Nik Faizah Nik Othman | |
---|---|
Naib Wanita Pakatan Harapan Kelantan | |
Menyandang jawatan 2021 | |
Timbalan Wanita AMANAH Kelantan | |
Menyandang jawatan 2020 | |
Setiausaha AMANAH Kelantan | |
Menyandang jawatan 2022 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1976 Tumpat, Kelantan |
Parti politik | ![]() |
Nik Faizah binti Nik Othman ialah seorang ahli politik Malaysia dan usahawan berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara.
Di peringkat parti, beliau merupakan Timbalan Wanita Parti Amanah Negara Negeri Kelantan, Setiausaha Parti Amanah Negara Negeri Kelantan, Naib Wanita Pakatan Harapan Negeri Kelantan.
Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan dari tahun 1981 sehingga 1986, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mahmud Paduka Raja (1) di Tanah Merah dari 1987 sehingga 1991, dan Maktab Sultan Ismail di Kota Bharu dari tahun 1991 hingga 1993. Beliau meneruskan pengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail dari tahun 1994 sehingga 1997. Beliau juga meneruskan pengajian di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dalam pelajaran psikologi kanak-kanak dari tahun 1999 sehingga tahun 2002. Namun, beliau tidak menghabiskan pengajian kerana melanjutkan kerjaya beliau sebagai seorang usahawan.
Kerjaya
Nik Faizah memulakan kerjaya beliau di Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh, Gua Musang pada tahun 1997 sebagai seorang guru. Kemudian, beliau bertugas di Sekolah Kebangsaan Sungai Tampang, Tumpat pada tahun 1998. Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan pada tahun 1999, dan Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim (1) pada tahun 2002.
Pada tahun 2002, Nik Faizah bergiat dalam dunia keusahawanan dan korporat, beliau memulakan perusahaan stesen minyak Petronas bersama suaminya di Padang Tembak, Kelantan. Setelah 12 tahun meneruskan perniagaan, beliau memulakan perniagaan baru dengan membuka perniagaan pengedar kereta berjenama Peugeot pada tahun 2014.
Penglibatan NGO
Di samping menjalankan tugas-tugas perniagaan, Nik Faizah aktif menyertai dan menerajui pertubuhan-pertubuhan NGO di pelbagai bidang khususnya dalam bidang pendidikan dan amal jariah. Di antaranya beliau menerajui pimpinan Kelab Amal Jariah Kelantan sebagai Pengerusi selama 5 tahun. Lain-lain pertubuhan yang beliau pimpin adalah sebagai Pengerusi Skuad Peduli Tumpat, dan Pertubuhan Wanita Peduli Kelantan.
Nik Faizah juga merupakan pengasas Inisiatif Bendera Putih ketika pandemik COVID-19[1][2] setelah beliau melihat penduduk tidak dapat menerima bantuan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlaku ketika itu. Inisiatif Bendera Putih beliau telah tersebar hingga ke beberapa negara, termasuk Indonesia, Thailand, dan juga Singapura.
Penglibatan politik
Penglibatan politik Nik Faizah bermula pada tahun 2015 ketika beliau menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH). Beliau merupakan salah seorang ahli terawal ketika pertubuhan parti. Beliau menjadi seorang ahli aktif setelah menjadi Naib Ketua AMANAH Kawasan Tumpat. Pada tahun 2021, Nik Faizah memegang jawatan sebagai Setiausaha Parti AMANAH Kelantan, Timbalan Wanita AMANAH Kelantan, dan Naib Wanita Pakatan Harapan Kelantan.
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan | Nama | Parti | Undi | Nama | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | Kelaboran | Nik Faizah Nik Othman | PH | 1,970 | Mohd Adanan Hassan | PAS | 12,422 | 4,929 |
Hashim Mohamad | BN | 7,493 | ||||||
2022 | Pengkalan Chepa | Nik Faizah Nik Othman | PH | 7,356 | Ahmad Marzuk Shaary | PN | 53,933 | 38,270 |
Mohd Hafiezul Niezam Mohd Hasdin | BN | 15,663 | ||||||
Mohd Redzuan Razali | Bebas | 451 | ||||||
Wan Ahmad Nasri Wan Ismail | Pejuang | 358 |