Orang hanyut Vietnam (OHV; Vietnam: Thuyền nhân Việt Nam) ialah pelarian yang melarikan diri dari Vietnam dengan perahu dan kapal setelah berakhirnya Perang Vietnam pada tahun 1975. Penghijrahan ini berlaku paling tinggi pada tahun 1978 dan 1979 tetapi diteruskan sehingga awal 1990-an.
Bilangan orang Vietnam yang meninggalkan Vietnam dan tiba dengan selamat di negara lain berjumlah hampir 800,000 orang antara tahun 1975 dan 1995. Kebanyakan pelarian gagal bertahan di laluan itu, menghadapi bahaya daripada lanun, perahu yang terlalu sesak dan ribut. Tujuan pertama pelarian tersebut ialah negara-negara Asia Tenggara iaitu Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Ketegangan luar yang berpunca daripada pertikaian Vietnam dengan Kemboja dan China pada tahun 1978 dan 1979 menyebabkan penghijrahan majoriti rakyat Hoa yang lebih daripada 170,000 orang melarikan diri ke darat ke wilayah Guangxi, China, dari Utara manakala yang selebihnya melarikan diri dengan perahu dari Selatan. Kemasukan baru ini membawa jumlah pelarian di China kepada kira-kira 200,000 orang.[1] Di samping itu, tentera Vietnam juga mula mengusir etnik Hoa dari Kampuchea yang dikuasai Vietnam lantas mengakibatkan lebih 43,000 orang pelarian yang kebanyakannya keturunan Hoa melarikan diri ke darat ke Thailand.[2] Menjelang tahun 1980, penduduk pelarian di China mencapai 260,000 orang,[3] Pada tahun 2013, rakyat Hoa membentuk 11.5 peratus daripada penduduk Vietnam Amerika Syarikat.[4]
Gabungan sekatan ekonomi, warisan kemusnahan yang ditinggalkan oleh Perang Vietnam, dasar kerajaan Vietnam dan konflik yang lebih jauh dengan negara-negara jiran menyebabkan krisis kemanusiaan antarabangsa. Bertambah lagi pula negara-negara Asia Tenggara semakin tidak mahu menerima lebih banyak orang hanyut tersebut di pantai mereka. Selepas rundingan dan persidangan antarabangsa pada tahun 1979, Vietnam bersetuju untuk mengehadkan aliran keluar rakyat. Negara-negara Asia Tenggara bersetuju untuk mengakui pelarian tersebut buat sementara waktu dan seluruh dunia, terutamanya negara-negara maju, bersetuju untuk mengambil alih sebahagian besar pembiayaan untuk menjaga pelarian-pelarian dan untuk menempatkan mereka di negara mereka.
Dari kem pelarian di Asia Tenggara, kebanyakan pelarian telah ditempatkan semula di negara maju, ada di Amerika Syarikat dan kebanyakan sisanya di Australia, Kanada, Perancis, Jerman dan United Kingdom. Beberapa puluhan ribu orang telah dipulangkan ke Vietnam sama ada secara sukarela atau secara paksarela. Program dan kemudahan untuk melaksanakan pemukiman semula termasuk Program Perintah Berundur, Pusat Pemprosesan Pelarian Filipina dan Pelan Tindakan Komprehensif.
Rujukan
- ^ Xinhua, New China News Agency, 5 Januari 1979
- ^ Chang, Pao-min hlmn. 227
- ^ Straits Times, 10 Julai 1989
- ^ Trieu, M.M. (2013). Chinese-Vietnamese Americans. In X. Zhao, & E.J. Park (Eds.), Asian Americans: An Encyclopedia of Social, Cultural, Economic, and Political History (hlmn. 305-310). Santa Barbara, USA: Greenwood.
Bibliografi
- Martin Tsamenyi, The Vietnamese boat people and international law, Nathan: Griffith University, 1981
- Steve Roberts From Every End of This Earth: 13 Families and the New Lives They Made in America (novel, a.o. on Vietnamese family), 2009.
- Georges Claude Guilbert Après Hanoï: Les mémoires brouillés d'une princesse vietnamienne (novel, on Vietnamese woman and her boat people family), 2011.
- Thompson, Larry Clinton, Refugee Workers in the Indochina Exodus, Jefferson, NC: MacFarland Publishing Company, 2010.
- Kim Thúy Ru,2009
- Zhou, Min and Carl L. Bankston III Growing Up American: How Vietnamese Children Adapt to Life in the United States New York: Russell Sage Foundation, 1998.ISBN 978-0-87154-995-2.
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Orang hanyut Vietnam |
- Through My Eyes Website Imperial War Museum - Online Exhibition (images, video and interviews with Vietnam War refugees, including Boat People)
- The Canadian Museum of Civilization - Boat People No Longer
- Boat people - a refugee crisis: CBC Archives footage
- Boat People S.O.S
- Archive of Vietnamese Boatpeople
- Oral History Interviews with 15 Canadian Vietnamese Boat People
- Vietnam's boat people: 25 years of fears, hopes and dreams, CNN
- Courage & Inspiration: Boat people Documentary Diarkibkan 2016-02-05 di Wayback Machine by Les Films de l'Hydre and UniAction, La Presse
- Exodus of Refugees Reaches Its Last Stage








