Nenek Bongkok Tiga | |
---|---|
Genre | Thriller, Misteri, Cerita Rakyat Melayu |
Pencipta | Azhar Amirulhisyam |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Yusry Abdul Halim |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 10 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Kingsley Warner (Viu) |
Penerbit | Zurina Ramli |
Penyunting | Johan Bahar |
Lokasi | Malaysia |
Sinematografi | Irwan Munir |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 50–55 minit |
Syarikat penerbitan | Independent Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | Viu |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 9 Februari 2023 – 30 Mac 2023 |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Nenek Bongkok Tiga ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2023 arahan Yusry Abdul Halim dan dicipta oleh Azhar Amirulhisyam. Dibintangi oleh Hun Haqeem, Meerqeen, Sherie Merlis, Sofia Jane, Sara Ali, dan Syafie Naswip, siri ini memulakan tayangan perdana di Viu dari 9 Februari 2023 sehingga 30 Mac 2023 dengan 2 episod ditayangkan setiap Khamis.[1] Siri ini merupakan salah satu siri drama web terbaik di tahun 2023 yang merangkul lima anugerah utama di Asian Academy Creative Awards, di antaranya termasuklah kategori Best Original Production by a Streamer/OTT dan Best VFX. [1]
Sinopsis
Apabila lapan orang terjaga di dalam sebuah rumah agam yang dihuni seorang nenek bongkok tua. Tidak lama kemudian, mereka mula sedar yang mereka telah menjadi tebusan, bukan sahaja di dalam rumah tersebut dan hutan kelilingnya, tetapi juga berada di dalam dimensi yang tidak dikenali.
Dengan ancaman jahat yang semakin bahaya, kelapan-lapan tebusan tersebut terpaksa memenangi siri permainan yang dicipta oleh nenek dengan harapan mereka dapat kembali ke kehidupan sebelumnya suatu hari nanti.
Pelakon
- Hun Haqeem sebagai Zamir[1][2]
- Meerqeen sebagai Adi[1][3]
- Sherie Merlis sebagai Nenek[1]
- Sofia Jane sebagai Samira
- Sara Ali sebagai Alis[1]
- Syafie Naswip sebagai Sani[1]
- Sara Mack Lubis sebagai Malia[1]
- Rykarl Iskandar sebagai Zaid[1]
- Fimie Don sebagai Mior[1]
- Syazwan Zulkifly sebagai Salim[1]
- Ashraf Muslim sebagai Haikal[1]
- Esma Daniel sebagai Hateem[1]
- Aida Aris sebagai Marni[1]
- Dhia Irdina sebagai Hana (Kecil)
- Hana Thia sebagai Kaira
- Iskandar Syahidan sebagai Hairi
- Khai Sabri sebagai Lelaki Murung/Taufiq
- Louisa Chong sebagai Aunty Koh
- Khairil Anwar sebagai Bapa Adi
- Nor Albaniah Raffie sebagai Ibu Adi
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Ibu Taufiq
- Khir Rahman sebagai Tuan Tanah
- Kameo
- Zainal Ariffin Ismail sebagai Hos TV
Penerbitan
Nenek Bongkok Tiga diumumkan sebagai salah satu daripada 5 siri Viu Originals untuk tayangan bagi tahun 2023 dalam satu sidang media pada 1 Disember 2022. Ia diarahkan oleh Yusry Abdul Halim yang sebelum ini pernah mengarahkan Ganjil dan She Was Pretty dan merupakan kisah seram melibatkan unsur ghaib yang telahpun menjadi bualan ramai di media sosial. Siri ini diterbitkan Zurina Ramli di bawah syarikatnya, Independent Pictures yang pernah menerbitkan She Was Pretty dan Black Musim Ke-2 untuk Viu. Siri ini juga dicipta oleh Azhar Amirulhisyam yang pernah menulis beberapa siri di Viu seperti Ganjil dan Seribu Nina.[4] Penggambaran dijalankan selama 55 hari.[5]
Dalam Anugerah Akademi Kreatif Asia 2023, Nenek Bongkok Tiga diangkat sebagai pemenang nasional (Malaysia) bagi 5 anugerah, kemenangan terbesar antara semua karya dari Malaysia.
Anugerah dan Pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya Tercalon | Keputusan | Rujukan |
---|---|---|---|---|---|
2023 | Anugerah Akademi Kreatif Asia 2023 | Program Terbaik Dari Streamer/OTT | Nenek Bongkok Tiga | Pemenang (Malaysia) | [1][2][6] |
Arahan Terbaik (Fiksyen) | Yusry Abd Halim | Pemenang (Malaysia) | |||
Pelakon Pembantu LelakI Terbaik | Syafie Naswip | Pemenang (Malaysia) | |||
Suntingan Terbaik | Johan Bahar | Pemenang (Malaysia) | |||
Kesan Visual dan Efek Khas Terbaik dalam Siri TV atau Filem | Yureka FX | Pemenang (Malaysia) | |||
Anugerah Televisyen Asia ke-28 | Program/Siri Digital Fiksyen Terbaik | Nenek Bongkok Tiga | Pencalonan | [3] | |
Lakon Layar Terbaik | Azhar Amirulhisyam | Pencalonan |
Keluaran
Nenek Bongkok Tiga memulakan siaran serentak di Viu dan Astro Ria bermula 9 Februari 2023 dengan 2 episod disiarkan berturut-turut.[7]
Rujukan
- ^ a b c d e f g h i j k l m n "Drama Nenek Bongkok Tiga". My Infotaip. 24 Oktober 2022. Dicapai pada 31 Disember 2022. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Nenek Bongkok Tiga" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "Hun Haqeem - "Nenek Bongkok Tiga Drama Yang 'Dark Refreshing' Untuk Penonton Malaysia". Remaja. 25 November 2022. Dicapai pada 31 Disember 2022.
- ^ Maszuhaira Sarimin (9 Februari 2023). "[V] 'Nenek Bongkok Tiga' bongkar kisah silam Meerqeen, sampai tak mandi dan biar wajah berjerawat". mStar Online. Dicapai pada 4 April 2023.
- ^ Rubini Nagarajah (2 Disember 2022). "Viu Malaysia Umum 5 'Viu Original' Untuk Tahun 2023 Termasuk 'Nenek Bongkok Tiga'". Getaran. Dicapai pada 31 Disember 2022.
- ^ Amin Hazlan (8 September 2022). "Angkat elemen permainan tradisional dalam 'Nenek Bongkok Tiga', penerbit perjelas bukan 'Squid Games' versi Melayu". mStar Online. Dicapai pada 31 Disember 2022.
- ^ (PDF) https://aaca.wpenginepowered.com/wp-content/uploads/2023/10/Full-List-NW-2023_-by-Categories-Announced-28.9.2023-R.pdf. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Tahir Alhamzah (9 Februari 2023). "#Showbiz: Dark fantasy drama 'Nenek Bongkok Tiga' premieres on Viu" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 4 April 2023.