Orang Tungus merupakan bangsa-bangsa yang bertutur dalam bahasa-bahasa Tungus yang tergolong dalam famili bahasa Altaik. Nama Tungus berasal dari Tunguska, sebuah kawasan di Siberia.
Kelompok etnik
Berikut ialah senarai suku etnik Tungus:
- Orang Evenk
- Orang Even
- Orang Jurchen (Nama orang Manchu sebelum abad ke-16)
- Orang Manchu
- Orang Negidal
- Orang Nanai
- Orang Oroch
- Orang Orok
- Orang Oroqen
- Orang Udege
- Orang Ulchs
- Orang Xibe
Lokasi
Kelompok kaum Tungus yang terbesar ialah orang Manchu yang sejumlah 10,000,000 orang. Orang Manchu berasal dari China Timur Laut (Manchuria), tetapi semenjak menakluki China pada 1600-an hingga 1900-an, mereka telah hampir berasimilasi sepenuhnya dengan penduduk berbangsa Han di China, tetapi masih tinggal di kawasan timur laut China.
Orang Evenk tinggal di Okrug Autonomi Evenk di Rusia. Orang Udege pula tinggal di kawasan Primorsky Krai dan Khabarovsk Krai, juga di Rusia.
Galeri
-
Seorang pengawal keselamatan Manchu
-
Sebuah rumah Evenk
-
Sebuah keluarga Udege
-
Tentera Xibe
-
moden Manchu lelaki
Rujukan
- Mile Nedeljković, Leksikon naroda sveta, Beograd, 2001.