Nuuk (atau Godthåb) ialah ibu negara dan bandar terbesar di Greenland. Terletak di muara pulau Nuup Kangerlua (bahasa Denmark: "Godthåbsfjorden") di pesisir barat Greenland, sekitar 240 km (150 batu) di selatan Lingkaran Artik, sekitar 64°10′N, 51°45′W. Berpenduduk 15,047 orang pada Januari 2007, 11,862 daripadanya lahir di Greenland. Ini menjadikannya ibu negara dengan penduduk paling sedikit.