Onam (Bahasa Malayalam: ഓണംcode: ml is deprecated ) merupakan perayaan terbesar negeri Kerala di India. Ia jatuh semasa bulan pertama takwim Malayalam ia itu Chingam (Ogos–September) dan menandakan kembalinya Raja Mahabali yang terkenal. Perayaan berlangsung selama sepuluh hari dan berkait dengan banyak unsur budaya dan tradisi Kerala. Hamparan bunga halus, hidangan makan mewah, perlumbaan perahu ular, Puli Kali, dan tarian Kaikottikkali semuanya memainkan peranan dalam perayaan ini.