Oh, My Prince! adalah merupakan drama adaptasi novel karya Hannah Daniyah yang diterbitkan pada tahun 2018. Dibintangi oleh Dayang Areeda, Reza Hasbi, Nafiez Zaidi, Arja Lee, Afzan Rahman dan ramai lagi. Drama ini disiarkan bermula 22 Jun 2018, setiap hari Jumaat jam 6 petang di saluran Salam HD.
Oh, My Prince! | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Komedi |
Berdasarkan daripada | Oh, My Prince! karya Hannah Daniyah |
Pencipta | Hannah Daniyah |
Ditulis oleh | Azlina Din |
Pengarah | Kyoll Hamzah |
Dibintangi oleh | Dayang Areeda Reza Hasbi Nafiez Zaidi Arja Lee Afzan Rahman |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | A. Aida |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Syarikat penerbitan | A. Aida Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | Salam HD |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 22 Jun 2018 – 14 September 2018 |
Sinopsis
ADELE, si gadis bijak yang hidupnya hanya bertemankan kekasih hati di universiti. Kehadiran Danial di Universiti Awam Alamin membuatkan si gadis manis ini serba tak kena. Di mana ada Adele, di situ ada DANIAL, diekori ke mana sahaja. Kasih Adele yang sudah tertumpah kepada Hairi, menyebabkan kehadiran Danial dipandang sepi. Kedudukan Hairi dalam hati Adele sedikit pun tak tergugat, walau bermacam-macam cara yang digunakan Danial untuk memikat Adele.
Demi menyelesaikan masalah, salam persahabatan daripada Danial disambut. Masalah yang disangka selesai akhirnya menjadi semakin besar. Sehinggalah satu kesilapan menyebabkan Adele lari meninggalkan segala-gala yang dia ada di Universiti Awam Alamin.
Suasana kampung mengubah personaliti Adele seratus peratus. Di sana, dia bukan lagi Adele yang dikenali di Universiti Awam Alamin tetapi yang wujud hanyalah Adlina Hani. Kehadiran Danial di kampung Adele menyebabkan rahsia yang Adele sorokkan selama ini hampir terbongkar. Adele kalut! “Macam mana awak boleh sampai sini? Saya mohon sangat-sangat. Awak tolonglah balik ke Amanjaya dan rahsiakan tentang saya daripada ayah saya.” – ADELE “Kamu di sini dan kamu di universiti sangat berbeza. Sangat-sangat berbeza.” – DANIAL “Aku minta maaf. Bagi aku satu peluang saja, Adele. Peluang yang terakhir...” – HAIRI
Adele, Danial dan Hairi. Tiga insan daripada tiga dunia yang berbeza. Bagaimana pengakhiran kisah mereka? Siapakah putera dalam hati Adele?
Pelakon
- Dayang Areeda sebagai Adele
- Reza Hasbi sebagai Hairi
- Nafiez Zaidi sebagai Danial
- Arja Lee
- Afzan Rahman