Negara Bebas Oranye Oranje-Vrijstaat (Bahasa Belanda) | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1854–1902 | |||||||||
| |||||||||
Lagu kebangsaan: Vrystaatse Volkslied | |||||||||
Ibu negara | Bloemfontein | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Belanda (rasmi), Bahasa Afrikaans, Bahasa Inggeris, Bahasa Sotho, Bahasa Zulu | ||||||||
Agama | Agama Kristian mazhab Gereja Baru Belanda | ||||||||
Kerajaan | Republik | ||||||||
Presiden | |||||||||
• 1854–1855 | Josias P. Hoffman | ||||||||
• 1855–1859 | Jacobus N. Boshoff | ||||||||
• 1860–1863 | Marthinus Wessel Pretorius1 | ||||||||
• 1864–1888 | Jan H. Brand | ||||||||
• 1889–1895 | Francis William Reitz | ||||||||
• 1896–1902 | Marthinus Theunis Steyn | ||||||||
Badan perundangan | Volksraad | ||||||||
Era Sejarah | Abad ke-19 | ||||||||
• Penubuhan republik | 17 Februari 1854 | ||||||||
16 Disember 1838 | |||||||||
• Mulanya Perang Boer Kedua | 11 Oktober 1899 | ||||||||
31 Mei 1902 | |||||||||
Keluasan | |||||||||
1875[1] | 181,299 km2 (70,000 bt2) | ||||||||
Populasi | |||||||||
• 1875[1] | 100000 | ||||||||
Mata wang | paun Negara Bebas Oranye | ||||||||
| |||||||||
Sekarang sebahagian dari | Afrika Selatan | ||||||||
1 Juga merupakan presiden Republik Transvaal |
Negara Bebas Oranye ([o-ra-nyé], Belanda: Oranje-Vrijstaat ,[a] Afrikaans: Oranje-Vrystaat ,[b] disingkatkan kepada OVS[2]) merupakan sebuah negara Boer berdaulat bebas yang terletak di selatan Afrika pada setengah kedua abad ke-19, yang kemudiannya menjadi jajahan British dan suatu wilayah dalam Kesatuan Afrika Selatan. Ia merupakan kawasan duluan kepada wilayah atau provinsi Free State.[3] Sempadannya ditentukan Kerajaan Bersatu Britain Raya dan Ireland pada 1848 menjangkau antara sungai-sungai Oranye dan Vaal serta ditempatkan seorang Residen British yang memerintah di Bloemfontein.[4]
Meskipun negara ini membangun sebagai suatu republik yang maju dari segi ekonomi dan politik, ia menghadapi konflik yang sangat berbahaya dengan pihak British yang berjiranan (terutamanya dalam Perang Boer) sehingga negara tersebut diilhakkan akhirnya pada tahun 1900 dengan nama baharunya, Jajahan Sungai Oranye; pembubaran republik ini dimuktamadkan melalui penandatanganan Perjanjian Vereeniging pada 31 Mei 1902 selepas berakhirnya Perang Inggeris-Boer Kedua. Jajahan tersebut tersebut dimasukkan ke dalam Kesatuan Afrika Selatan tidak lama selepas pemerintahan langsung British sepuluh tahun kemudiannya pada 1910.[4] Kesatuan ini merdeka daripada pentadbiran British sebagai Republik Afrika Selatan pada tahun 1961.[3]
Nama republik ini datangnya daripada Sungai Oranye yang sendirinya dinamakan sempena Wangsa Diraja Belanda Oranye oleh pendatang Belanda di bawah Robert Jacob Gordon.[5]
Nota
- ^ Sebutan Belanda: [oːˈrɑɲə ˈvrɛistaːt]
- ^ Templat:IPA-af
Rujukan
- ^ Sketch of the Orange Free State of South Africa. Bloemfontein: Orange Free State. Commission at the International Exhibition, Philadelphia, 1876. 1876. m/s. 10. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mei 2016. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "What does OVS stand for?". Acronym Finder. Dicapai pada 19 Ogos 2015.
- ^ a b "Free State". Encyclopædia Britannica. 6 November 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2017. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b Chisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. .
- ^ "Introduction to the Orange River basin". Department of Water and Sanitation, South Africa. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2017. Dicapai pada 13 Mac 2017. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)