Natalie | |
---|---|
Maklumat umum | |
URL | natalie |
Jenis | Berita hiburan |
Tersedia dalam | Jepun |
Ditubuhkan | 1r Februari 2007 |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | Natasha, Inc. |
Kandungan dan sokongan | |
Industri | Media massa |
Komersial | Ya |
Dilancarkan pada | 1 Februari 2007 |
Status terkini | Dalam talian |
Perangkaan | |
Kedudukan Alexa | 6,041 (29 November 2017) |
Pautan luar berkaitan | |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Natalie (ナタリー , Natarī) merupakan laman web berita hiburan Jepun yang memulakan debutnya pada 1 Februari 2007. Ia dikendalikan oleh Natasha, Inc. Laman web ini dinamakan sempena nama sebuah lagu dengan tajuk yang sama oleh Julio Iglesias. Natalie telah menyediakan berita untuk portal-portal dan rangkaian-rangkaian sosial Jepun seperti Mobage Town, GREE, Livedoor, Excite, Mixi,[1] dan Yahoo! Japan. Ia juga berjaya di Twitter, dengan 1,510,000 pengikut setakat Februari 2017, menjadi syarikat media yang ketiga paling ramai diikuti, selepas The Mainichi Shimbun dan The Asahi Shimbun.[1]
Sejarah
Natasha, Inc., sebuah penyedia kandungan, telah ditubuhkan pada Disember 2005,[2] menjadi syarikat terhad pada Februari 2006 dan telah didemutualisasi pada Januari 2007.[2]
Pada 1 Februari 2007, Natasha, Inc. telah membuka laman web beritanya sendiri Natalie,[2] dinamakan sempena lagu "Nathalie" oleh Julio Iglesias.[3] Ia didedikasikan secara eksklusif untuk berita muzik dan dicipta dengan idea mengemaskini tentangnya setiap hari, sesuatu yang suratkhabar tidak boleh buat. Laman web ini juga menawarkan pendaftaran pilihan, yang akan membenarkan pengguna meninggalkan komen di artikel-artikel berita dan mencipta senarai sehingga 30 artis untuk menerima kemaskini tentang mereka.[2]
Natalie berkembang pesat, membuka sub-laman web berita manga, Comic Natalie (コミックナタリー ), pada 25 Disember 2008,[4] dan sub-laman web berita pelawak, Owarai Natalie (お笑いナタリー ), pada 5 Ogos 2009.[4]
Ia telah membuka kedai barang-barang kebudayaan, Natalie Store (ナタリーストア ), pada 1 Ogos 2012, sebuah sub-laman web berita filem, Eiga Natalie (映画ナタリー ), pada 23 Mac 2015, dan sub-laman web berita teater, Stage Natalie (ステージナタリー ), pada 2 Februari 2016. Mereka juga membuka sub-laman web berita snek, Oyatsu Natalie (おやつナタリー ), pada 18 Mei 2011 tetapi ia hanya bertahan untuk sebentar dan telah ditutup pada 31 Ogos pada tahun yang sama.[5]
Rujukan
- ^ a b "「情報が早すぎてキモイ!」 "エンタメ系"ニュースサイト「ナタリー」編集部を直撃! « 中の人直撃インタビュー « トレンド:@niftyビジネス" (dalam bahasa Jepun). Nifty. 2010-12-13. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-16. Dicapai pada 2012-05-12.
- ^ a b c d "ナターシャ、音楽情報を軸にしたコミュニティポータル「ナタリー」開設 Venture Now(ベンチャーナウ)News" (dalam bahasa Jepun). Venture Now. 2007-02-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-05. Dicapai pada 2012-05-12.
- ^ "【ITベンチャー社長に聞く!】 ポップカルチャーの通信社を目指す~ナターシャ 大山卓也社長(後編) -INTERNET Watch" (dalam bahasa Jepun). Impress Watch. 2009-09-29. Dicapai pada 2012-05-15.
- ^ a b "Natasha, Inc. 株式会社ナターシャ" (dalam bahasa Jepun). Natasha, Inc. Dicapai pada 2012-05-12.
- ^ おやつナタリー終了のお知らせ (dalam bahasa Jepun). Natalie. 2011-08-18. Dicapai pada 2012-05-12.
Pautan luar
- Natalie (laman web utama)
- Ongaku Natalie (berita muzik)
- Comic Natalie (berita manga)
- Owarai Natalie (berita tentang pelawak)
- Eiga Natalie (berita filem)
- Stage Natalie (berita teater)
- Natalie Store