Pembangun | Adam Osborne |
---|---|
Jenis | Komputer bimbit |
Tarikh jualan | 1981 |
Harga pengenalan | US$1,795 |
Ditamatkan | 1983 |
Sistem pengendalian | CP/M |
CPU | Zilog Z80 @ 4.0 MHz |
Ingatan | 64 KB |
Osborne 1 ialah komputer bimbit berasaskan sistem perisian CP/M yang diperkenalkan pada 1981, iaitu tahun yang sama dengan pengeluaran Komputer Peribadi IBM pertama. Ia dilengkapi dengan:
- pemproses Zilog Z80A 4 MHz;
- ingatan dalaman 64 K RAM;
- skrin 5 inci monokrom terbina, 24x53 aksara; dan
- dua pemacu cakera liut 91K 5¼".
- unit bekalan kuasa terbina tanpa bateri.
Beratnya Osborne 1 sekitar 12 kg (26.2 paun). Ia direka khas agar muat di bawah tempat duduk kapal terbang.
Osborne merupakan komputer peribadi yang datang dilengkapi dengan semua perisian yang diperlukan bagi mula menggunakan komputer dalam era Komputer Peribadi:
- perisian pemproses kata WordStar;
- hamparan SuperCalc; pangkalan data dBase II; dan sistem pengendalian CP/M (Control Program for Microcomputers).
Kesemuanya itu disediakan pada harga pasaran AS$1,795. Harga ini strategik kerana ia menjadikan harga komputer ini cukup murah untuk pembelian menggunakan kad kredit.
Pada 1983, Osborne mengumumkan model komputer yang baharu, awal-awal lagi sebelum model baharu itu dapat dikeluarkan. Akibatnya orang berhenti membeli model Osborne 1 dan syarikat itu akhirnya muflis. Kelakuan ini kini dikenali sebagai keluaran "Osburn"!
Pautan luar
- Osborne 1 information and photos – At the Obsolete Technology Website
- Osborne 1 detailed images and boot up video – At the Bunker of DOOM
- Collection of old digital and analog computers
- At the Old Computer Museum
- Osborne Prototype for auction at PBA Galleries