Dame Olivia de Havilland | |
---|---|
Kelahiran | Olivia Mary de Havilland 1 Julai 1916 |
Meninggal dunia | 26 Julai 2020 | (umur 104)
Nama lain | Livvie |
Kerakyatan |
|
Pekerjaan | Pelakon |
Pasangan |
|
Anak-anak | 2 |
Ibu bapa | |
Saudara | Joan Fontaine (adik) Hereward de Havilland (sepupu) Geoffrey de Havilland (sepupu) |
Tandatangan | |
Dame Olivia Mary de Havilland DBE (/də ˈhævᵻlənd/; 1 Julai 1916 – 26 Julai 2020) ialah seorang pelakon wanita British-Amerika. Hasil karya dari kerjaya sinematiknya bermula dari 1935 hingga 1988. Beliau telah muncul dalam 49 filem cereka, dan merupakan salah seorang pelakon terkemuka pada zamannya. Beliau merupkan bintang terakhir yang masih hidup dari Zaman Kegemilangan Perfileman Hollywood dan pemenang Anugerah Akademi tertua yang hidup, sehingga kematiannya pada Julai 2020. Adik perempuannya ialah pelakon Joan Fontaine.
De Havilland pertama kali tampil sebagai pasangan layar lebar bersama Errol Flynn dalam filem Captain Blood (1935) dan The Adventures of Robin Hood (1938). Salah satu peranannya yang paling terkenal ialah sebagai Melanie Hamilton dalam filem klasik Gone with the Wind (1939), di mana beliau menerima pencalonan Oscar pertamanya, satu-satunya menerusi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.
De Havilland terkenal pada tahun 1940-an dan menerima pujian atas persembahannya dalam filem Hold Back the Dawn (1941), To Each His Own (1946), The Snake Pit (1948), dan The Heiress (1949), beliau menerima pencalonan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik bagi persembahannya di dalam filem-filem tersebut, menang dua kali untuk filem To Each His Own dan The Heiress. Beliau juga berjaya dalam karya panggung drama dan televisyen.[1][2]
De Havilland menetap di Paris sejak 1950-an, dan menerima penghargaan seperti National Medal of Arts, Légion d'honneur, dan dimasukkan sebagai Dame Commander of the Order of the British Empire.[3][4]
Selain kerjaya filemnya, de Havilland juga aktif di teater, muncul tiga kali di Broadway, dalam drama Romeo and Juliet (1951), Candida (1952), dan A Gift of Time (1962). Beliau juga bekerja di televisyen, muncul dalam siri mini berjaya Roots: The Next Generations (1979), dan Anastasia: The Mystery of Anna (1986), di mana beliau menerima pencalonan Anugerah Emmy Primetime dan memenangi Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Wanta Terbaik dalam Filem atau Siri Televisyen. Sepanjang kerjaya filemnya, de Havilland juga merangkul dua Anugerah Lingkaran Pengkritik Filem New York, Anugerah Dewan Ulasan Nasional untuk Pelakon Wanita Terbaik, dan Piala Volpi Festival Filem Venice. Untuk sumbangannya pada industri filem, beliau menerima bintang di Hollywood Walk of Fame.[5]
De Havilland meninggal kerana sebab semulajadi ketika sedang tidur di rumahnya di Paris, Perancis, pada 25 Julai 2020, pada umur 104 tahun.[6]
Rujukan
Petikan
- ^ "Interview: Olivia de Havilland". American Academy of Achievement. October 5, 2006.
- ^ "Olivia de Havilland: Awards". AllMovie. Dicapai pada January 23, 2016.
- ^ Corbet, Sylvie (September 9, 2010). "Olivia de Havilland honored by French president". Associated Press Online. Diarkibkan daripada yang asal pada May 30, 2013. Dicapai pada January 21, 2016.
- ^ Mirande, Jean-Noël (July 22, 2012). "Olivia de Havilland, une Américaine à Paris (Olivia de Havilland, an American Woman in Paris)". Le Point.
- ^ "Olivia de Havilland". Hollywood Walk of Fame. Dicapai pada January 23, 2016.
- ^ Staskiewicz, Keith (26 Julai 2020). "'Gone With the Wind' star Olivia de Havilland dies at 104". Entertainment Weekly. Dicapai pada 26 Julai 2020.
Sumber umum
- Bartel, Pauline (2014). The Complete Gone With the Wind Trivia Book (ed. 2nd). Lanham, MD: Taylor Trade Publishing. ISBN 978-1-58979-820-5.
- Billingsley, Lloyd (1998). Hollywood Party: How Communism Seduced the American Film Industry in the 1930s and 1940s. Ann Arbor: University of Michigan Press. ISBN 978-0-7615-1376-6.
- Brown, Gene (1995). Movie Time: A Chronology of Hollywood and the Movie Industry. New York: Macmillan. ISBN 978-0-02-860429-9.
- Bubbio, Daniel (2001). The Women of Warner Brothers. Jefferson: McFarland & Company. ISBN 978-0-7864-1137-5.
- De Havilland, Olivia (1962). Every Frenchman Has One. New York: Random House. OCLC 475546905.
- Fishgall, James (1997). Pieces of Time: The Life of James Stewart. New York: Scribner. ISBN 978-0-684-82454-3.
- Flynn, Errol (2002) [1960]. My Wicked, Wicked Ways: The Autobiography of Errol Flynn. New York: Cooper Square Press. ISBN 978-0-8154-1250-2.
- Fontaine, Joan (1978). No Bed of Roses. New York: Morrow. ISBN 978-0-688-03344-6.
- Gottfried, Martin (2002). Nobody's Fool: The Lives of Danny Kaye. New York: Simon & Schuster. ISBN 978-0-7432-4476-3.
- Herman, Jan (1995). A Talent for Trouble. New York: G. P. Putnam's Sons. ISBN 978-0-399-14012-9.
- Higham, Charles (1984). Sisters: The Story of Olivia de Havilland and Joan Fontaine. New York: Coward McCann. ISBN 978-0-698-11268-1.
- Jensen, Oliver O. (May 4, 1942). "Sister Act". Life. Jil. 12 no. 18. m/s. 88–94. Dicapai pada February 16, 2016.
- Kass, Judith M. (1976). Olivia de Havilland. New York: Pyramid Publications. ISBN 978-0-515-04175-0.
- Matzen, Robert (2010). Errol & Olivia: Ego & Obsession in Golden Era Hollywood. Pittsburgh: Paladin Communications. ISBN 978-0-9711685-8-9.
- McDonald, Paul; Carman, Emily; Hoyt, Eric; Drake, Philip, penyunting (2015). Hollywood and the Law. London: British Film Institute. ISBN 978-1-84457-478-0.
- Meyers, Jeffrey (2011). John Huston: Courage and Art. New York: Crown Archetype. ISBN 978-0-307-59069-5.
- Reagan, Ronald (1990). Ronald Reagan: An American Life. New York: Simon & Schuster. ISBN 978-0-671-69198-1.
- Selznick, David O. (1972). Memo from David O. Selznick. New York: The Viking Press. ISBN 978-0-670-46766-2.
- Shipman, David (1970). The Great Movie Stars 1: The Golden Years. New York: Bonanza Books. ISBN 978-0-316-78487-0.
- Thomas, Tony (1983). The Films of Olivia de Havilland. New York: Citadel Press. ISBN 978-0-8065-0988-4.
- Wallace, David (2002). Lost Hollywood. New York: St. Martin's Griffin. ISBN 978-0-312-28863-1.
Pautan luar
Ketahui lebih lanjut tentang Olivia de Havilland di Wikipedia: | |
Imej dan media dari Commons |
- Olivia de Havilland di Allmovie
- Olivia de Havilland di Pangkalan Data Broadway Internet
- Olivia de Havilland di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Olivia de Havilland di TCM Movie Database
- Diskografi Olivia de Havilland di Discogs
- "Olivia de Havilland – A Century of Excellence", fair use compilation of movie clips, 6 min.