Umum | |
---|---|
Pengarang | Victor Hugo |
Negara | France |
Bahasa | bahasa Perancis |
Genre | Romanticism, Gothic fiction |
Latar | Paris, 1482 |
Penerbitan | |
Penerbit | Gosselin |
Tarikh penerbitan | 16 Mac 1831 |
Jenis media | Cetakan keras |
Halaman | 940, dalam 3 jilik |
Kawalan kewibawaan | |
843.7 |
Notre-Dame de Paris (bahasa Inggeris: The Hunchback of Notre-Dame - "Si Bongkok Notre-Dame" ) ialah sebuah novel berbahasa Perancis nukilan Victor Hugo serta terbit pada tahun 1831. Nama novel ini merujuk kepada Katedral Notre-Dame di Paris yang menjadi latar tempat keseluruhan jalan cerita ia. Novel ini terdiri daripada 39 bab yang setiap satu daripadanya mempunyai panjang yang berbeza-beza.
Novel ini dianggap penting kerana pertama kalinya menggambarkan keseluruhan lapisan masyarakat yang berkaitan dengan latar tempat ini. Kemayhuran karya ini juga memulakan kesedaran dan cetusan pemuliharaan sejarah terhadap senibina yang wujud pada zaman Pertengahan di Perancis, terutamanya Katedral Notre-Dame yang utuh wujud sehingga hari ini.
Latar belakang dan gambaran umum
Victor Hugo mula menulis novel ini pada tahun 1829 setelah memerhatikan keadaan seni bina Katedral Notre-Dame di pusat bandar Paris yang pada ketika itu berada dalam keadaan terbiar atau diubahsuai dengan bahagian dengan seni bina yang lebih moden (yang menurutnya dilihat sebagai sungguh janggal, menyedihkan dan menyakitkan mata); maka beliau menulis novel ini sebagai suatu wahana untuk menyedarkan orang ramai semasanya mengenai keindahan rumah ibadat masyarakatnya - butiran mengenai binaan dan hiasan dari tugu-tugu sehingga ke tingkap kaca berwarna-warninya dituliskan secara terperinci bagi tujuan ini.
Beliau membuat persetujuan dengan penerbitnya, Gosselin, untuk menyiapkan manuskripnya pada lewat tahun sama, namun beliau terpaksa menangguh kerana kesibukannya dengan projek-projek lain lagi-lagi dengan keadaan politik Perancis yang begitu bergolak pada ketika itu; novel tersebut akhirnya dapat disiapkan pada Disember 1830.
Jalan cerita
Watak-watak
- Esmeralda : seorang penghibur jalanan dari masyarakat Romani berusia 16 tahun (namun sebenarnya diculik daripada dalam kalangan bukan Romani ketika masih kecil). Dia sangat berperwatakan baik hati. Dia turut mempunyai seekor kambing pekiharaan bernama Djali [ja-li].
- Claude Frollo : seorang pembantu paderi katedral Notre-Dame. Dia mula mendambakan Esmeralda dengan perasaan membuak setelah melihatnya di sebuah pesta.
- Quasimodo : Seorang pemuda yang bekerja sebagai pembunyi loceng Katedral Notre-Dame. Dia mempunyai badan fizikal membongkok srrta hampir buta dan pekak setelah beberapa lama dalam pekerjaannya. Dia diambil dalam jagaan Frollo setelah ditinggalkan ibu kandungnya.
- Jehan Frollo : adik lelaki Claude Frollo yang belajar di sebuah universiti, dia sangat meminta-meminta dari abangnya Claude dan seorang kaki botol.
- Phoebus de Châteaupers : kapten pengawal bandar Paris. Dia mula terpesona dengan Esmeralda yang turut jatuh cinta dengannya, meskipun Phoebus sendiri bertunang dengan soerang bangsawati.
- Fleur-de-Lys de Gondelaurier : seorang bangsawati kaya yang bertunang dengan Phoebus, meskipun hubungan antara mereka berdua sangat renggang.
- Pierre Gringoire - seorang penyajak miskin. Dia tidak sengaja memasuki kawasan setinggan yang didiami masyarakat Romani di Paris (Cour des miracles) di mana dia diancam sama ada dibunuh bagi mengelakkan rahsia adanya kawasan ini terbongkar mahupun berkahwin dengan seorang Romani; Esmeralda sukarelanya berkahwin dengan Pierre atas rasa kasihan kepadanya.
Adaptasi
- Pementasan teater
- La Esmeralda, sebuah opera tahun 1836 arahan Louise Bertin dengan libretto oleh pengkarya asal, Victor Hugo.
- Sebuah pementasan Off Broadway diadakan pada tahun 1993 dengan muzik oleh Byron Janis dan Hal Hackady serta libreto oleh Anthony Scully.[1]
- Filem
- Filem 1931 arahan Jean Epstein
- The Hunchback of Notre Dame, filem tahun 1939 arahan William Dieterle dibintangi Charles Laughton dan Maureen O'Hara
- Filem 1942 arahan René Hervouin
- The Hunchback of Notre Dame, filem animasi tahun 1996 produksi Walt Disney Pictures arahan Kirk Wise dan Gary Trousdale
- Siri
- The Magical Adventures of Quasimodo, sebuah siri animasi tahun 1996 produksi Ares Films arahan Pierre Métais dan Bahram Rohani.
Rujukan
- ^ "The Hunchback of Notre Dame". Lortel.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Disember 2010. Dicapai pada 31 Mei 2011. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)
Pautan luar
- Manuskrip asal Notre-Dame de Paris milik Victor Hugo - Gallica
- Teks cetakan edisi lengkap berserta ilustrasi oleh Albin Michel (1880-1926, dalam bahasa Perancis)
- Buku audio lengkap novel ini dalam bahasa Perancis yang asal
- Notre-Dame De Paris, sebuah buku elektronik bebas di Projek Gutenberg, terjemahan bahasa Inggeris tahun 1888 oleh Isabel Florence Hapgood,