
Objek antara najam ialah sejenis objek astronomi yang merentasi ruang antara najam yang tidak terikat secara graviti pada mana-mana bintang. Antara bentuk objek yang boleh bergerak rentas najam termasuklah asteroid, komet dan planet meta, tetapi tidak termasuklah bintang mahupun sisa bintang.
Istilah ini juga boleh digunakan pada objek yang berada pada trajektori antara najam tetapi melintasi bintang buat sementara waktu, seperti beberapa asteroid dan komet tertentu (iaitu eksoasteroid dan eksokomet).[1][2] Dalam kes kedua, objek boleh dipanggil penterobos antara bintang.[3] Objek antara najam pertama yang ditemui merupakan sejenis planet meta yakni planet yang dilantun keluar daripada sistem najam asalnya (contoh seperti OTS 44 atau Cha 110913−773444), walaupun ia sukar dibezakan daripada najam kerdil sub-perang yakni objek berjisim planet yang terbentuk dalam ruang antara najam dan seakan proses pembentukan bintang.
Objek antara najam pertama yang ditemui melalui Sistem Suria ialah 1I/ʻOumuamua pada tahun 2017. Objek ini mempunyai halaju lebihan hiperbolik yang ketara, menunjukkan ia bukan berasal dari Sistem Suria. Objek-objek antara najam pernah terikat pada bintang perumah dan telah menjadi tidak terikat kemudiannya. Proses yang berbeza boleh menyebabkan planet dan objek yang lebih kecil (planetesimal) menjadi tidak terikat kepada bintang perumahnya.[4]
Penamaan
Dengan penemuan pertama objek antara najam dalam Sistem Suria, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) telah mencadangkan satu siri baharu untuk tatanama jasad kecil untuk objek antara najam yang dikenali sebagai nombor I, serupa dengan sistem penomboran komet. Pusat Planet Kecil akan menetapkan nombor tersebut. Penamaan sementara untuk objek antara najam akan dikendalikan menggunakan awalan C/ atau A/ (komet atau asteroid), mengikut kesesuaian.
Rujukan
- ^ Valtonen, Mauri J.; Zheng, Jia-Qing; Mikkola, Seppo (March 1992). "Origin of oort cloud comets in the interstellar space". Celestial Mechanics and Dynamical Astronomy. 54 (1–3): 37–48. Bibcode:1992CeMDA..54...37V. doi:10.1007/BF00049542. S2CID 189826529.
- ^ Francis, Paul J. (2005-12-20). "The Demographics of Long-Period Comets". The Astrophysical Journal. 635 (2): 1348–1361. arXiv:astro-ph/0509074. Bibcode:2005ApJ...635.1348F. doi:10.1086/497684. S2CID 12767774.
- ^ Veras, Dimitri (13 April 2020). "Creating the first interstellar interloper". Nature Astronomy. 4 (9): 835–836. Bibcode:2020NatAs...4..835V. doi:10.1038/s41550-020-1064-9. ISSN 2397-3366.
- ^ The ‘Oumuamua ISSI Team; Bannister, Michele T.; Bhandare, Asmita; Dybczyński, Piotr A.; Fitzsimmons, Alan; Guilbert-Lepoutre, Aurélie; Jedicke, Robert; Knight, Matthew M.; Meech, Karen J. (2019-07-01). "The natural history of 'Oumuamua". Nature Astronomy (dalam bahasa Inggeris). 3 (7): 594–602. arXiv:1907.01910. Bibcode:2019NatAs...3..594O. doi:10.1038/s41550-019-0816-x. ISSN 2397-3366.
Pautan luar
![]() |
Cari Interstellar comet dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- Engelhardt, Toni; Jedicke, Robert; Vereš, Peter; Fitzsimmons, Alan; Denneau, Larry; Beshore, Ed; Meinke, Bonnie (2017). "An Observational Upper Limit on the Interstellar Number Density of Asteroids and Comets". The Astronomical Journal. 153 (3): 133. arXiv:1702.02237. Bibcode:2017AJ....153..133E. doi:10.3847/1538-3881/aa5c8a.