"Nakal Nakal Nakal" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Ayda Jebat | ||||
Dilancarkan | 25 November 2016 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Format | Muat turun digital | |||
Genre | R&B, pop | |||
Panjang | 3:52 | |||
Syarikat | Paranormal Talents | |||
Penulis | Irwan Simmanjuntak | |||
Kronologi Kronologi single Ayda Jebat | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Nakal Nakal Nakal" ialah lagu oleh penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat. Ia dikeluarkan sebagai single ketiganya pada 25 November 2016 melalui Paranormal Talents dengan lagu dan lirik oleh Irwan Simmanjuntak. Ia juga menjadi lagu tema drama Awak Sangat Nakal lakonannya.[1]
Penerbitan
Ayda Jebat mendedahkan bahawa beliau hampir membatalkan hasrat merakamkan lagu "Nakal Nakal Nakal" akibat kekangan masa. Namun berjaya disiapkan selepas mendapat semangat baharu selain sokongan daripada syarikat rakaman serta komposer bersama lagu itu, Irwan Simanjuntak. "Nakal Nakal Nakal" dihasilkan hanya dalam tempoh lima hari, termasuk susunan melodi, seni kata serta rakaman, namun masih menjaga kualitinya.[2]
Format dan senarai runut
- Muat turun digital[3]
- "Nakal Nakal Nakal" – 3:52
Carta
Carta (2016) | Kedudukan carta |
---|---|
Era FM | 6 |
Hot FM | 1 |
Muzik Muzik | – |
Sejarah keluaran
Negara | Tarikh | Format | Label |
---|---|---|---|
Malaysia | 25 November 2016 | Muat turun digital[3] Penstriman digital[4] |
Paranormal Talents |
Rujukan
- ^ Momentum Ayda Jebat dalam Nakal Nakal Nakal Perak Today (9 Februari 2017). Dicapai pada 16 September 2017.
- ^ Syarrizuan Abd Rashid (1 Disember 2016). Ayda nyaris batal rakam Nakal Nakal Nakal Berita Harian. Dicapai pada 15 Disember 2016.
- ^ a b "Nakal Nakal Nakal - Single - Ayda Jebat". iTunes Store (MY). Apple. 25 November 2016. Dicapai pada 14 Mei 2017.
- ^ "Nakal Nakal Nakal - Single by Ayda Jebat". Spotify. 1 Oktober 2016. Dicapai pada 14 Mei 2017.