Orlando Bloom | |
---|---|
Kelahiran | Orlando Bloom 13 Januari 1977 |
Pendidikan | Sekolah Muzik dan Drama Guildhall |
Pekerjaan | Pelakon, Penerbit filem |
Tahun aktif | 1994–kini |
Pasangan | Miranda Kerr (k. 2010–2013) (cerai) |
Anak-anak | 1 |
Orlando Bloom (lahir 13 Januari 1977) merupakan seorang pelakon Inggeris. Beliau mula terkenal setelah membintangi trilogy The Lord of the Rings sebagai Legolas, beliau mula mengecapi popularity menerusi beberapa filem fantasi epic, epic sejrah dan penjelajahan fantasi. Beliau turut muncul sebagai Legolas dalam filem trilogy The Hobbit, sebagai Will Turner dalam siri Pirates of the Caribbean dan Paris dalam filem Troy (2004).
Pada tahun 2005, Bloom diberi kepercayaan memegang watak utama dalam filem Kingdom of Heaven dan Elizabethtown. Selain filem, Bloom juga pernah terlibat dalam pementasan In Celebration di London pada tahun 2007 dan adaptasi Romeo and Juliet pada tahun 2013. Pada tahun 2009, Bloom dinamakan sebagai Duta Goodwill UNICEF dan pada tahun 2015, beliau menerima Anugerah Kemanusiaan Britannia BAFTA.[3]
Kehidupan awal
Bloom dilahirkan pada tahun 1977 di Canterbury, Kent, dan dinamakan sempena nama komposer Inggeris, Orlando Gibbons.[4][5] Beliau mempunyai seorang kakak, Samantha Bloom.[6]
Orlando pada mulanya mempercayai bapa tirinya yang merupakan seorang penulis novel Harry Saul Bloom (1913–81) sebagai bapa kandungnya sebelum ibunya mendedahkan ketika beliau berusia tiga belas tahun bahawa bapa kandung beliau adalah Colin Stone, pasangan ibunya dan kenalan keluarganya.[7][8][9] Stone yang merupakan seorang pengetua,[10] menjadi penjaga Orlando selepas kematian Harry Bloom.[9]
Ibu Bloom, Sonia Constance Josephine (née Copeland), dilahirkan di Calcutta, India, merupakan anak kepada Betty Constance Josephine (née Walker) dan Francis John Copeland iaitu seorang doktor dan pakar bedah. Sebastian Copeland, seorang jurugambar terkenal merupakan sepupu kepada Bloom.[11][12] Keluarga ibunya pernah menetap di Tasmania (Australia), Jepun dan India.[7]
Bloom mendaftar di Sekolah Rendah Metodis St. Peter,[13] dan Sekolah Raja sebelum ke Sekolah St Edmund di Canterbury. Beliau disahkan menghidap disleksia,[9][14] dan ibunya menggalakkannya mengambil kelas seni dan drama. [9]
Bloom memulakan kerjaya lakonannya secara profesional menerusi watak dalam Casualty dan Midsomer Murders.[9] Beliau muncul dalam filem pertamanya, Wilde (1997), disamping Stephen Fry, sebelum menyertai Sekolah Muzik dan Drama Guildhall di London untuk mempelajari lakonan.[15]
Kerjaya
Bloom muncul dalam filem buat pertama kalinya menerusi watak kecil dalam filem Wilde pada tahun 1997. Dua hari selepas tamat belajar di Guildhall pada tahun 1999,[1] beliau menerima watak besar pertamanya menerusi trilogi The Lord of the Rings (2001–2003).[16] Beliau pada mulanya menguji bakat untuk watak Faramir, namun pengarah, Peter Jackson, memilih beliau untuk melakonkan watak sebagai Legolas. Semasa pengambaran, beliau mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika menunggang kuda dan pulih sebelum meneruskan penggambaran.[17] Dalam masa yang sama, Bloo turut muncul dalam filem perang Ridley Scott, Black Hawk Down sebagai PFC Todd Blackburn. Pada tahun 2002, Bloom dipilih oleh Teen People sebagai "25 Hottest Stars Under 25" dan dinamakan oleh majalah People' sebagai lelaki bujang Hollywood paling kacak dalam senarai 2004.[16] Kesemua pelakon filem Rings telah dicalonkan Anugerah Screen Actors Guild selama tiga tahun berturut-turut sebelum akhirnya memenangi pada tahun 2003 menerusi siri ketiga The Lord of the Rings: The Return of the King. Bloom turut memenangi beberapa anugerah lain termasuklah Anugerah Filem Eropah, Anugerah Empayar Sony Ericsson dan Anugerah Pilihan Remaja.
Bloom kemudiannya bergandingan dengan Keira Knightley dan Johnny Depp menerusi Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl pada tahun 2003. Selepas kejayaan filem tersebut, Bloom muncul dalam filem Troy bersama-sama Brad Pitt, Eric Bana dan Peter O'Toole. Pada tahun 2005, beliau memegang watak utama dalam filem arahan Ridley Scott, Kingdom of Heaven dan filem arahan Cameron Crowe, Elizabethtown. Pada tahun 2006, Bloom muncul semula dalam sekuel Pirates of the Caribbean dan Haven, yang mana beliau turut berperanan sebagai penerbit eksekutif. producer. Dalam tahun yang sama, beliau menjadi jemputan dalam sitkom Extras. Bloom menjadi lelaki cariaan terbanyak dalam Google News pada tahun 2006.[9]
Bloom muncul buat kali ketiga sebagai Will Turner, dalam Pirates of the Caribbean: At World's End, yang disiarkan pada 24 Mei 2007. Bloom, yang bercita-cita menjadi pelakon pentas selepas tamat belajar di Sekolah Muzik dan Drama Guildhall School of Music and Drama, telah menyatakan keinginannya untuk meninggalkan filem untuk seketika dan muncul dalam pementasan,[16] dan mencari bahan yang sesuai [18] dan bermula dari asas.[19] Semasa musim panas 2007, beliau muncul dalam pementasan In Celebration.[19][20] Pada 24 Ogos 2007, Bloom muncul dalam iklan TV buat pertama kali menerusi TV lewat malam Jepun untuk mempromosikan jenama kosmetik, Shiseido.[21] Pada tahun 2008 beliau menandatangan untuk watak kecil dalam filem An Education[22] namun menarik diri untuk membintangi filem arahan Johnnie To, Red Circle. Pada tahun 2009 juga, beliau menjadi salah satu pelakon dalam New York, I Love You, yang menggambungkan 12 buah filem pendek dalam satu filem. Beliau kemudiannya muncul dalam The Three Musketeers disamping Milla Jovovich, Logan Lerman, Matthew Macfadyen, Ray Stevenson, Luke Evans, Juno Temple dan Christoph Waltz, yang disiarkan pada tahun 2011.
Bloom muncul semula sebagai Logolas dalam bahagian dua dan tiga filem The Hobbit.[23]
Bloom kemudiannya muncul dalam pementasan Broadway buat pertama kali sebagai Romeo dalam pementasan Romeo and Juliet pada Ogos 2013 di Teater Richard Rodgers .[24]
Pada Oktober 2011, Bloom menyatakan beliau berminat untuk kembali dalam siri kelima Pirates of the Caribbean dan beliau muncul sebagai watak sampingan dalam Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales, yang disiarkan pada Mei 2017.[25]
Kehidupan peribadi
Bloom pernah menjalinkan hubungan yang tidak stabil[26] dengan pelakon Kate Bosworth, dari tahun 2003 sebelum putus pada September 2006.[27][28]
Pada penghujung 2007, Bloom mula berpacaran dengan model dari Australia, Miranda Kerr.[29] Mereka mengumumkan pertunangan mereka pada Jun 2010,[30] dan melangsungkan perkahwinan pada bulan seterusnya.[31] Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Flynn Christopher Bloom, yang lahir pada Januari 2011 di Los Angeles.[32][33] Pada 25 Oktober 2013, Bloom dan Kerr mengumumkan mereka telah berpisah beberapa bulan yang lalu dan mahu menamatkan perkahwinan mereka. Kedua-duanya bercerai pada penghujung 2013.[34][35]
Bloom kemudiannya mula berpacaran dengan penyanyi Katy Perry sejurus selepas Anugerah Golden Globe ke-73 pada Januari 2016.[36] Namun, pasangan ini mengesahkan mereka telah berpisah pada Februari 2017.[37]
Filemografi
Tahun | Judul | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
1994–96 | Casualty | Noel Harrison | 3 episod (Care in the Community, Another Day in Paradise, Made in Britain) |
2000 | Midsomer Murders | Peter Drinkwater | 1 episod (Judgement Day) |
2006 | Extras | Diri sendiri | 1 episod (Orlando Bloom) |
2011 | LA Phil Live | Romeo | 1 episod (Dudamel Conducts Tchaikovsky) |
2016 | Easy | Tom | 1 episod (Utopia) |
2017 | Tour de Pharmacy | Juju Peppi | Filem TV |
2017 | Stairway to Stardom | Diri sendiri | 1 episod |
2019 | Carnival Row | Rycroft Philostrate | Siri tetap[45] |
Rujukan
- ^ a b Pearce, Garth (27 May 2007). "On the move: Orlando Bloom". The Sunday Times. London. Dicapai pada 27 May 2007.
- ^ "Orlando Bloom 'converts to Buddhism'". Female First. 2004. Dicapai pada 7 April 2016.
- ^ "Meryl Streep, Sam Mendes & James Corden To Be Lauded At 2015 Britannia Awards". Deadline. 20 August 2015.
- ^ "Orlando Bloom". People. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2012. Dicapai pada 3 Ogos 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Orlando Bloom". Hello magazine. Dicapai pada 3 August 2012.
- ^ "Orlando Bloom's big sister on stage at Canterbury". Kent and Sussex Courier. 22 January 2009. Dicapai pada 1 June 2016.[pautan mati kekal]
- ^ a b Barratt, Nick (11 November 2006). "Family Detective". London: Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-06. Dicapai pada 26 May 2007.
- ^ "Orlando Bloom's sister denies feud", The Daily Telegraph, 28 June 2007
- ^ a b c d e f Pilger, Sam (27 May 2007). "Va-Va Bloom". The Sunday Telegraph. Dicapai pada 26 May 2007.[pautan mati kekal]
- ^ Stone, Colin. "About Us". Concorde International. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-02. Dicapai pada 24 May 2007.
- ^ Sebastian Copeland (18 November 2008). "Foreward". Antarctica: A Call to Action. Earth Aware Editions. ISBN 978-1-60109-027-0.
- ^ "Sebastian Copeland (known as Baste) – MSN Environment UK". Environment.uk.msn.com. Dicapai pada 19 December 2012.[pautan mati kekal]
- ^ "St. Peter's Methodist Primary School, Canterbury". St-peters-canterbury.kent.sch.uk. 13 January 1977. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2014. Dicapai pada 5 April 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Learning Disability". J-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-03. Dicapai pada 24 May 2007.
- ^ "Orlando Bloom Biography". www.biographyworld.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-14. Dicapai pada 2018-01-26.
- ^ a b c Cohen, Sandy (24 May 2007). "Orlando Bloom sails onto new seas". Sun Herald. Dicapai pada 24 May 2007.[pautan mati]
- ^ Nasson, Tim. "Orlando Bloom Interview". Wild About Movies. Dicapai pada 24 May 2007.
- ^ Williams, Lowri (19 September 2006). "Orlando Bloom To Ditch Film For The Stage?". Entertainment Wise. Dicapai pada 24 May 2007.
- ^ a b "Bloom trades his 'Pirates' sword for London stage". Khaleej City Times. 24 May 2007. Dicapai pada 24 May 2007.
- ^ Lipton, Brian Scott (25 May 2007). "Farr, Hilton, et al. to Join Orlando Bloom in London's In Celebration". Theater Mania. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-27. Dicapai pada 25 May 2007.
- ^ "Orlando Bloom in First TV Commercial". Japan Zone. 24 August 2007. Dicapai pada 24 August 2007.
- ^ "Molina, Bloom, Hawkins set for 'Education'". The Hollywood Reporter. 21 February 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2008. Dicapai pada 12 March 2008.
- ^ Bierly, Mandi. "Orlando Bloom joins 'Hobbit,' has not aged, according to Peter Jackson". Insidemovies.ew.com. Dicapai pada 19 December 2012.
- ^ "Orlando Bloom Set To Make Broadway Debut In New Take On 'Romeo And Juliet'". WCBS-TV. 7 August 2013. Dicapai pada 16 August 2013.
- ^ http://screenrant.com/pirates-caribbean-5-orlando-bloom-will-turner/
- ^ "Orlando Bloom Biography". People. Dicapai pada 26 September 2010.
- ^ "LOVE AT FIRST SIGHT FOR BLOOM". Contact Music. 6 July 2006. Dicapai pada 24 May 2007.
- ^ All Headline News (6 September 2006). "Orlando Bloom And Kate Bosworth Split". Exposay. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 May 2007. Dicapai pada 24 May 2007. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Orlando Bloom Meets Miranda Kerr's Parents". People. 28 April 2010. Dicapai pada 22 June 2008.
- ^ Oh, Eunice (21 June 2010). "Orlando Bloom and Miranda Kerr Are Engaged!". People. Dicapai pada 22 June 2010.
- ^ "Orlando Bloom and Miranda Kerr Secretly Marry!". People. 22 July 2010. Dicapai pada 22 August 2010.
- ^ Michaud, Sarah (18 January 2011). "Miranda Kerr: I Had a Baby Boy with Orlando Bloom!". People. Dicapai pada 18 January 2011.
- ^ "Miranda Kerr Names Flynn After Late Boyfriend – Moms & Babies – Moms & Babies — People.com". Celebritybabies.people.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-27. Dicapai pada 19 December 2012.
- ^ Maresca, Rachel. "Orlando Bloom speaks out on Miranda Kerr separation: 'Life sometimes doesn't work out exactly as we plan'". NY Daily News. Dicapai pada 14 December 2013.
- ^ Takeda, Allison (25 October 2013). "Miranda Kerr, Orlando Bloom Split After Three Years of Marriage". Us Weekly. Dicapai pada 25 October 2013.
- ^ Duboff, Josh (October 26, 2016). "Katy Perry and Orlando Bloom's Romance: Loud in Public, Muted on Instagram". Vanity Fair. Dicapai pada January 1, 2017.
- ^ "Katy Perry and Orlando Bloom Break Up After Less Than a Year'". E! News. February 28, 2017. Dicapai pada January 2, 2018.
- ^ ‘Pirates of the Caribbean 5′ Begins Production in Australia
- ^ Jack Sparrow is back in trouble in first photo from Pirates of the Caribbean 5
- ^ Keslassy, Elsa (June 16, 2016). "Orlando Bloom Joins Action Thriller 'Smart Chase: Fire & Earth,' Partners With Bliss Media On New Production Vehicle (EXCLUSIVE)". Variety. Dicapai pada June 18, 2016.
- ^ "S.M.A.R.T. Chase new movie poster released". S.M.A.R.T. Chase at Sina Weibo. Bliss Media. Dicapai pada 6 March 2017.
- ^ Barlow, Eve. "Orlando Bloom on Miranda Kerr, Katy Perry and The Time He Paddleboarded with His Penis Out". Elle UK. Dicapai pada 2 May 2017.
- ^ Evry, Max. "Orlando Bloom to Star in Chinese Thriller S.M.A.R.T. Chase: Fire & Earth". Comingsoon.net. Dicapai pada 20 March 2017.
- ^ Tampubolon, Rama. "Look At Orlando Bloom In This First Image Of Charles Martin's S.M.A.R.T. CHASE". Rama's Screen. Dicapai pada 20 March 2017.
- ^ Andreeva, Nellie (25 August 2017). "Orlando Bloom To Star In 'Carnival Row' Fantasy Drama Series For Amazon". Deadline. Dicapai pada 15 December 2017.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Orlando Bloom. |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Orlando Bloom |
- Orlando Bloom di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Orlando Bloom di Pangkalan Data Broadway Internet
- Orlando Bloom di Box Office Mojo
- Templat:Allrovi person
{{#switch:||Kategori=