Cik Nurul Fadzilah Binti Kamaluddin (Tulisan Jawi: نورول فضلة بنت كمالو الدين) merupakan ketua terkini bagi Parti Srikandi Muda BERSATU, sebuah biro wanita yang terdiri daripada kalangan beliawanis bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Beliau juga merupakan pengasas atau rakan kongsi pengurusan kepada firma guaman beliau sendiri iaitu Tetuan Fadzilah Kamaluddin & Co yang telah ditubuhkan pada 14 April 2016 di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976. Selain itu, beliau juga telah beberapa kali dijemput oleh TV Alhijrah untuk menjadi panelis dalam slot Khidmat Syariah bagi program TV Assalamualaikum.
Kehidupan awal dan pendidikan
Beliau dilahirkan pada 26 April 1989 di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL), Kuala Lumpur. Beliau telah mendapatkan pendidikan menengah daripada Darul Kifayah MAIWP serta Sekolah Menengah Institut Al-Quran Kuala Lumpur (IQKL) pada tahun 2006. Beliau kemudiannya meneruskan pendidikan tingginya dalam bidang Undang-undang di Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws (AIKOL) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dan telah menamatkan pengajian dengan meraih ijazah sarjana muda kelas kedua pada tahun 2013. Beliau diterima masuk sebagai Peguam Bela dan Peguam Cara di hadapan Yang Amat Arif Datuk Zaleha Binti Yusuf pada Ogos 2014. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian dalam Program Diploma pascasiswazah (DSLP) (In english: Diploma in Shariah and Legal Practice) di Universiti yang sama (IIUM) dan telah menerima anugerah Pelajar terbaik untuk program tersebut.