Datuk Mohd Omar Mustapha PJN | |
---|---|
![]() Mohd Omar Mustapha | |
Kelahiran | 1971 |
Pekerjaan | Usahawan, Pelabur |
Datuk Mohd Omar Mustapha (lahir 1971) ialah usahawan bersiri, pelabur ekuiti swasta, perunding strategi, dan ahli koporat Malaysia. Beliau terkenal sebagai pengasas Ethos & Company dan Ethos Capital[1], serta aktif dalam pelbagai jawatan korporat dan kerajaan.
Kehidupan Awal dan Pendidikan
Anak kepada diplomat Malaysia, Omar menghabiskan zaman kanak-kanak dan remaja di Asia (Ho Chi Minh City, Islamabad, Jakarta), Eropah (Rome, Warsaw), dan Amerika (Washington DC, Brasilia). Beliau kembali ke Malaysia pada usia 13 tahun dan memasuki sekolah berasrama penuh di Muar, Johor. Atas pencapaian sebagai Pelajar Terbaik SPM 1988 Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA), beliau berjaya menerima biasiswa PETRONAS dan menamatkan A-Level di Rugby School, UK, sebelum memperoleh ijazah BA (Kepujian) dan MA dalam Politics, Philosophy & Economics (PPE) dari Universiti Oxford.
Kerjaya
PETRONAS (1994–1997): Memulakan kerjaya sebagai eksekutif Perancangan Korporat, kemudian mengurus perniagaan hiliran di Phnom Penh dan Ho Chi Minh City. Terlibat dalam rundingan usaha sama dengan syarikat milik negara China untuk pelaburan hiliran pertama PETRONAS di China.
Multimedia Development Corporation (MDEC) (1997–1999): Berkhidmat sebagai Ketua Staf kepada Pengerusi & CEO, memimpin akuisisi syarikat teknologi permulaan dan perundingan hak harta intelek (IPR) dengan syarikat industri AS bagi projek Multimedia Super Corridor (MSC).
McKinsey & Company (1999–2002): Menyertai sebagai Senior Associate di Kuala Lumpur, London & Dubai, menasihati pelanggan dalam sektor tenaga, telekomunikasi, peruncitan, perbankan, insurans, dan kerajaan di Asia Tenggara, Eropah Barat, dan GCC. Fokus pada perancangan pembangunan negara, strategi korporat, dan transformasi pasca penggabungan.
Ethos & Company (2002–2017): Bersama rakan sekerja dari McKinsey ad Company, menubuhkan firma perundingan strategi terkemuka di Malaysia yang berkhidmat untuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), MNC, dan kerajaan persekutuan/negeri.[2][3]
Ethos Capital (2008–2018): Mengasaskan firma ekuiti swasta tempatan dengan dana permulaan USD75 juta (rekod industri PE Malaysia pada masa itu).[4]
Kerajaan Malaysia (2004–2005): Berkhidmat sebagai Pegawai Khas & Penolong Ketua Staf kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak.[5]
Penglibatan Korporat dan Kerajaan
Jawatan Penasihat:[6] Penglibatan Korporat:
- Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Symphony House Berhad[7], AirAsia Berhad[8], dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)[9][10][11].
- Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan & Remunerasi di Symphony House Berhad, Air Asia Berhad dan PETRONAS .
- Pengerusi PETRONAS Leadership Centre.
- Felo Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM)
Kehidupan Peribadi
Omar kini mengurus pelaburan pejabat keluarga, membahagikan masa antara Kuala Lumpur, Singapura, dan Thailand. Beliau berkahwin dengan seorang usahawan, Dato’ Sri Rozita Ramelan[12] dan mempunyai lima orang anak.
Anugerah dan Pengiktirafan
- Anugerah Tun Ismail Ali (Siswazah Terbaik Malaysia dari Universiti U.K.) oleh Persatuan British - Malaysia (1994)
- Young Global Leader oleh Forum Ekonomi Se-Dunia/ World Economic Forum (2007).[13]
- Eisenhower Fellow dari Pertubuhan Felo Eisenhower Amerika Syarikat (2008).
- Darjah Kebesaran Persekutuan Panglima Jasa Negara (P.J.N.) dikurniakan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-13 Tuanku Mizan Zainal Abidin (2011).
- Menyertai “Global Public Policy Leadership Program” di Harvard Kennedy School of Government dan tamat McKinsey Mini-MBA Program.
Rujukan
- ^ "Omar Mustapha". World Economic Forum.
- ^ youngcorporatemsians (4 Jan 2010). Young Corporate Malaysians 2009 - Omar Mustapha, Managing Principal & Director, Ethos & Company (YouTube). youngcorporatemsians.
- ^ "Partners bring together vast experience in consulting". The Star. 12 July 2004. Dicapai pada 27 May 2025.
- ^ "Omar is managing principal of Ethos". The Star. 28 January 2006. Dicapai pada 26 May 2025.
- ^ "Bursa Filings - Change In Boardroom". Capital A.
- ^ "ASEAN 100 Leadership Forum 2007" (PDF). Shimworld. Dicapai pada 27 May 2025.
- ^ "[SYMPHNY] Board Member APPOINTMENT - MOHD OMAR BIN MUSTAPHA on 07-Sep-2006". I3 Investor. Dicapai pada 27 May 2025.
- ^ "Bursa Filings - Change In Boardroom". Capital A.
- ^ "Omar Ong appointed Petronas non-exec director". The Star. 30 September 2009. Dicapai pada 26 May 2025.
- ^ "Omar Ong appointed Petronas non-exec director". Star biz. The Star Publication. 2010. Dicapai pada 7 July 2010.
- ^ "Petronas Annual Report 2014" (PDF). Petronas.
- ^ "Datuk Mohd Omar Mustapha". Tatler. Dicapai pada 27 May 2025.
- ^ "EF Asia Connect for a Better World". Perdana Leadership Foundation. Dicapai pada 27 May 2025.