Nancy Fern Olivieri | |
---|---|
Kelahiran | 1954 |
Warganegara | Canadian |
Pusat pendidikan | University of Toronto Harvard University |
Anugerah | AAAS Award for Scientific Freedom and Responsibility (2009), John Maddox Prize (2023) |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Hematology |
Institusi | University of Toronto |
Nancy Fern Olivieri (lahir 1954) ialah seorang pakar hematologi dan merupakan seorang penyelidik yang mengkaji dalam bidang rawatan "haemoglobinopathies". Beliau paling dikenali kerana kesusahan dan perjuangannya bersama Hospital untuk Kanak-kanak Sakit dan syarikat farmaseutikal Apotex mengenai ubat dengan nama deferiprone.
Kehidupan awal
Olivieri dilahirkan di sebuah bandar bernama Hamilton, Ontariodan anak kepada dua pasangan suami isteri, Dr. Fernando Olivieri dan Victoria Olivieri. [1] Datuk sebelah bapa Olivieri telah berpindah ke Hamilton dari Itali pada tahun 1909. [1] Olivieri telah berjaya menerima Ijazah sarjana muda dalam bidang Sains di Universiti Toronto dan Ijazah sarjana dari Universiti McMaster pada tahun 1978.[2] Belia juga telah menceburi latihan dalam Internal Medicine and Hematology di McMaster, Universiti Toronto dan Universiti Harvard.[2]
Kontroversi deferiprone
Bermula pada tahun 1989, Oliveiri adalah sebahagian dari kumpulan yang mengukur keberkesanan penggunan sejenis dadah, deferiprone, dalam merawat orang-orang yang mengalami masalah darah merah atau penyakit thalassaemia.[3] Pada tahun 1985, usaha ini telah melibatkan ujian klinikal yang sebahagiannya dibiayai syarikat Apotex. Semasa ujian klinikal ini, Olivieri risau dengan bukti bahawa ubat atau dadah deferiprone ini tidak efisien pada beberapa pesakit. Olivieri memberitahu hal ini kepada lembaga etika penyelidikan dan juga Apotex. Lembaga etika penyelidikan mengarahkan dia untuk meberitahu semua pesakit tentang hal ini. Namun begitu, Apotex kurang bersetuju dengan tindakan yang mahu diambil. Apotex menyatakan bahawa Olivieri tiada hak untuk berbuat begitu atas sebab kontrak yang telah ditandatanganinya. Pada tahun 1996, Apotex mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Olivieri jika dia memberitahu pesakit tentang hal ini. [3]Akan tetapi, Olivieri tetap mendedahkan kebimbangannya kepada pesakit dan Apotex menamatkan kajian yang melibatkan Olivieri. Pada tahun 1998, New England Journal of Medicine menerbitkan majalah yang dikarang Olivieri dan 7 pengarang lain, mengenai lanjutan dari kajian menunjukkan deferiprone membawa kepada fibrosis hepatik progresif. [4] [5]
Namun begitu, Penemuan Saintifik ini telah mencetuskan kontroversi besar dan penemuan ini dicabar oleh ujian klinikal yang telah pun dijalankan oleh Apotex.[6] [7] [8]
Deferiprone telah diluluskan penggunaannya di lebih 50 buah negara, namun tidak di Kanada.[9] Di AS pula, dadah ini telah diluluskan pada tahun 2011 di bawah program kelulusan FDA.[10]
Siasatan yang ditugaskan oleh Persatuan Guru-guru Universiti Kanada (CAUT) mendedahkan bahawa salah seorang pengkritik Olivieri, Gideon Koren, telah secara tanpa nama menghantar surat meremehkan tentang Olivieri kepada media dan rakan sekerja. Koren pada mulanya menafikan tanggungjawab, tetapi bukti DNA yang besar mengikatnya dengan surat itu, dan dia ditegur.[11]
Olivieri telah menyokong kebebasan akademik yang lebih besar dan menyeru agar kurang kawalan penyelidikan oleh syarikat farmaseutikal . [12] Keadaan ini telah dihebahkan secara meluas dan telah disiasat oleh Persatuan Guru Universiti Kanada. [11]
Anugerah dan penghormatan
Olivieri telah dianugerahkan Anugerah AAAS 2009 untuk Kebebasan dan Tanggungjawab Saintifik untuk "keazaman yang tidak kenal lelah bahawa keselamatan pesakit dan integriti penyelidikan diutamakan sebelum kepentingan institusi dan komersial dan atas keberaniannya dalam mempertahankan prinsip ini dalam menghadapi akibat yang teruk." [13]
Olivieri ialah penerima John Maddox Prize 2023 sebagai pengiktirafan terhadap "keazamannya untuk bertindak dengan integriti...dalam menghadapi tekanan melampau daripada syarikat yang menghasilkannya, akhirnya dengan kos peribadi yang besar" dalam kontroversi Deferiprone. [14] Hadiah Maddox dianugerahkan oleh badan amal Sense about Science yang berpangkalan di UK dengan kerjasama Nature (jurnal) .
Lihat lagi
Rujukan
- ^ a b "'Uncle Red': Barton Street's kid doctor". thespec.com. August 21, 2011.
- ^ a b "Nancy Olivieri - Institute of Medical Science - University of Toronto". ims.utoronto.ca.
- ^ a b "Introduction to The Olivieri symposium". J Med Ethics. 30 (1): 1–7. 2004. doi:10.1136/jme.2003.006577. PMC 1757126. PMID 14872065.
- ^ "Long-term safety and effectiveness of iron chelation therapy with oral deferiprone in patients with thalassemia major". N. Engl. J. Med. 339 (7): 417–428. 1998. doi:10.1056/NEJM199808133390701. PMID 9700174. Full Text.
- ^ Hadskis, Michael (2007). "The Regulation of Human Biomedical research in Canada". Dalam Downie, Jocelyn (penyunting). Canadian Health Law and Policy (textbook). et al. (ed. Third). LexisNexis. m/s. 304.
- ^ M.A. Tanner, MRCP; R. Galanello, MD; C. Dessi, MD; G.C. Smith, MSc; M.A. Westwood, MD; A. Agus, MD; M. Roughton, MSc; R. Assomull, MRCP; S.V. Nair, MRCP (2007). "A Randomized, Placebo-Controlled, Double-Blind Trial of the Effect of Combined Therapy With Deferoxamine and Deferiprone on Myocardial Iron in Thalassemia Major Using Cardiovascular Magnetic Resonance". Circulation. 115 (14): 1876–1884. doi:10.1161/CIRCULATIONAHA.106.648790. PMID 17372174. Full Text.
- ^ "Deferiprone and hepatic fibrosis". Blood. 101 (12): 5089–90, author reply 5090–1. 2003. doi:10.1182/blood-2002-10-3173. PMID 12788794. Full Text.
- ^ "Lack of progressive hepatic fibrosis during long-term therapy with deferiprone in subjects with transfusion-dependent beta-thalassemia". Blood. 100 (5): 1566–9. 2002. doi:10.1182/blood-2002-01-0306. PMID 12176871. Full Text.
- ^ Savulescu J (2004). "Thalassaemia major: the murky story of deferiprone". BMJ. 328 (7436): 358–9. doi:10.1136/bmj.328.7436.358. PMC 341373. PMID 14962851. Full Text.
- ^ FDA NEWS RELEASE: FDA Approves Ferripox (deferiprone) to Treat Patients with Excess Iron in the Body, Oct. 14, 2011 https://www.fda.gov/NewsEvents/Newsroom/PressAnnouncements/ucm275814.htm
- ^ a b Jon Thompson; Patricia Baird; Jocelyn Downie, Report of the Committee of Inquiry on the Case Involving Dr. Nancy Olivieri, the Hospital for Sick Children, the University of Toronto, and Apotex Inc. (PDF), www.caut.ca, dicapai pada 8 December 2015 Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "CAUT" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Olivieri N (2003). "Patients' health or company profits? The commercialisation of academic research". Sci Eng Ethics. 9 (1): 29–41. doi:10.1007/s11948-003-0017-x. PMID 12645227.
- ^ http://www.aaas.org/aboutaaas/awards/freedom/freedom2009.shtml
- ^ Cressey, Daniel. "Scientists honoured for facing down lawsuits to reveal findings". Research Professional News. Dicapai pada 25 October 2023.
Bacaan lanjut
![]() |
Scholia mempunyai profil tentang Nancy Olivieri (Q3335572). |
- Naylor, C.D.; The Research Committee Clinical Study Agreements Working Group of the Toronto Academic Health Science Council (2002), "Early Toronto experience with new standards for industry-sponsored clinical research: a progress report", Canadian Medical Association Journal, 166 (4): 453–456, PMC 99356, PMID 11873924
Pautan luar
- Nancy F Olivieri, BSc, MD, FRCPC - University Health Network Research.
- Hemoglobal - a charitable organization founded by Nancy Olivieri and David Weatherall
Julai 2024 disebut dalam Indian Journal of Medical Ethics Ahli pengasas badan amal RxISK.org yang menguasakan blog blog Rxisl dan blog David Healy