Huascarán | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 6,768 m (22,205 ka) [1] |
Tonjolan | 2,776 m (9,108 ka) [2] |
Pengasingan | 2,207.48 kilometer (1,371.66 bt) |
Senarai | Titik tertinggi negara Ultra |
Geografi | |
Lokasi | Yungay, Peru |
Induk banjaran | Cordillera Blanca |
Geologi | |
Usia batuan | Tertier |
Jenis gunung | Granit |
Pendakian | |
Pendakian pertama | 20 Julai 1932 |
Laluan paling mudah | Pendakian glasier/salji/ais |
Gunung Huascarán atau Nevado Huascarán adalah sebuah gunung di Cordillera Blanca, sebuah banjaran pergunungan yang merupakan sebahagian dari Andes Barat. Dengan ketinggian 6,768 meter di puncak selatannya (Huascarán Sur), Huascarán adalah gunung tertinggi di Peru dan keempat tertinggi di Amerika Selatan. Ia juga gunung keenam tertinggi di Hemisfera Barat selepas Aconcagua, Ojos del Salado, Monte Pissis, Cerro Bonete dan Tres Cruces.
Puncak gunung ini telah berjaya ditawan untuk pertama kalinya pada tahun 1932 oleh sebuah ekspedisi gabungan Jerman-Austria. Puncak utaranya (Huascarán Norte) pula telah berjaya ditawan oleh suatu kumpulan ekspedisi dari Amerika Syarikat pada tahun 1908.
Pada 31 Mei 1970, gempa bumi di wilayah Ancash menyebabkan sejumlah besar belahan utara gunung ini runtuh. Kota Yungay terkubur sepenuhnya dibawah runtuhan ais, salji dan batu-batuan, tragedi tersebut telah mengakibatkan lebih dari 17,000 orang meninggal dunia.
Di sekeliling gunung, terdapat Taman Negara Huascarán yang merupakan lokasi popular untuk tujuan kegiatan trekking dan pendakian gunung.
Rujukan
- ^ Sesetengah pihak berkuasa menyatakan 6,746 meter.
- ^ Peru "ultra-prominences" Check
|url=
value (bantuan). peaklist.org. Dicapai pada 2008-12-29.