gentian putih ("sentak pantas") mempunyai kurang mitokondria, mampu untuk lebih berkuasa (tetapi lebih pendek) pengucupan, metabolisme ATP lebih pantas, dan lebih kemungkinan mengumpul asid laktik. Pengangkat berat dan pemecut cenderung mempunyai lebih gentian putih.
Lihat juga: otot kardium, otot licin.