Zaman Baru (bahasa Inggeris: New Age ), juga dikenali sebagai Pergerakan Zaman Baru (New Age Movement) dan Kerohanian Zaman Baru (New Age Spirituality) ialah sebuah pergerakan sosial dan kerohanian terpencar dari Barat yang bertujuan mencari "Kebenaran Sejagat" dan pencapaian potensi insan tertinggi setiap individu. Kepercayaan ini menggabungkan usnur-unsur kosmologi, astrologi, esoterik, perubatan pelengkap dan alternatif, pelbagai amalan agama, kolektivisme, alam semulajadi, dan environmentalisme. Kerohanian Zaman Baru disifatkan sebagai pendekatan individu terhadap kerohanian, sambil menolak doktrin dan dogma keagamaan.
Pergerakan Zaman Baru wujud sebagai sebuah entiti pada zaman 1960-an dan 1970-an, tetapi juga dilihatkan mengandungi unsur yang berasal dari akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Pergerakan ini smeakin kukuh pada 1980-an, khususnya melalui acara Harmonic Convergence pada tahun 1987. Beraneka amalan dan falsafah Zaman Baru diamalkan oleh pelbagai individu dari merata dunia.
Pergerakan Zaman Baru menerapkan unsur-unsur tradisi kerohanian dan keagamaan silam, baik ateisme dan monoteisme mahupun panteisme klasik, panteisme naturalistik, serta panenteisme dan politeisme digabungkan dengan sains, terutamanya ekologi, environmentalisme, hipotesis Gaia, dan psikologi. Adakalanya, amalan dan falsafah Zaman Baru memperoleh ilham dari agama-agama utama di dunia, sama ada agama Buddha, agama Rakyat Cina, Kristian, Hindu, Yahudi, dan Sufi; serta kuat dipengaruhi agama Asia Timur, Gnostik, Neopagan, Pemikiran Baru, Spiritualisme, Universalisme, dan esoterik Barat.[1]
Kerohanian Zaman Baru turut disebarkan melalui berbagai-bagai bahan seperti buku, muzik Zaman Baru, kraftangan, dan perkhidmatan perubatan alternatif yang ditawarkan di kedai-kedai, karnival dan pesta Zaman Baru.[2]
Sejarah
Asal-usul
Sebilangan unsur asas pergerakan Zaman Baru mula-mula muncul dalam pergerakan metafizik abad ke-19 seperti Spiritualisme, Teosofi, dan Pemikiran Baru, di samping pergerakan perubatan alternatif seperti kiropraktik dan naturopati.[3][4] Pergerakan-pergerakan tersebut pula berakar-umbikan Transcendentalisme, Mesmerisme, Swedenborgianisme, dan pelbagai tradisi esoterik atau ilmu ghaib Barat lama, seperti seni astrologi kedap, sihir, alkimia, dan kabbalah. Idea-idea ini dilariskan oleh hasil kerja pengarang awal abad ke-20 seperti D. H. Lawrence dan W. B. Yeats. Penggunaan pertama The New Age dalam konteks ini didapati dalam buku The Secret Doctrine oleh Madame Blavatsky yang diterbit pada tahun 1888[5] tetapi ungkapan tersebut sudah wujud awal lagi dengan memaksudkan kepercayaan pada kerohanian dan kesenian "New Age" oleh William Blake sekitar tahun 1809 dalam prakatanya dalam Milton: a Poem, dan dicipta oleh ahli mistik Kristian bernama Emanuel Swedenborg pada abad ke-18.
Jurnal mingguan liberalisme dan sosialisme Kristian berjudul The New Age diterbit seawal tahun 1894.[6] Pada tahun 1907, jurnal tersebut dijual kepada sekumpulan penulis Sosialis yang diketuai Alfred Richard Orage dan Holbrook Jackson. Turut terlibat sama adalah H. G. Wells, George Bernard Shaw, dan William Butler Yeats. Majalah ini dijadikan forum untuk membincangkan politik, kesusasteraan, dan kesenian.[7][8] Dari tahun 1908 hingga 1914, majalah tersebut memainkan peranan penting dalam mempelopori gerakan avant-garde British dari vortisisme hingga imagisme. Selepas tahun 1914, syarikat penerbitan Orage bertemu dengan P. D. Ouspensky, seorang pengikut G. I. Gurdjieff, lalu mula berhubungan dengan Harry Houdini, maka mengurangkan kandungan sastera dan seni untuk memberi tumpuan kepada mistisisme dan topik kerohanian yang lain; majalah tersebut dijual pada tahun 1921. Menurut ulasan Universiti Brown, "The New Age membantu membentuk modernisme dalam bidang kesusateraan dan seni dari tahun 1907 hingga 1922".[9]
Pada pertengahan awal abad ke-20, Edgar Cayce, seorang mistik dan ahli teologi Amerika Syarikat dan juga pengasas Persatuan Penyelidikan dan Kesedaran, membawa pengaruh besar pada apa yang bakal dikenali sebagai pergerakan Zaman Baru. Beliau terkenal khususnya kerana amalan yang bergelar "channeling" (perantaraan).[10] Alice Bailey, seorang pengikut Neo-Teosofi menerbitkan buku Discipleship in the New Age (1944), yang memakai istilah New Age (Zaman Baru) sebagai memaksudkan peralihan dari Zaman Astrologi Pisces ke Aquarius. Istilah ini juga kelihatan dalam esei oleh seniman, mistik, dan ahli falsafah Amerika bernama Walter Russell, yang berbunyi "...this New Age philosophy of the spiritual re-awakening of man..." (falsafah Zaman Baru mengenai kesedaran semula rohani insan ini), juga diterbit pada tahun 1944. Yayasan Findhorn, sebuah komuniti Zaman Baru di Scotland Utara yang diasaskan pada tahun 1962, memainkan peranan penting dalam perkembangan awal gerakan Zaman Baru dan masih giat pada masa kini. Pergerakan di Rusia pula banyak dipengaruhi oleh Nicholas Roerich dan Helena Roerich yang mengajar tradisi Teosofi. Seorang lagi bekas penganut Teosofi, Rudolf Steiner dan pergerakan antroposofinya turut berpengaruh, khususnya di kalangan masyarakat berbahasa Jerman. Di Brazil, penulis Spiritisme bernama Allan Kardec mengadukkan Kerohanian Zaman Baru dengan tradisi rakyat Candomblé dan Umbanda.
Kegunaan kini
Pergerakan subbudaya yang bergelar New Age ini sudah wujud pada sejak 1970-an berlandaskan unsur-unsur budaya tentangan 1960-an. Penggunaan istilah New Age meluas pada pertengahan 1970-an dicerminkan dalam judul majalah bulanan New Age Journal lalu mempengaruhi ribuan kedai buku dan cenderahati metafizik kecilan yang semakin dinamakan sedemikian (New Age bookstores, "kedai buku Zaman Baru").[11][12]
Kesan kegiatan besar-besaran sempena Harmonic Convergence pada pertengahan 1980-an, istilah berkenaan dilariskan lagi oleh media massa Amerika untuk menyifatkan subbudaya kerohanian alternatif tersebut, termasuk kegiatan-kegiatan seperti meditasi, perantara roh, kelahiran semula, penyembuhan kristal, pengalaman psikik, kesihatan holistik dan environmentalisme, ataupun kepercayaan pada fenomena ganjil atau “misteri-misteri belum selesai” seperti UFO, misteri Bumi, dan bulatan tanaman. Menjelang akhir 198o-an, wujudnya bahan bacaan baru yang membincangkan tema-tema tersebut, termasuk majalah Psychic Guide (kini Body, Mind & Spirit), Yoga Journal, New Age Voice (muzik Zaman Baru), New Age Retailer, NaPRA ReView ("New Age Publishing and Retailers Association"), dan lain-lain lagi.
Kepercayaan
Tiada satu sistem kepercayaan yang tunggal, tetapi berbagai-bagai amalan dan falsafah dijumpai dalam fahaman Zaman Baru ini:
Istilah
- Daya
- Ramai yang percaya bahawa wujudnya daya-daya tertentu yang tidak bergantung pada makhluk halus atau kuasa kerohanian dan berbeza dari daya yang ditakrifkan oleh sains, seperti gravitasi dan elektromagnetik. Daya-daya ini bersifat alamiah serta bertindak sendiri sebagai sebahagian aturan semula jadi. Daya-daya inilah yang membolehkan benih bercambah, tumbuh, dan berbunga, dan sebagainya.
- Kuasa
- "Daya" dan segala yang lain dikuatkan oleh kuasa mistik yang wujud dalam segala benda. Kuasa itu boleh dialihkan, baik melalui sentuhan zahir, pengamatan indera, ataupun sekadar berdekatan. Kuasa boleh dikumpul atau dipakai dalam seseorang atau sesuatu benda melalui pelbagai mekanisme, termasuk nasib dan amalan esoterik. Kuasa ini dipercayai boleh diperhati secara zahir dalam bentuk "aura" dan "tenaga psi", apatah lagi mungkin mendatangkan bahaya jika ditemui secara besar-besaran.
- Tenaga
- Dalam sesetengah sistem kepercayaan, "daya" dan "kuasa" boleh dilihatkan bergabung, misalnya dalam konsep "daya vital" yang wujuda dalam pelbagai sistem kepercayaan tradisional, serta disampaikan dalam konsep Zaman Baru seperti "tenaga" dalam Sentuhan Terapeutik atau Reiki, kepercayaan aliran kuasa di Earth, seperti "garis lei" di Britain dan Eropah, dan kuasa Bumi yang diterangkan dalam sistem geomansi Cina bergelar feng shui.
- Semangat
- Segala makhluk (khususnya makhluk berperasaan) diiringi "tenaga" bertujuan tertentu yang bersamaan dengan kesedaran mereka, tetapi tidak berpaut pada kewujudan zahir mereka. Tenaga ini biasanya lebih penting berbanding kewujudan fizikal, iaitu ianya kekal dalam suatu bentuk selepas ajal dalam bentuk zahir.
Falsafah dan kosmologi
- Teisme
- Wujudnya fahaman panteisme mengenai Tuhan yang boleh difahami dengan apa jua cara; termasuk melalui bentuk Dewi ataupun politeisme.[perlu rujukan]
- Hidup selepas mati
- Kesedaran kekal selepas ajal menjadi bentuk hidup yang lain, iaitu wujudnya hidup selepas mati untuk penghayatan selanjutnya melalui bentuk roh, kelahiran semula dan/atau pengalaman hampir ajal.[13] Ada juga percayanya akan kewujudan neraka, tetapi bukanlah hukuman selamanya yang digambarkan oleh ajaran Kristian atau Islam. Pandangan Universalis mengenali hidup selepas mati adalah biasa.
- Astrologi
- Horoskop dan Zodiak diamalkan untuk memahami, mentafsir, dan menyusun maklimat mengenai keperibadian, hal-ehwal manusia dan hal-ehwal duniawi.[perlu rujukan]
- Teleologi
- Dipercayai bahawa hidup itu ada tujuan, termasuklah kepercayaan pada sinkronik, iaitu kebetulan itu membawa erti rohani, dan membawa tauladan rohani untuk mendidik sesiapa yang menerimanya dengan terbuka. Segalanya dihubungkan secara universal melalui Tuhan, dan menggunakan tenaga yang sama.[14] Wujdunya suatu matlamat kosmik dan kepercayaan bahawa segala benda, sedar-sedar atau sebaliknya, sedang saling bekerjasama untuk menuju matlamat ini.
- Persepsi psikik
- Tempat-tempat tertentu seperi Stonehenge menghasilkan tenaga psikik, adakalanya melalui garis lei, oleh itu dianggap sebagai suci dalam agama-agama pagan seluruh dunia.[15]
Agama dan sains
- Kerohanian eklektik
- Setiap orang harus mengikut jalan kerohanian tersendiri tanpa perlu mematuhi dogma. Pelbagai agama dan falsafah dari seluruh dunia menawarkan pelbagai amalan untuk diamalkan.[perlu rujukan]
- Anti-Patriak
- Bentuk roh betina, termasuk bayangan kedewian seperti Aeon Sophia dalam agama Gnostik, dikecam oleh agama patriak (mengutamakan lelaki).[4]
- Mekanik kuantum
- Tokoh-tokoh seperti Deepak Chopra, Fritjof Capra, Fred Alan Wolf, dan Gary Zukav pernah mengaitkan mekanik kuantum dengan Kerohanian Zaman Baru, seperti yang dipaparkan dalam filem What the Bleep Do We Know!? (2004). Tambahan pula, berkaitan juga dengan Hukum Tarikan, yang berhubungkait dengan Pemikiran Baru dan dipaparkan dalam filem The Secret (2006). Mereka mentafsir prinsip ketakpastian Heinsenberg, kekusutan kuantum, kerebahan fungsi gelombang, atau tafsiran berbilang alam dengan erti bahawa segala benda di alam semesta adalah satu (monisme), kemungkinan dan kewujudan tiada penghujungnya, dan alam zahir ini hanya kepercayaan seseorang.
- Sains
- Mekanik Kuantum dan hipotesis Gaia pernah dipakai dalam bidang kebatinan kuantum untuk mengesahkan prinsip kerohanian.[16] Melalui pendekatan sedemikian, sains Barat sering menafikan kesahan terapi alternatif seperti parapsikologi, meditasi, dan kesihatan holistik.[4]
Lain-lain
- Zaman Aquarius
- Zaman sekarang adalah zaman perubahan besar yang dialami Bumi dan kesedaran insan. Terdapat tarikh-tarikh tertentu yang penting dalam menandakan perubahan sedemikian, termasuk Harmonic Convergence pada tahun 1987 dan Harmonic Concordance pada tahun 2003; salah satu tarikh terpenting akan datang dijangka tiba sekitar tahun 2011 dan 2012.[17][18][19]
- Roh
- Tuhan, malaikat, mahaguru tertinggi, unsur-unsur, hantu, pari-pari, semangat dan makhluk asing boleh membimbing kita sekiranya kita menerima bimbingan mereka dengan terbuka.[20]
- Tamadun purba
- Atlantis dan Mu pernah wujud dan meninggalkan tinggalan dan binaan seperti tengkorak kristal, Piramid Besar, dan Stonehenge.
- Gerak hati
- Panduan hidup penting yang sudah diganti oleh rasionalisme, keraguan saintifik, dan kaedah saintifik di zaman sekarang.[perlu rujukan]
- Matematik
- Minat terhadap bahasa alam dan matematik, terbukti melalui ilmu numerologi, Kabbala, Geometri Suci, dan gnostik untuk memahami sifat Tuhan.[21]
- Potensi insan
- Minda manusia lebih besar potensinya berbanding sejauh mana yang dianggap selama ini,[22][23][24] bahkan juga mampu mengatasi realiti fizikal.[25]
- Hubungan satu sama lain
- Peluang menghayati diri dan perhubungan seseorang ditakdirkan berulang sehingga sihat.[26]
- Anak nila
- Anak-anak dilahirkan dengan kuasa rohani yang lebih maju berbanding generasi lama.[27][28]
- Pemikiran positif
- Sikap positif yang didukung oleh affirmations membolehkan kejayaan dalam apa jua yang dikerjakan.[29] Segolongan besar orang tertentu yang utuh kesedaran roahninya bakal membawa perubahan kepada seluruh manusia.[30] Manusia bertanggungjawab menyertai kegiatan kreatif yang positif serta berusaha memulihkan diri, orang lain dan planet.[31]
- Amalan dunia Timur
- Meditasi, Yoga, Taijiquan, Qigong, Reiki, dan sebagainya boleh membantu seseorang mencapai potensi dirinya.[perlu rujukan]
- Penyembuhan rohani
- Manusia boleh memiliki kuasa penyembuh, seperti sentuhan terapeutik, yang boleh dikembangkan untuk menyembuhkan orang lain baik dekat mahupun jauh.[perlu rujukan]
- Pemakanan
- Makanan mempengaruhi minda dan badan. Lebih bagus bagi seseorang mengutamakan makanan organik vegetarian segar yang ditanam setempat dan bermusim.[32][33] Puasa boleh meningkatkan lagi kesedaran diri.[34]
Rujukan
- ^ Lewis, James R. (1992). Perspectives on the New Age. SUNY Press. m/s. 16–18. ISBN 079141213X. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ University of Montana (Winter, 1998). "Alternative medicine: from New Age to mainstream". Montana Business Quarterly. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ New Age Transformed J Gordon Melton, Director Institute for the Study of American Religion. Accessed June 2006.
- ^ a b c What Is “New Age? Michael D. Langone, Ph.D. Cult Observer, 1993, Volume 10, No. 1. Accessed July 2006.
- ^ Neil Spencer, "True as the Stars Above", Victor Gollancz, 2000, Pg 115, ISBN 0575 06769 1
- ^ "History of the New Age periodical, Brown University, Modernist Journals Project" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-05-30. Dicapai pada 2009-01-14.
- ^ "Modernism In and Beyond the "Little Magazines", Winter 2007, Professor Ann Ardis, Brown University" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-10-25. Dicapai pada 2009-01-14.
- ^ The New Age in Encyclopedia Britannica article on Orage
- ^ Modernist Journals Project Has Grant to Digitize Rare Magazines Brown University Press Releases, April 19, 2007
- ^ York, Michael (1995). The Emerging Network: A Sociology of the New Age and Neo-Pagan Movements. Rowman & Littlefield. m/s. p60. ISBN 0847680010.
|pages=
has extra text (bantuan) - ^ Algeo, John (1991). Fifty Years Among the New Words: A Dictionary of Neologisms, 1941-1991. Cambridge University Press. m/s. p234. ISBN 0521449715. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan);|pages=
has extra text (bantuan) - ^ Materer, Timothy (1995). Modernist Alchemy: Poetry and the Occult. Cornell University Press. m/s. p14. ISBN 0801431468.
|pages=
has extra text (bantuan) - ^ "Reincarnation and NDE Research". Dicapai pada 2006-10-01.
- ^ "Only God Exists". Dicapai pada 2006-07-01.
- ^ Witcombe, Christopher L. C. E. "Sacred Places". Dicapai pada 2006-07-01.
- ^ "Quantum Interconnectedness". Dicapai pada 2007-08-23.
- ^ "Network 2012". Dicapai pada 2007-08-23.
- ^ "Children of Light". 2007. Dicapai pada 2007-08-23.
- ^ "Nvisible". Dicapai pada 2007-08-23.
- ^ "Ascended Masters Research Center". Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-08-06. Dicapai pada 2001-07-01.
- ^ "Kabbalah — Judaism's Way Into The New Age". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-06-30. Dicapai pada 2009-01-07.
- ^ Clarke, Peter Bernard (2006). New Religions in Global Perspective: A Study of Religious Change in the Modern World. Routledge. m/s. 31 to 32. ISBN 0415257476. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ Hanegraaff, Wouter J. (1996). New Age Religion and Western Culture. BRILL. m/s. Chapter 8. ISBN 9004106960. Unknown parameter
|nopp=
ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter:|coauthors=
(bantuan) - ^ Hunt, Stephen (2003). Alternative Religions: A Sociological Introduction. Ashgate Publishing, Ltd. m/s. 5–6. ISBN 0754634108. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ "Reality Shifters news".
- ^ The Time For Mutation is Now Diarkibkan 2008-10-07 di Wayback Machine Dane Rudhyar Bab 6 Directives for New Life. Dicapai pada Jun 2008.
- ^ "CNN News interview with Sandy Bershad, an Indigo Child". 2005-11-15. Dicapai pada 2006-10-01.
- ^ "Indigo Children — Crystalline Children". 2002-06-04. Dicapai pada 2006-10-01. Unknown parameter
|source=
ignored (bantuan) - ^ Supercharged Affirmations The Salem New Age Center, Salem Massachusetts USA . Accessed August 2007.
- ^ Carroll, Robert Todd (2005). "The Hundredth Monkey Phenomenon". Dicapai pada 2007-08-23. Unknown parameter
|source=
ignored (bantuan) - ^ Accepting Total and Complete Responsibility: New Age NeoFeminist Violence against Sethna Feminism Psychology.1992; 2: pages 113-119
- ^ Heindel, Max (1968). New age Vegetarian Cookbook. Rosicrucian Fellowship.OCLC 4971259
- ^ Max, Peter (1971). The Peter Max new age organic vegetarian cookbook. Pyramid Communications. OCLC 267219
- ^ Fast Fasting- New Age Spirituality Dictionary at The Global Oneness Commitment. Accessed April 2008
Pautan luar
- Zaman Baru di Curlie