Opah | |
---|---|
Watak Upin & Ipin, Geng: Pengembaraan Bermula, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal | |
Disuarakan oleh | Hajah Ainon Ariff |
Informasi | |
Spesies | Manusia |
Jantina | Perempuan |
Keluarga | Ros (cucu perempuan) Upin (cucu lelaki) Ipin (cucu lelaki) |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Opah ialah sebuah watak dalam cereka animasi Upin & Ipin. Ia berperanan sebagai nenek kepada watak utama, Upin, Ipin dan kakak mereka, Ros. Watak Opah turut muncul dalam filem animasi, Geng: Pengembaraan Bermula dan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal.
Ciri-ciri watak
Rupa
Muka Opah berbentuk bulat , dengan tahi lalat pada pipi kirinya. Dia selalu memakai baju kurung biru muda berbunga biru biasa, sarung perang bercorak batik, dan alas kepala biru. Pada musim raya, dia gemar berpakaian serba hijau.
Perwatakan
Opah ialah seorang warga emas yang berlemah-lembut anginnya jika dibandingkan dengan cucunya Ros, khususnya ketika melayan kenakalan Upin dan Ipin, sehingga dia disangka memanjakan adik-beradik kembar itu. Dia kaya dengan pengetahuan duniawi dan keagamaan. Walaupun usianya lanjut, namun dia tetap kuat badan dan ingatannya.