Rencana ini memerlukan rujukan yang muncul di dalam penerbit pihak ketiga yang boleh dipercayai. Sumber-sumber primer atau sumber-sumber yang dihubungkan dengan perkara ini secara umumnya tidak cukup bagi sebuah rencana Wikipedia. Sila tambah petikan yang lebih sesuai bagi sumber-sumber yang boleh dipercayai. (November 2023) |
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Noor Zaidi Bin Rohmat | ||
Tarikh lahir | 15 Februari 1982 | ||
Tempat lahir | Sabak Bernam,Selangor, Malaysia | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Skuad projek FAM - MSN | ||
Kerjaya remaja | |||
1996 - 1999 | Selangor FA | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2000 - 2004 | Selangor FA | ||
2005 | MPPJ FC | ||
2006 | Sukses FC | ||
2007 | Proton F.C. | ||
2010 | MPSJ F.C. (Asst. Coach) | ||
2011 | MPSJ F.C. | ||
2012 - 2014 | Selangor FA U19, U21 (Asst. coach) | ||
2015 - 2016 | Selangor FA U19 | ||
2016 - 2017 | Selangor FA (Asst. coach) | ||
2018 - 2020 | Selangor FA U19, U21 (Asst. coach) | ||
2020 | Selangor FC II | ||
2021 - 2022 | Skuad Project FAM - MSN (Asst. coach) | ||
2023 | Skuad Project FAM - MSN | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Noor Zaidi Bin Rohmat (lahir 15 Februari 1982) ialah pemain bola sepak Malaysia yang telah bersara. Beliau merupakan pemain untuk Selangor FA dari peringkat remaja hingga pasukan senior antara tahun 1996 hingga 2004. Beliau juga pernah bermain dalam pasukan Remaja Malaysia B-14, B-16 dan B-23. Dia bersara awal kerana kecederaan besar dan meneruskan kerjayanya sebagai jurulatih bola sepak bermula dari 2009 dengan memegang lesen C. Kerjaya sebagai jurulatih peringkat negeri bermula pada 2010. Pada usia 41 tahun (2023), beliau telah menjalani kursus Diploma Profesional AFC 2022-2023 anjuran FAM dan telah lulus dengan jayanya. Noor Zaidi kini berkhidmat sebagai Ketua Jurulatih Skuad Projek FAM - MSN.[1]
Kerjaya bermain
Noor Zaidi memulakan perjalanannya sebagai pemain bola sepak dengan bermain untuk pasukan remaja Selangor FA dari 1996 hingga 1999. Kemudian pada tahun 2000, beliau dimasukkan ke dalam pasukan senior dan bermain selama 5 tahun.[2][3].Noor Zaidi merupakan sebahagian dari skuad selangor yang memenangi Piala Sumbangsih 2002, Piala Malaysia 2002, and Piala FA Malaysia 2001. Dia juga menjaring satu gol semasa kempen Piala Malaysia 2001.
Pada 2005, Noor Zaidi bertukar pasukan dan bermain untuk MPPJ F.C., sebuah pasukan dari Petaling Jaya dan bermain dalam Liga Super Malaysia. Noor Zaidi kemudiannya menyertai Sukses F.C. untuk bermain dalam Piala FAM Malaysia. Setahun kemudian beliau menyertai Proton F.C. yang menyertai kejohanan yang sama. Proton F.C. menjadi juara piala pada tahun itu.
Kerjaya kejurulatihan
Kelab
Noor Zaidi memulakan kerjayanya dalam bidang kejurulatihan selepas mendapat lesen FAM C pada 2009. Bermula sebagai penolong jurulatih MPSJ F.C. Kelab yang bermain dalam Liga Selangor, kejohanan peringkat negeri. Tahun 2010 adalah satu kejayaan apabila Noor Zaidi dilantik sebagai Ketua Jurulatih bagi pasukan itu.
Noor Zaidi kemudiannya memulakan pembabitannya di peringkat kebangsaan dengan menjadi penolong jurulatih Selangor FA B-21 (2012, 2013)[4] dan B-19 (2014). Pada tahun 2015 selepas mendapat lesen AFC A, Noor Zaidi menjadi ketua jurulatih Selangor FA B-19 dan membimbing pasukan untuk mencapai juara Piala Belia[5]. Noor Zaidi meneruskan sebagai jurulatih pada 2016 dan mendapat naib juara Piala Belia[6]. Beliau turut terlibat sebagai penolong jurulatih pasukan senior pada 2016 dan 2017[7]. Pada tahun 2018, Noor Zaidi menjadi ketua jurulatih Selangor FA B-21 di dalam Piala Presiden. Noor Zaidi kemudiannya menyertai Selangor FA B-19 sebagai ketua jurulatih selama 2 tahun (2019,2020)[8]. Pada tahun yang sama (2020), Noor Zaidi memegang tugas sebagai penolong jurulatih untuk Selangor FC II[9], sebuah pasukan untuk pemain B-23 yang menyertai Liga Perdana Malaysia.
Noor Zaidi kemudiannya bertukar pasukan untuk menjadi penolong jurulatih Skuad Projek FAM - MSN pada 2021 dan 2022[10]. Tahun 2023 membawa lembaran baharu kepadanya apabila Noor Zaidi menjadi ketua jurulatih untuk Skuad Projek FAM - MSN.[11]. Beliau membimbing pasukan dalam format baru Piala MFL atau dikenali juga sebagai liga simpanan. Kejohanan untuk pasukan simpanan bawah 23 tahun. Noor Zaidi juga telah mengikuti Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional AFC/FAM anjuran FAM pada tahun 2023 dan berjaya lulus.[12]
Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia
Noor Zaidi telah dipanggil untuk menjadi penolong jurulatih bagi pasukan Malaysia B-20 pada tahun 2022. Pasukan ini mengambil bahagian dan menjadi juara Kejohanan Remaja B-19 AFF[13]. Malaysia B19 juga mendapat naib juara Piala Thanh Nien. Noor Zaidi turut terlibat dalam kelayakan Piala Asia B-20 AFC.
Rujukan
- ^ https://harimaumalaya.com.my/34088/noor-zaidi-rohmat-gantikan-hassan-sazali-kendali-projek-fam-msn/
- ^ "Players :: 2002 :: SelangorFC - The Independent Selangor Football Website". web.archive.org. 21 Julai 2002. Dicapai pada 5 November 2023.
- ^ "BIOGRAFI AZMAN ADNAN-ahmadyaakob.com". biografiazmanadnan.blogspot.com. Dicapai pada 5 November 2023.
- ^ "20hb Ogos 2014: Selangor tewas, 0-2, kepada PDRM FA". .chedinsphere. 22 Ogos 2014. Dicapai pada 30 Oktober 2023.
- ^ "Selangor juara Piala Belia 2015 | FAM". fam.org.my. Dicapai pada 30 Oktober 2023.
- ^ "SSBJ B-17 JUARA PIALA BELIA 2016 TEWASKAN JUARA BERTAHAN SELANGOR | FAM". fam.org .my. Dicapai pada 30 Oktober 2023.
- ^ "FAS lantik P Maniam ketua jurulatih Selangor".
- ^ "Selangor FA B-19 menyasarkan sasaran yang lebih sederhana | Goal.com". www.goal.com. 18 Mac 2019. Dicapai pada 30 Oktober 2023.
- ^ "FAM - CMS". cms.fam.org.my. Dicapai pada 5 November 2023.
- ^ "SIARAN MEDIA: FAM DAN MSN BENTUK SKUAD PROJEK KHAS SEBAGAI LALUAN KERJAYA LEPASAN NFDP | FAM". fam.org.my. Dicapai pada 5 November 2023.
- ^ "Noor Zaidi Rohmat menggantikan Hassan Sazali, mengawal Projek FAM -MSN". Harimau Malaya. 7 November 2022. Dicapai pada 30 Oktober 2023.
- ^ https://www.hotfm.audio/20-jurulatih-tempatan-sertai-kursus-kejurulatihan-diploma-profesional-afc-2022-2023/
- ^ Hazis, Fadzrie (28 Julai 2022). "'Kebangkitan Pengendali Muda' - Malaysia Kini Dilimpahi 'Ubi' Dalam Kejurulatihan". SEMUANYA BOLA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 November 2023.