Osman Zailani | |
---|---|
Kelahiran | Mohammad bin Kechut 9 September 1931 |
Meninggal dunia | 4 Julai 2017 Hospital Khoo Teck Puat, Singapura | (umur 85)
Sebab kematian | Akibat jangkitan kuman paru-paru dan sakit tua |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Sembawang, Singapura |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1955–2017 |
Anak-anak | 7 |
Saudara | Hady Mirza (cucu) |
Mohammad Kechut[1] atau lebih dikenali sebagai Osman Zailani (9 September 1931 – 4 Julai 2017) merupakan seorang pelakon serta pemuzik era kegemilangan filem Melayu yang berketurunan Melayu peranakan dari kacukan suku Banjar, Bugis dan Jawa, sebagai pelakon serba boleh. Nama pentas Osman Zailani itu digunakan sebagai nama pentas atas saranan abangnya dan merupakan gabungan nama datuknya Zailani dan nama bapa angkatnya Osman.
Kerjaya
Beliau membina kerjaya awalnya dalam dunia seni dengan menjayakan beberapa pancaragam seperti Keroncong Party di Woodleigh, Hiburan Party (Potong Pasir) Orkes Zindegi.
Pada 1970-an, beliau ditawarkan watak Ong Lee dalam satu episod drama jenayah aksi popular Hawaii Five-O bersama pelakon Jack Lord. Beliau juga pernah meminamkan suaranya dalam siri animasi Kampung Boy.
Kematian
Osman merupakan datuk kepada penyanyi Singapura, Hady Mirza.[1] Beliau meninggal pada 4 Julai 2017 pada usia 85 tahun.[2]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1972 | Harimau Jadian | Filem pertama | |
1979 | Saint Jack | Bob | |
1980 | Tuan Besar | Ayah Rokiah | |
1981 | Anita Dunia Ajaib | ||
Bintang Pujaan | Ariff | ||
Sesejuk Air Mata Ibu | |||
1982 | Pemburu | ||
Kami | Ayah Tookoo | ||
1984 | Tujuh Biang Keladi | Ayah Mona | Penampilan khas |
1991 | Bayangan Maut | Farid | |
1993 | Kekasih Awal Dan Akhir | Dato' Alwi | |
1994 | Panggilan Pulau | Pemburu | |
1995 | Putera | Sultan | |
Debu-Debu Kasih | Bapa Suzana | ||
1996 | Suratan Kasih | Ibrahim | |
Amelia | Doktor | ||
1997 | Sate | Haji Tahir | |
1998 | Iman Alone | Tan Sri | |
2014 | Banting | Atok | Filem terakhir |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1979 | Hawaii Five-O | Ong Lee | 1 episod | |
1981 | Drama Minggu Ini: Tok Awang | Tok Awang | TV1 | |
1983–1984 | PJ Holdings | Encik Rahman | ||
1995 | Dia Bukan Untukku | Ayahanda kepada Tengku (lakonan Mubarak Majid) | TV3 | undangan khas; watak aktres utama - Uji Rashid |
1999 | Kampung Boy | (suara) | Astro Ria | |
2013 | Terbelenggu | Mediacorp Suria | ||
Bubur Masjid Air Kitara | Drama terakhir |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1996 | Putih Gaun Pengantin | TV3 | |
2015 | Gen-X Otai |
Drama pentas
Tahun | Tajuk |
---|---|
1955 | Seniman Kecil |
1956 | Damak |
1957 | Kacip Emas |
1958 | Lela Satria |
1959 | Awal dan Mirah |
1960 | Dewi Ratna |
1961 | Malam Jahanam |
1962 | Ribut |
1979 | Raffles - Lion of Singapore |
1982 | The Samseng And The Chettiar's Daughter |
Rujukan
- ^ a b Alexander Hadreez Jr. (5 Julai 2017). "Pelakon Veteran Osman Zailani Meninggal Dunia". Rojak Daily. Dicapai pada 25 Julai 2017.
Allahyarham pernah mewarnai industri seni lakonan di Malaysia dan Singapura.
- ^ Perginya pelakon, pemuzik, penghibur kaya ilmu