Nama gadis merupakan istilah yang digunakan dalam budaya semasa seorang wanita menukar nama keluarganya setelah berkahwin, dimana istilah ini sendiri merujuk kepada nama keluarga wanita tersebut sebelum dia berkahwin. Biasanya nama ini adalah nama keluarganya sejak lahir. Negara-negara yang memiliki budaya seperti antara lain negara-negara yang berbahasa Inggeris, Jerman, Sepanyol, dan Portugis.
Dalam penulisan, biasanya nama gadis ditandakan dengan istilah "née" (ˈneɪ), tamsilnya: Margaret Thatcher née Roberts.
Dalam kes di atas, "Roberts" adalah nama gadis Margaret Thatcher (nama keluarganya ketika lahir), sedangkan "Thatcher" berasal daripada nama keluarga suaminya Denis Thatcher. Kata née sendiri berasal dari Bahasa Perancis yang bermaksud "terlahir" atau "dilahirkan".