(Dilencongkan daripada Oktober 16)
<< | Oktober | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
2024 |
16 Oktober merupakan hari ke-289 (hari ke-290 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 76 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Makanan Sedunia.
Peristiwa
- 456 – Magister militum Ricimer menewaskan Maharaja Avitus di Piacenza dan menjadi ketua Empayar Rom Barat.
- 1813 – Kerajaan Campuran Keenam menyerang Napoleon dan Empayar Perancis Pertama dalam Pertempuran Leipzig, konflik terbesar dalam Perang Napoleon.
- 1843 – William Rowan Hamilton menulis formula asas kuaternion buat pertama kali, mengukir persamaan tersebut di tepi Jambatan Broom di Cabra, Dublin, Ireland.
- 1883 - Seorang mangsa Letusan gunung berapi Krakatau bernama Muhammad Salleh, selesai menulis Syair Lampung Karam yang menceritakan tentang kedahsyatan letusan Gunung berapi tersebut.
- 1923 – Bersama abangnya Roy, Walt Disney (gambar) mengasaskan sebuah studio animasi di Hollywood yang kini antara syarikat media dan hiburan terbesar di dunia.
- 1940 – Perang Dunia Kedua: Gabenor Jeneral Nazi Hans Frank menubuhkan Perumahan Warsaw, perumahan Yahudi terbesar di Poland yang diduduki.
- 1978 – Kardinal Karol Józef Wojtyła dari Kraków, Poland, menjadi Paus John Paul II (gambar), paus bukan-Itali pertama sejak abad ke-16 dan pertama dari negara Slavik.
- 1995 – Louis Farrakhan daripada Nation of Islam menganjurkan Perarakan Sejuta Orang di Washington, D.C., A.S.
- 2002 – Biblioteka Alexandrina yang memperingati Perpustakaan Iskandariah baharian, dirasmikan di Iskandariah, Mesir.
- 2007 – Siren di Gunung Kelud (gambar) berbunyi, tanda gunung berapi akan meletup bila-bila masa sahaja.
- 2011 – Sebastian Vettel dan Red Bull Racing mempertahankan kejuaraan pemandu dan pengeluar Formula Satu.
- 2013 – Penerbangan 301 Lao Airlines terhempas sebelum mendarat di Lapangan Terbang Pakse, Laos, mengorbankan kesemua 49 orang di dalamnya.
Kelahiran
- 1886 - David Ben-Gurion, Perdana Menteri Israel yang pertama dan ketiga
- 1894 - Moshe Sharett, Perdana Menteri Israel yang kedua
- 1966 - Talal Salamah, penyanyi dan pelakon lelaki Arab Saudi
- 1975 - Ahmed Bukhatir, penyanyi dan pelakon lelaki Emiriah Arab Bersatu
- 1981 - Tanta Ginting, pelakon lelaki Indonesia
Kematian
- 1951 - Liaquat Ali Khan, Perdana Menteri Pakistan yang pertama