"One Thousand Million Smiles" | |
---|---|
![]() | |
Single oleh Sudirman Haji Arshad | |
daripada album Asia’s No. 1 Performer | |
Bahasa | Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris |
Dilancarkan | 1989 |
Panjang | 4:30 |
Syarikat | EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. |
Penulis | Paul Ponnudurai |
Penggubah | Michael Verappen |
Penerbit | M. Nasir, Manan Ngah, Fauzi Marzuki & Michael Verappen |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
"One Thousand Million Smiles" ialah sebuah lagu nyanyian Sudirman Haji Arshad yang dikeluarkan pada 1989. Lagu ini ditulis oleh Paul Ponnudurai manakala susunan lagu pula dibuat oleh Michael Verappen. Lagu ini dimuatkan dalam album Asia’s No. 1 Performer. Pada peringkat akhir pertandingan Asian Popular Music Awards, beliau telah berjaya memenangi pertandingan tersebut dengan lagu ini bersama-sama dua lagu medley iaitu Send in the Clown dan Smile.[1][1]
Lagu ini dirakamkan dalam bentuk single dan dipasarkan di Eropah. Proses rakaman dibuat di Studio Jalan Abbey yang pernah menempatkan penyanyi ternama seperti The Beatles[1] dan Cliff Richard. Lagu ini juga pernah dipilih sebagai lagu tema Malaysia semasa Hari Bangsa-Bangsa Bersatu.[1]
Nota
[sunting | sunting sumber]- 1.↑ Lagu Send in the Clown dan Smile merupakan nyanyian asal Charlie Chaplin.