Nichijou | |
日常 (Nichijō) | |
---|---|
Genre | |
Manga | |
Pengarang | Keiichi Arawi |
Penerbit | Kadokawa Shoten |
Penerbit Lain | |
Demografik | Shōnen |
Majalah Asal | |
Tarikh Pengeluaran | Disember 2006 – kini |
Jilid | 11 |
Video animasi original | |
Nichijou Episode 0 | |
Pengarah | Tatsuya Ishihara |
Penerbit |
|
Skrip/Penulis | Jukki Hanada |
Lagu/Muzik | Yūji Nomi |
Studio | Kyoto Animation |
Dilesenkan oleh | Crunchyroll[a] |
Dikeluarkan pada | 12 Mac 2011 |
Jangka masa tayangan | 24 minit |
Siri televisyen anime | |
Pengarah | Tatsuya Ishihara |
Penerbit |
|
Skrip/Penulis | Jukki Hanada |
Lagu/Muzik | Yūji Nomi |
Studio | Kyoto Animation |
Dilesenkan oleh | Crunchyroll |
Penyiaran Asal | TV Aichi, Chiba TV, TV Saitama, TBS, KBS, Tokyo MX, MRO, FBC |
Tarikh tayangan | 3 April 2011 – 25 September 2011 |
Episod | 26 |
Permainan | |
Nichijou: Uchuujin | |
Pembangun | Vridge |
Pengeluar | Kadokawa Shoten |
Genre | Visual novel |
Pelantar | PlayStation Portable |
Tarikh dikeluarkan | 28 Julai 2011 |
Nichijou (Bahasa Jepun: 日常, Hepburn: Nichijō, Terjemahan: "Kehidupan Harian") ialah siri manga komedi Jepun dicipta dan diilustrasi oleh Keiichi Arawi. Manga Nichijou mula bersiri dalam edisi Disember 2006 majalah manga Shōnen Ace oleh Kadokawa Shoten, dan juga bersiri dalam Comptiq antara terbitan Mac 2007 dan Julai 2008. Kadokawa Shoten kemudiannya menerbitkan semua bab larian awal siri ini dalam sepuluh jilid tankōbon dari Julai 2007 hingga Disember 2015. Selepas berehat selama enam tahun, manga itu mula bersiri semula pada 2021.[3]
Terletak di Wilayah Gunma, Nichijou dihuni oleh sekumpulan watak, memaparkan detik-detik dari kehidupan seharian mereka yang silih berganti antara yang biasa dan yang aneh, tanpa fokus yang kuat pada naratif. Sebuah siri televisyen anime 26 episod diarah oleh Tatsuya Ishihara dan diterbitkan oleh Kyoto Animation telah disiarkan di stesen televisyen bebas dari 3 April hingga 21 September 2011, selepas animasi video asli (OVA) yang dikeluarkan lebih awal pada bulan Mac. Siri ini dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai My Ordinary Life. Sebuah permainan PlayStation Portable oleh Vridge dan Kadokawa Shoten telah dikeluarkan pada 28 Julai 2011, bertajuk Nichijou: Uchuujin.
Plot
Siri ini mengikuti kehidupan sekumpulan pelajar sekolah menengah dan sekolah mereka. Antara adegan aneh dan tidak masuk akal adalah seperti gadis robot yang dibuat oleh seorang saintis yang merupakan seorang gadis yang berusia lapan tahun, kanak-kanak yang menunggang kambing ke sekolah dengan butlernya, seorang gadis yang boleh mendapatkan pelbagai senjata api secara tiba-tiba, kucing yang boleh bercakap dan seorang pengetua yang sering bertembung lawan dengan seekor rusa. Walaupun tetapan watak yang pelik, pelajar-pelajar ini masih menjalani kehidupan seperti biasa
Barisan watak
Watak utama
Yūko Aioi (相生 祐子 Aioi Yūko) - disuarakan Mariko Honda
Mio Naganohara (長野原 みお Naganohara Mio) - disuarakan Mai Aizawa
Mai Minakami (水上 麻衣 Minakami Mai) - disuarakan Misuzu Togashi
Nano Shinonome (東雲 なの Shinonome Nano) - disuarakan Shizuka Furuya
Profesor (はかせ Hakase) - disuarakan Hiromi Konno
Sakamoto (阪本) - disuarakan Minoru Shiraishi
Para guru
Izumi Sakurai (桜井 泉 Sakurai Izumi) - disuarakan Mami Kosuge
Manabu Takasaki (高崎 学 Takasaki Manabu) - disuarakan Tetsu Inada
Pengetua Shinonome (校長先生 (東雲) Kōchō-sensei (Shinonome)) - disuarakan Chō
Kana Nakamura (中村 かな) - disuarakan Kaoru Mizuhara
Pelajar
Kōjirō Sasahara (笹原 幸治郎 Sasahara Kōjirō) - disuarakan Yoshihisa Kawahara
Misato Tachibana (立花 みさと Tachibana Misato) - disuarakan Chika Horikawa
Tsuyoshi Nakanojō (中之条 剛 Nakanojō Tsuyoshi) - disuarakan Kazutomi Yamamoto
Haruna Annaka (安中 榛名 Annaka Haruna) - disuarakan Kaori Sadonaka
Kenzaburō Daiku (大工 健三郎 Daiku Kenzaburō) - disuarakan Ryōta Yoshizaki
Yuria Sekiguchi (関口 ユリア Sekiguchi Yuria) - disuarakan Ai Hirosaka
Makoto Sakurai (桜井 誠 Sakurai Makoto) - disuarakan Takahiro Hikami
Tanaka (田中) - disuarakan Kōta Yamaguchi
Weboshi (ウェボシー Weboshī) - disuarakan Yōko Tamaoki
Fet (フェっちゃん) - disuarakan Yumi Higuchi
Mihoshi Tachibana (立花 みほし Tachibana Mihoshi) - disuarakan Manami Honda
Watak lain
Yoshino Naganohara (長野原 よしの Naganohara Yoshino) - disuarakan Motoko Kobayashi
Rujukan
- ^ "My Ordinary Life Episodes 1-7 Streaming". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). June 17, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada June 18, 2011. Dicapai pada November 17, 2011.
[A] rare chance to see talented animators fully indulging their love of the art. / Humor is pretty spotty; leaves you with an aching hunger for substance.
- ^ Beveridge, Chris (May 19, 2016). "Nichijou Vol. #02 Manga Review". The Fandom Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada June 18, 2018. Dicapai pada January 7, 2020.
The witty and surreal high school comedy continues in volume 2 of Nichijou!
- ^ 「日常」が帰ってきた!連載再開の少年エース12月号は本日発売. Comic Natalie (dalam bahasa Jepun). Natasha, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada October 29, 2021. Dicapai pada 2021-11-05.
Pautan luar
- Tapak web rasmi (dalam bahasa Jepun)
- Profil rasmi anime adaptasi di Kyoto Animation (dalam bahasa Jepun)
- Nichijou: Uchuujin official website (dalam bahasa Jepun)
- Nichijou (manga) di Ensiklopedia Anime News Network
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan