Jumlah penduduk | |
---|---|
s. 26.8 juta orang | |
Kawasan ramai penduduk | |
Madagaskar, Comoros, Mayotte, Réunion, Mauritius, Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Australia, Kanada, New Zealand.Thailand,Seychelles,Sri Lanka,Switzerland,Singapura,Indonesia,India,Maldives,Fiji,Papua New Guinea | |
Bahasa | |
Bahasa Malagasi, Bahasa Perancis | |
Agama | |
Kepercayaan peribumi, Protestantisme, Katolik Rom, Islam | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
orang-orang Austronesia (khss. orang Ma'anyan, orang Banjar, orang Dusun, orang Lawangan, orang-orang Barito) orang Bantu |
Orang Malagasi (Malagasi: Vahoaka malagasy , Perancis: Malgache ) merupakan kumpulan etnik yang membentuk majoriti populasi Madagaskar. Kaum ini merupakan hasil kacukan orang-orang Bantu yang berasal dari pesisiran timur benua Afrika dengan orang Austronesia yang berhijrah melalui pelayaran jauh dari Borneo dan kepulauan sekitarnya di Asia Tenggara.[1]
Mereka terbahagi kepada dua subkumpulan: penghuni tanah tinggi Merina, Sihanaka dan Betsileo di sekitar Antananarivo, Alaotra (Ambatondrazaka) dan Fianarantsoa, dan penghuni persisiran pantai (côtiers). Pembahagian ini berakar dari sejarah pendudukan: kaum asli Austronesia yang sampai di antara kurun ketiga dan ke-10 yang membuat komuniti di tanah tinggi untuk menanam padi. Kemudian, penduduk dari Afrika Timur datang dan mendirikan kerajaan di sepanjang persisiran pantai yang tidak dihuni.
Rujukan
- ^ Heiske, Margit; Alva, Omar; Pereda-Loth, Veronica; Van Schalkwyk, Matthew; Radimilahy, Chantal; Letellier, Thierry; Rakotarisoa, Jean-Aimé; Pierron, Denis (22 Januari 2021). "Genetic evidence and historical theories of the Asian and African origins of the present Malagasy population". Human Molecular Genetics. doi:10.1093/hmg/ddab018. ISSN 0964-6906.